Semasa Pkp Farha Ajar Mengaji Quran Online Percuma 432 000 Pengikut



JOM KREATIF
Ajar mengaji online


PADA tahun lalu, remaja perempuan berusia 19 tahun ini mengejutkan negara dan dunia apabila dinobatkan sebagai johan qariah dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.Kemenangan Nor Farhatul Faizurah Panut itu membuka mata banyak pihak di dalam mahupun di luar negara bahawa usia bukan penghalang untuk seseorang mengecapi kejayaan yang secara tidak langsung ramai golongan muda mula tertarik untuk mendekati al-Quran.Bagaimanapun, kemenangan yang diperoleh bukan tiket untuk membuatnya duduk diam dan berpuas hati dengan apa yang dikecapi. Dia kini menggunakan ‘title’ itu untuk menarik lebih ramai mendalami al-Quran.Sesuai dengan usianya yang tidak boleh lari daripada media sosial, dia memanfaatkan platform itu untuk berkongsi ilmu yang dimiliki di laman sosial seperti Instagram, Facebook dan YouTube.

Selain menguasai al-Quran, pada usianya yang cukup muda, dia mempunyai kebolehan luar biasa apabila mampu menguasai semua ketujuh-tujuh bacaan taranum.Dia yang mesra disapa Farha itu mengakui, kejayaan yang dikecapi itu bukan sesuatu untuk dibanggakan, malah melihatnya sebagai amanah dan tanggungjawab untuk memartabatkan al-Quran sebagai panduan.

TURUT mendapat penyertaan daripada luar negara. FOTO Ihsan Nor Farhatul Fairuzah Panut
Farha berkata, menjadi johan tilawah al-Quran bukan semudah yang disangka.“Jika dibandingkan dahulu dan sekarang, kini tanggungjawab saya lebih besar.“Saya perlu mainkan peranan untuk menarik lebih ramai masyarakat di dalam negara ini terutama golongan muda untuk mencintai al-Quran.“Insya-Allah, saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi contoh yang baik kepada anak muda,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.Anak bongsu daripada lima beradik ini berkata, dia bersyukur kemenangannya pada tahun lalu menarik lebih ramai anak muda untuk mula meminati al-Quran.“Alhamdulillah kini lebih ramai anak muda mengenali saya dan ini sekali gus mengajak mereka untuk mengenali ilmu taranum dan seni al-Quran.“Kebanyakan pengikut saya di Instagram adalah daripada golongan muda yang sentiasa mencuba untuk mempelajari ilmu al-Quran dan taranum,” katanya.Lebih menarik, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, Farha menggunakan Instagramnya yang memiliki 432,000 pengikut untuk mengadakan kelas bertaranum dan mengaji al-Quran percuma yang diadakan secara langsung.

BERSAMA keluarga yang banyak menyokong. FOTO Ihsan Nor Farhatul Fairuzah Panut
Setiap kali kelas dijalankan, dia mendapat 10,000 tontonan dari dalam dan luar negara.Menurutnya, pelaksanaan PKP ini sekiranya dilihat daripada sudut positif ia adalah hikmah untuk mendekatkan diri dengan Allah.“Pada ketika ini, saya lihat ramai menggunakan media sosial dan saya mula terfikir, ini adalah medium terbaik untuk berkongsi ilmu yang ada. Jadi, saya cuba buat #tarannumchallenge melalui media sosial serta mengajar mereka mengenai ilmu al-Quran secara langsung di Instagram supaya ilmu ini didedahkan dengan lebih luas.“Alhamdulillah, sambutan yang diberikan golongan muda sangat memberangsangkan yang mana ada juga antara mereka yang tidak pernah mengaji dan jarang sekali mengaji, namun sekarang sudah berjinak-jinak dan mahu belajar al-Quran.“Sejak dijalankan, ramai masyarakat dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, Palestin, Iraq, Uzbekistan dan Turki yang terdiri daripada semua lapisan umur daripada kanak-kanak sehingga dewasa cukup bersemangat untuk belajar al-Quran,” katanya.Mengulas lanjut, kebiasaannya program berjalan selepas Isyak dengan dimulakan bacaan surah pendek menggunakan taranum berbeza.“Kemudian saya akan kongsikan ilmu tajwid dan mendengar sesiapa sahaja yang ingin memperdengarkan bacaan mereka seterusnya sekiranya ada kesilapan saya akan bantu perbetulkan.“Insya-Allah, sekiranya tiada halangan dan masa, saya akan teruskannya biarpun selepas tamat tempoh PKP,” katanya.Diminta berkongsi tip untuk menguasai al-Quran dan menjaga suara, Farha berkata, sejak kecil dia sering mendengar bacaan qari muktabar dan sentiasa bertalaqi dengan guru antarabangsa.“Biasanya latihan saya lakukan lima kali sehari iaitu selepas solat fardu dan berlatih dengan ibu serta keluarga di rumah. Pada hujung minggu, kami akan mencari guru al-Quran berpengalaman untuk meluaskan ilmu.“Untuk menjaga kemerduan suara ia memerlukan sedikit masa dengan sentiasa istiqamah berlatih membaca al-Quran dan menjaga pemakanan seperti elakkan minum air berais dan makanan berminyak,” katanya.Berkongsi aktiviti lain sepanjang PKP ini, Farha berkata, dia banyak mengisi masa lapang dengan membantu ibunya memasak, menanam bunga dan membaca buku.“Nasihat saya sepanjang PKP ini, gunakan peluang ini untuk lakukan pelbagai perkara bermanfaat termasuk mengikuti media sosial yang menyediakan aktiviti yang banyak input dan ilmu berfaedah,” katanya.Farha berkata, dia bercita-cita mempunyai kelas al-Quran sendiri untuk menyemai minat dalam kalangan golongan muda di negara ini.“Selain itu saya mahu keluar ke serata negara unutk menyebarkan ilmu al-Quran dan memiliki Quran digital sendiri,” katanya. (MyMetro)

