Pkp Bukan Alasan Makan Ikut Nafsu Ini 5 Cara Mudah Sediakan Menu Sihat Senang


Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kebanyakan waktu kita dihabiskan di rumah. Bagi golongan ibu bapa, saat ini semestinya amat menggembirakan kerana boleh meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak. 
PKP Bukan Alasan Makan Ikut Nafsu, Ini 5 Cara Mudah Sediakan Menu Sihat & Senang

Namun, ibu bapa juga pasti buntu apabila memikirkan menu yang perlu dimasak setiap hari. Solusi yang kami sediakan ini mungkin boleh membantu anda menyediakan menu makanan sihat untuk ahli keluarga semasa PKP berlangsung. 
Tip penyediaan menu makanan sihat
Berikut adalah 5 tip menu makanan sihat yang boleh anda amalkan di rumah sewaktu PKP

Tip menu makanan sihat 1: Pilih makanan segar


Pembelian, penyimpanan dan penyediaan sumber makanan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan daging boleh menjadi satu perkara yang mencabar sewaktu PKP. 
Ini kerana kita dinasihatkan untuk mengurangkan perjalanan ke luar rumah dan hanya dibenarkan keluar untuk urusan penting seperti membeli barangan keperluan harian atau pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan

Walau bagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk ibu bapa mengabaikan penyediaan makanan sihat untuk anak-anak. Apabila anda berkesempatan pergi ke pasar raya, jangan sesekali melepaskan peluang untuk membeli produk makanan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan

Buah-buahan tidak semestinya perlu dimakan segar, tetapi boleh juga dijadikan jus. Buah dan sayur boleh disejuk bekukan bagi mengekalkan nutrien dan mengelakkannya daripada cepat rosak.


Petua menu makanan sihat 2: Alternatif untuk produk makanan segar
Produk makanan segar semestinya adalah pilihan yang terbaik tetapi apabila ia tidak tersedia di pasar raya, anda masih boleh mendapatkan pilihan lain yang lebih sihat dan mudah disediakan. 
Contohnya, kacang dalam tin boleh disimpan selama beberapa bulan bahkan bertahun-tahun, malahan ia juga kaya dengan kandungan nutrien. 
Selain itu, ikan dalam tin seperti ikan sardin, tuna dan salmon juga kaya dengan kandungan protein, asid lemak omega-3 dan pelbagai jenis vitamin dan mineral

Ikan dalam tin boleh dihidang begitu sahaja bersama roti sandwic, campuran hidangan salad atau boleh dimasak kembali sebagai lauk makan tengah hari anda

Sumber bijirin seperti kacang kuda, beras dan pelbagai jenis bijirin lain juga merupakan pilihan terbaik kerana sifatnya yang tahan lama, dan mengenyangkan. 
Anak nak mengunyah snek berkhasiat? Ini tip menu makanan sihat no. 3


Kanak-kanak diketahui amat menggemari hidangan snek seperti makanan dan minuman ringan yang tinggi kandungan gula

Disebabkan ini bukan jenis makanan yang terbaik untuk anak-anak, jadi kita perlu bertindak bijak dalam menyediakan hidangan snek yang lebih sihat untuk si kecil. 
Anda boleh sediakan pilihan yang lebih sihat sebagai hidangan snek untuk si kecil seperti kekacang, keju, yogurt, buah-buahan segar, buah-buahan kering, atau telur rebus

Boleh juga ambil buah-buahan segar bagi mendapatkan keperluan vitamin harian seperti vitamin C. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit dan pembentukan batu dalam buah pinggang anda



#4 Kurangkan pengambilan makanan yang diproses
Makanan yang telah diproses seperti sosej, nuget ayam, kentang goreng dan pelbagai jenis makanan ready-to-eat sememangnya kedengaran amat menyelerakan

Namun anda juga perlu tahu makanan siap dimakan ini semestinya tinggi dengan kandungan lemak tepu, gula dan juga garam

Sekiranya anda benar-benar ingin membeli produk makanan yang telah diproses ini, lihat terlebih dahulu kepada label pembungkusan produk tersebut

Tip menu makanan sihat 5: Jadikan memasak di rumah sebagai aktiviti keluarga
Memasak dan makan bersama adalah cara terbaik untuk mewujudkan aktiviti keluarga yang bermanfaat sewaktu PKP dilaksanakan

Ia bukan sahaja satu aktiviti yang menyeronokkan malah menguatkan ikatan hubungan kekeluargaan sedia ada. Carilah peluang untuk melibatkan anak anda bersama semasa menyediakan hidangan makanan

Si kecil boleh membantu membasuh sayur-sayuran atau membuka paket makanan sewaktu anda memasak dan menyediakan makanan

