Pkp Orang Ramai Digalak Bawa Bil Beralamat Kediaman Ketika Keluar Di Selangor Polis
SHAH ALAM, 2 April – Orang ramai di Selangor digalakkan membawa sebarang bil beralamat kediaman sekiranya ada keperluan untuk keluar bagi tujuan dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir 14 April ini
Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Selangor, selaku jurucakap khas Op COVID-19 Polis Selangor, ACP Mohd Ismail Muslim, berkata langkah itu sebagai persediaan menunjukkan mereka memenuhi syarat dalam Peraturan 4, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020
Beliau berkata menerusi Peraturan 4 yang berkuat kuasa semalam hingga berakhirnya PKP, had perjalanan individu yang keluar rumah bagi tujuan dibenarkan adalah ditetapkan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman
Namun, sekiranya individu yang berada di luar rumah kerana bertugas dengan perkhidmatan penting, adalah memadai dengan membawa surat kebenaran daripada ketua jabatan atau syarikat masing-masing
“Jika pergerakan untuk tujuan bertugas, bil (beralamat kediaman) bukan justifikasinya tetapi memerlukan surat kebenaran bekerja daripada ketua jabatan atau syarikat
“Kita harapkan dalam tempoh PKP ini, letaklah bil dalam kereta sementara sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan kerana kalau polis tanya justifikasinya hendak ke mana, kita sebut nak balik rumah atau membeli barang keperluan, kita boleh tunjuk (bil berkenaan),” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini
Beliau berkata pasukan keselamatan itu juga akan diperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai peruntukan dalam peraturan berkenaan bagi melancarkan lagi pelaksanaan PKP
Ditanya mengenai sekatan jalan raya, Mohd Ismail, berkata Polis Selangor akan menambah jumlah sekatan dari semasa ke semasa khususnya di laluan keluar masuk lebuh raya bagi mengurangkan pergerakan masyarakat antara negeri
Selain sekatan jalan raya yang dilakukan 24 jam itu, polis juga akan menambah jumlah penutupan jalan raya termasuk di laluan alternatif dari semasa ke semasa, katanya
Ditanya sama ada terdapat pegawai dan anggota kontinjen Selangot positif COVID-19 setakat ini, beliau berkata hanya 42 pegawai serta anggota sedang dikuarantin namun tiada kes positif wabak berkenaan
Sumber: Bernama via Siakapkeli
from Sehinggit Media https://ift.tt/2X5ygzk
via Merah Hati Cintaku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/pkp-orang-ramai-digalak-bawa-bil.html