KETIKA bercuti di Korea. FOTO Ihsan Nor Farhatul Fairuzah Panut

Lihat sebelum ini..
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 4
 E-Buku IH-10: Siri 1
 E-Buku IH-53: Siri 2
 E-Buku IH-68: Siri 3
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4) 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/04/semasa-pkp-farha-ajar-mengaji-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwah Johan Qariah Mtq Antarabangsa Ajar Mengaji Online

Dakwah Johan Qariah Mtq Antarabangsa Ajar Mengaji Online

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 333 hits
Gunakan kemudahan media sosial untuk tarik minat terhadap Al QuranPADA tahun lalu remaja perempuan berusia 19 tahun ini mengejutkan negara dan dunia apabila dinobatkan sebagai johan qariah dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al Quran Peringk...
Kegiatan Judi Online Semakin Berleluasa Meningkat Semasa Pkp Kpn

Kegiatan Judi Online Semakin Berleluasa Meningkat Semasa Pkp Kpn

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR 6 April Kegiatan judi dalam talian semakin berleluasa dan meningkat ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador Tanpa mendedahkan butiran lanjut tangkapan beliau berkata pihaknya ...
Aktiviti Semasa Pkp Ajar Anak Cara Masak Ayam Masak Merah

Aktiviti Semasa Pkp Ajar Anak Cara Masak Ayam Masak Merah

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 497 hits
Resepi Ayam Masak Merah Pasti Sedap Rasanya sejak PKP ni dah banyak jugak anak saya belajar masak Setiap kali nak masak memang saya suruh dia masuk dapur sekali Samada dia tolong sikit sikit atau dia masak terus tapi dengan arahan saya The ...
Ikan Percuma Untuk Keluarga Yang Terjejas Pkp

Ikan Percuma Untuk Keluarga Yang Terjejas Pkp

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 233 hits
Oleh Muhd Afiq Zohir BESUT Sumbangan ikan percuma telah diagihkan kepada keluarga yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut Muhd Hafiz Yusoff berkata ikan percuma yang disediakan ini bagi memba...
Kerajaan Akan Menawarkan Internet Percuma Untuk Semua Bagi Tempoh Pkp Bermula 1 April 2020

Kerajaan Akan Menawarkan Internet Percuma Untuk Semua Bagi Tempoh Pkp Bermula 1 April 2020

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 370 hits
Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat sekaligus turut menyentuh penawaran dalam industri telekomunikasi dan multimedia Menurut Perdana Menteri beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama...
Lebih 14 000 Langgar Pkp 5 930 Pesalah Sudah Dituduh Di Mahkamah

Lebih 14 000 Langgar Pkp 5 930 Pesalah Sudah Dituduh Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR Lebih 14 000 individu melakukan kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan sejak ia dilaksanakan pada 18 Mac hingga 14 April bagi fasa 1 dan 2 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata terdapat pen...
Cara Tebus 1gb Internet Percuma Bermula 1 April Sepanjang Tempoh Pkp

Cara Tebus 1gb Internet Percuma Bermula 1 April Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 480 hits
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera Pada 27 Mac Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan berkaitan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menerusi perutusan tersebut beliau turut menyatakan tentang pemberian interne
Malam 15 Syaban Mendapatkan Redha Allah Dengan Solat Berdoa Dan Mengaji Al Quran 10145

Malam 15 Syaban Mendapatkan Redha Allah Dengan Solat Berdoa Dan Mengaji Al Quran 10145

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 240 hits
Rabu 8 April 2020 12 55Malam Ini Nisfu Syaban Berikut Doa Istimewa dan Tata Cara Salat Sunnah Malam Nisfu SyabanSERAMBINEWS COM jatuh pada malam ini Rabu NU or idNisfu Sya ban Sebagai umat Islam malam Nisfu Syaban sangat sayang untuk dilewa...
Bantuan Internet Percuma Sepanjang Pkp Dan Free

Bantuan Internet Percuma Sepanjang Pkp Dan Free

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 483 hits
SOURCE appeared first on Setiap Hari 1GB Internet Percuma Untuk Pelanggan Unifi Time Maxis Digi Celcom dan UMobile Sepanjang PKP Pakej khas kepada semua pengguna termasuk usaha menambah baik rangkaian telekomunikasi secara kolektif Pakej in...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Utilizing Crowdfunding For Business

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul

Pn Talks Of Gov T Change After Kkb Azmin Holds Back On Revelations Against Ph

We Are Not Subject Of Macc Investigation Say Two Of Mahathir S Sons

Apam Lenggang Rangup Manis Berlemak