Selain itu, anak anda juga boleh membantu mengemas meja atau menyediakan peralatan seperti pinggan dan sudu untuk makan malam. Anda juga boleh mengajak anak-anak bersenam di rumah



KesimpulanPandemik COVID-19 yang sedang melanda ini mungkin juga memberikan satu hikmah yang kita tidak sedar sebelum ini

Ketika PKP berlangsung, kita mempunyai lebih banyak waktu untuk berada di rumah bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Nak dapatkan lebih informasi di blog ini klik SINI

p/s: Jaga kesihatan, jaga diri #stayathome
Kredit hellodoktor.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/04/menu-makanan-sihat-pkp-covid19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Nak Makan Roti Buat Roti Ikut Langkah Paling Mudah Resipi Ibu Ni Confirm Jadi

Anak Nak Makan Roti Buat Roti Ikut Langkah Paling Mudah Resipi Ibu Ni Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 586 hits
Disaat semua orang berebut rebut mendapatkan stok bekalan roti ada baiknya masa terluang ini kita cuba hasilkan roti sendiri di rumah Lagi berbaloi hasilnya bila melihat air tangan sendiri Anak anak pastinya lebih teruja Resipi roti mudah y...
Cara Mudah Nak Jaga Kereta Tak Bergerak Waktu Pkp Kaum Ibu Pun Boleh Buat

Cara Mudah Nak Jaga Kereta Tak Bergerak Waktu Pkp Kaum Ibu Pun Boleh Buat

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 344 hits
Memandangkan sekarang musim PKP jaranglah kita keluar Jika perlu pun hanya ketua keluarga sahaja yang akan keluar Itu pun biasanya dengan menaiki motosikal untuk lebih mudah Jadi kereta yang ada tersadai lama tidak digerakkan Macam mana car...
Anak Makan Ikan Tak Tercekik Ibu Ini Ajar Cara Buang Tulang Paling Mudah

Anak Makan Ikan Tak Tercekik Ibu Ini Ajar Cara Buang Tulang Paling Mudah

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 515 hits
Salah satu lauk yang menjadi kegemaran kita adalah ikan kembung Tapi bila mahu dimakan ia bertulang Apatah lagi jika anak anak kita penggemar ikan jenuh nak tolong asingkan isi dengan tulang untuk mereka Satu cara untuk memudahkan anak maka...
Tak Boleh Terawih Di Masjid Buat Je Di Rumah Dengan Family Ikut Cara Mudah Ni

Tak Boleh Terawih Di Masjid Buat Je Di Rumah Dengan Family Ikut Cara Mudah Ni

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 620 hits
Tahun ini kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan dalam tempoh PKP Semua sedia maklum salah satu keindahan dalam bulan ini adalah mengerjakan solat terawih Memandangkan rakyat Malaysia ditegah untuk mengadakan perhimpunan beramai ramai...
Duduk Rumah Time Pkp Jangan Fikir Nak Makan Sedap Biar Berpada Asalkan Sihat

Duduk Rumah Time Pkp Jangan Fikir Nak Makan Sedap Biar Berpada Asalkan Sihat

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 495 hits
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan boleh dikatakan ramai ibu yang teruja melihat perkongsian pelbagai gambar dan resipi yang lalu lalang di laman sosial Tak kisah menu sarapan pagi makan tengah hari minum petang atau makan malam...
Panduan Mudah Makan Secara Sihat

Panduan Mudah Makan Secara Sihat

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 284 hits
Nikmati pelbagai jenis makananMakan mengikut waktu yang teratur Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan Pilih makanan yang rendah gula garam dan lemak Bijirin produk bijirin dan ubi cawan nasi cawan mihun mi pasta lain lain jenis...
7 Hidangan Cepat Mudah Sempena Pkp Dari Ayam Brandtm Dudukrumah

7 Hidangan Cepat Mudah Sempena Pkp Dari Ayam Brandtm Dudukrumah

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 346 hits
7 Hidangan Cepat Mudah Sempena PKP dari Ayam BrandTM DudukRumah Anda telah menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid 19 dengan dudukrumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan
Cara Membuat Kerupuk Udang Ekonomis Dan Mudah

Cara Membuat Kerupuk Udang Ekonomis Dan Mudah

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 418 hits
Berikut ini cara membuat kerupuk udang dengan bahan bahan ekonomis Mudah dibuat sendiri di rumah
Cara Mudah Dapat Token Listrik Gratis Dari Pln Tak Ribet

Cara Mudah Dapat Token Listrik Gratis Dari Pln Tak Ribet

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 214 hits
PT PLN akan memberikan keringanan pembayaran listrik bagi sejumlah pelanggan di tengah pandemi corona
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement