Pkp Henti Salahkan Polis Buat Sekatan Jalan Raya


Pastikan orang ramai tidak keluar rumah tanpa alasan munasabah
06/04/2020


KUALA LUMPUR, 12 Syaaban 1441H, Isnin – Orang awam diminta agar berhenti menyalahkan anggota polis ekoran berlaku kesesakan lalu lintas ketika sekatan jalan raya, kerana tugas pasukan keselamatan itu adalah bagi memastikan individu berkenaan tidak keluar rumah tanpa alasan munasabah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata orang ramai seharusnya mematuhi setiap arahan PKP yang dikuatkuasakan bagi membataskan pergerakan keluar rumah individu dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID-19 di negara ini.

“Kami terpaksa membuat sekatan jalan raya di seluruh negara bagi membendung penularan wabak COVID-19, selain mengehadkan pergerakan keluar rumah orang ramai.

“Saya menasihatkan orang ramai yang tidak tersenarai dalam sektor perkhidmatan perlu untuk memahami arahan PKP, dan perlu melalui sekatan jalan raya,” katanya ketika ditemui Bernama di Bukit Aman, di sini.

Abdul Hamid berkata sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas semasa sekatan jalan raya, orang awam diminta bersabar kerana pihaknya tidak mahu terlepas pandang jika ada individu tidak berkenaan keluar dari rumah.

“Orang ramai jangan merungut dengan isu remeh seperti berlaku kesesakan lalu lintas sekitar 10 hingga 15 minit di lebuh raya mahupun di pusat bandar.

“Saya minta mereka fikirkan keadaan kesesakan lalu lintas di lebuh raya dan Kuala Lumpur sebelum PKP dilaksanakan… jangan begitu manja dengan menyalahkan sekatan jalan raya,” katanya, yang kesal kerana anggotanya turut menerima cacian daripada orang ramai kerana melakukan sekatan jalan raya di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata beliau sendiri turun ke lapangan untuk melihat anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya dan menasihatkan mereka supaya bersabar dan bekerja dengan profesional.

“Alhamdulillah mereka menunjukkan kesabaran yang tinggi dalam menangani isu ini (menerima cacian). Orang ramai kena ingat bahawa anak buah saya, pihak tentera dan lain-lain pihak berkuasa yang bertugas di sekatan jalan raya seluruh negara juga mudah terdedah dengan risiko COVID-19,” katanya.

Abdul Hamid berkata kesemua mereka ini sedang berjuang untuk orang ramai dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada petugas media boleh melalui laluan khas seperti petugas barisan hadapan lain, Abdul Hamid berkata petugas media dibenarkan melalui laluan berkenaan kerana mereka juga tersenarai dalam perkhidmatan perlu. – Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/pkp-henti-salahkan-polis-buat-sekatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Cedera Ditumbuk Warga Indonesia Ketika Buat Sekatan Jalan Raya Pkp

Polis Cedera Ditumbuk Warga Indonesia Ketika Buat Sekatan Jalan Raya Pkp

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 534 hits
Putrajaya Seorang anggota polis cedera dipercayai dipukul seorang warga Indonesia ketika sedang membuat sekatan jalan raya bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Presint 14 hari ini Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner R...
Jpj Bersetuju Bantu Pihak Polis Dalam Sekatan Jalan Raya Ds Ismail Sabri

Jpj Bersetuju Bantu Pihak Polis Dalam Sekatan Jalan Raya Ds Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 605 hits
Sidang media perkembangan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan oleh Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri pada hari ini berkaitan dengan sikap sebilangan rakyat yang masih ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Susulan daripada it...
Langgar Sekatan Pkp Polis Lepaskan Tembakan

Langgar Sekatan Pkp Polis Lepaskan Tembakan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 337 hits
POLIS terpaksa melepaskan tiga das tembakan apabila sebuah kenderaan pelbagai guna tidak berhenti di sekatan jalan raya di Kampung Panggong Lalat dekat Gua Musang hari ini Dalam kejadian 11 pagi itu kenderaan terbabit yang dalam perjalanan ...
Wanita Ditahan Maki Polis Di Sekatan Jalan Raya

Wanita Ditahan Maki Polis Di Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 644 hits
Hoi stupid idiots sekat jalan sampai jam teruk everywhere menyusahkan orang Itu jeritan seorang wanita ke arah pasukan polis dan tentera yang sedang bertugas melakukan sekaran jalan raya Op Covid di Persiraran Surian bersempadan Kota Damans...
Polis Dirempuh Kenderaan Cuba Lari Sekatan Pkp

Polis Dirempuh Kenderaan Cuba Lari Sekatan Pkp

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 336 hits
RAWANG Seorang anggota polis yang sedang melakukan pemantauan lalu lintas Op Covid 19 di Jalan Bandar Country Homes menghala Kundang cedera dirempuh pemandu sebuah kenderaan yang cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya semalam Ketua Pol...
Lelaki Iran Ditahan Tengking Tolak Bahu Polis Ajak Bergaduh Ketika Sekatan Jalan Raya

Lelaki Iran Ditahan Tengking Tolak Bahu Polis Ajak Bergaduh Ketika Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 452 hits
Seorang lelaki warga Iran ditahan ketika sekatan jalan raya di Tol PJS 2 di sini semalam apabila bertindak agresif dan menengking pegawai polis yang menjalankan Ops Covid 19 Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Moh...
Tentera Polis Tangkap Penjenayah Pecah Tabung Masjid Bukan Berkasar Semasa Sekatan Jalan Raya

Tentera Polis Tangkap Penjenayah Pecah Tabung Masjid Bukan Berkasar Semasa Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 379 hits
POLIS menafikan dakwaan kononnya anggota Angkatan Tentera Malaysia bertindak agresif sewaktu menjalankan sekatan jalan raya seperti ditularkan di media sosial Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata sebaliknya b...
Pkp Orang Ramai Digalak Bawa Bil Beralamat Kediaman Ketika Keluar Di Selangor Polis

Pkp Orang Ramai Digalak Bawa Bil Beralamat Kediaman Ketika Keluar Di Selangor Polis

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 413 hits
SHAH ALAM 2 April Orang ramai di Selangor digalakkan membawa sebarang bil beralamat kediaman sekiranya ada keperluan untuk keluar bagi tujuan dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berakhir 14 April ini Ket...
Remaja Rakam Video Hina Polis Kepala Bapak Kau Ketika Hebahan Pkp Ditahan

Remaja Rakam Video Hina Polis Kepala Bapak Kau Ketika Hebahan Pkp Ditahan

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 588 hits
KANGAR Seorang pelajar yang memuat naik rakaman video menghina polis ketika hebahan Perintah Kawalan Pergerakan ditahan oleh pihak berkuasa itu semalam Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata pelajar berusia 17 tahun berke...
Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Exploring The Essential Marine Supplies For Smooth Sailing

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Hiburan Saya Tak Layan Suami Orang Syira Atiqah Akhirnya Respon Isu Penyondol Rumah Tangga Fattah Amin Fazura

Rozi Kemang Berduri Tido Di Bilik Kekasih Chord

Should Dap Now Apologise To Zahid For Accusing Him Of Graft Ala Its Apology To Beng Hock S Family

Malam Yang Tak Bisa Membawa Tidur

Donald Trump Currently Possesses An Armored Golf Buggy Golf Force One Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

100 Kubur Di Kampung Pengkalan Maras Berisiko Hanyut Dipindahkan Mulai Hari Ini

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Mcdonald S Spicy Duo Concert Lit Up Putrajaya

Pelarasan Tarif Air Johor Tak Jejas Majoriti Pengguna Domestik Kelompok E Kasih