Pkp 3 0 Aka Pkp 1 0


Sumber : FB Brado Kapak
Ramai yang dah tahu ada ura-ura nak ulang full PKP macam v1.0 dulu.


Tapi dalam kita sudah tahu itu, apa persediaan yang telah kita buat?? Tahu tak, kalau PKP v1.0 diulang, kalian semua bakal hadapi semula masalah ekonomi yang dijangka lebih parah dari tahun lepas?

Jika tahun lepas, ada banyak bantuan yang diberi oleh kerajaan. Ada ramai influencer bergerak untuk salurkan dana. Ada banyak wang simpanan kita boleh keluarkan dan guna

Tapi tahun ini?? Agak-agak ada lagi ke bantuan banyak-banyak macam tahun lepas?? Agak-agak ada lagi ke duit simpanan boleh digunapakai?? Agak-agak ada lagi ke tabung nak dikorek?

Duit KWSP pun dah habis keluar dan dah habis korang balun buat beli macam-macam. Mana yang beli barang berfaedah tu bagus dan tahniah. Tapi yang habis ke tempat tak berfaedah atau habis untuk benda tidak perlu, takziah saya ucapkan

..
PKP kali ini jika diulang seperti masa lalu, akan mencatat satu perubahan besar dalam sosio-ekonomi negara. Bukan sahaja kerajaan akan menghadapi masalah dengan ekonomi dan kewangan, malah ramai dari kalangan rakyat akan sampai ke tahap kemuncak hilang kebergantungan. Hilang punca, hilang arah, tak keruan dan mengakibatkan masalah lain pula

Jika tidak jadi PKP seperti v1.0 sekalipun, bencana ekonomi tetap menanti kita bermula Q3 bulan Julai nanti. Harga bahan mentah pelbagai sektor sudahpun naik dan akan terus naik sekurang-kurangnya kenaikan 35% lagi akan bermula bulan hadapan. Banyak sektor akan terkena tempias. Kadar inflasi negara juga dijangka bakal melonjak melepasi 2%. BNM menjangka ia bakal mencecah sehingga 5% pada Q3

Kenaikan kos dalam semua sektor akan memberi impak besar terutama kepada barang keperluan asas. Permintaan tinggi dengan harga yang tinggi dari negara Teluk dan juga dari negara Eropah akan memotong permintaan dari negara kita. Para pengeksport akan mengutamakan permintaan negara yang sanggup membayar lebih berbanding kadar bayaran negara kita yang lebih rendah

Natijahnya akan mengakibatkan banyak bahan mentah mengalami kenaikan harga. Kos-kos logistik dalam dan luar negara juga akan mengalami kenaikan sementelah harga minyak dunia yang tidak turun-turun. Ditambah pula nilai tukaran matawang asing yang semakin teruk dan pengecutan nilai US Dollar. Harga emas dan perak sebagai komoditi utama juga terus mendaki hingga ke akhir tahun nanti

---Kini, kerajaan berhadapan satu situasi genting di mana apa sahaja keputusan yang dibuat, secara langsung atau tidak langsung akan menatijahkan perkara buruk buat rakyat. Jika buat PKP v1.0 semula, mungkin angka kes covid19 akan menurun dan frontliners boleh menarik nafas lega

Tapi kerajaan pula akan buntu untuk mengorek hasil mahsul lain untuk dibelanjakan buat membantu rakyat yang terhimpit kesusahan. Sedangkan mengikut percaturan mereka, PRU perlu dilaksanakan sejurus selepas Darurat ditamatkan, maka banyak wang perlu digunakan untuk berkempen nanti. Bagaimana hendak membantu rakyat, dan dalam masa yang sama perlukan dana besar untuk kempen politik akan datang?

Jika PKP v1.0 tidak dibuat, apa pula kata rakyat dan frontliners? Angka kes pasti sukar untuk diturunkan. Namun, jika kita kekal dalam situasi sekarang, sekurang-kurangnya ramai yang tidak begitu terbeban dengan bencana ekonomi tersebut. Aliran ekonomi boleh terus bergerak seperti biasa. Rakyat boleh adapt dengan kenaikan harga barang dipasaran tanpa mengeluh kerana ketiadaan punca pendapatan

Biarlah angka covid19 naik sementara waktu. Alang-alang boleh mohon perkenan untuk sambung darurat 6 bulan lagi. Maka cukup haul untuk melaksanakan PRU pada Q2 tahun hadapan pula. Biarlah rakyat nak kecam kami kerajaan gagal sekalipun, janji jangka hayat kami boleh kekal sehingga next PRU dan dapat berhenti dari karier politik dengan aman dan merasa duit pencen sampai tua sambil menyandang pelbagai gelar dan pangkat

---Perkara ini sukar untuk difahami. Namun begitulah apa yang sedang terjadi. Bagai ditelan mati anak, diluah mati bapak. Apa jua keputusan yang dibuat, tetap akan menampakkan suatu kegagalan dan juga jalan buntu buat kerajaan

Tiada tanda-tanda pulih untuk kerajaan ketika ini. Walau angka covid19 boleh diturunkan pada bila-bila masa sama ada dengan melaksanakan PKP v1.0 ataupun tidak, namun tetap sahaja masalah ekonomi sedang menanti kita semua dihadapan

Krisis ekonomi ini bukan untuk Malaysia sahaja. Tetapi ia bakal dihadapi seluruh dunia. Inflasi bukan hanya berlaku di Malaysia, bahkan negara besar seperti US juga bakal dilanda badai tersebut. Kali ini, ia akan berjalan sekaligus dalam satu masa. Inflasi dalam deflasi

Pusinglah macam mana sekalipun, ia tetap akan berlaku. Hanya masa yang menentukan sama ada cepat atau lambat. Hanya persediaan dan bekal diri sendiri yang menentukan sejauh mana anda boleh bertahan. Hanya iman yang kukuh lagi jitu sahaja yang menentukan sekadar mana anda bergantung pada ALLAH Taala

Maka dari itu, awasilah diri anda dan keluarga anda dari sekarang. Kawal perbelanjaan harian anda dan keluarga. Elakkan pembelian barangan tidak perlu. Tukarkan simpanan ringgit anda kepada emas dan perak. Perbanyakkan sedekah membantu fakir miskin dari sekarang dan bantu-membantu sesama kaum kerabat anda

Buatlah persediaan daripada sekarang. Jagalah iman kalian dan keluarga masing-masing. Perbanyakkanlah berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAWAW. Tingkatkan amal jariah, zikir harian dan juga makanan rohani anda dan keluarga. Jika pendapatan anda sekarang ini tidak begitu mencukupi, maka tambahlah dari sekarang

Berkerja keraslah dan berusaha gigihlah. Mohonlah pada ALLAH Taala agar anda dan keluarga anda bisa terselamat daripada badai yang menanti. Berdoalah agar anda dan keluarga dijauhkan daripada kefakiran dan papa. Berdoalah agar anda dan keluarga anda diselamatkan iman kalian seperti terselamatnya iman para Ashabul Kahfi itu

Ingatlah pesanan ini...
Be prepared, buckle up
And get ready....

I'm just giving you my early warning...
There is a big chaos and disorder waiting ahead..

Sekian dan harap maklong


#pkp#lockdown#EconomicCrisis #economiccollapse
-Muhammad Mamzah21 Mei 2021

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ayulip.blogspot.com/2021/05/pkp-30-aka-pkp-10.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp 3 0 Rakyat Lebih Terjejas Teruk Kerajaan Tebuk Atap Kata Tak Perlu Moratorium Stop Rakyat Boleh Makan Lagi

Pkp 3 0 Rakyat Lebih Terjejas Teruk Kerajaan Tebuk Atap Kata Tak Perlu Moratorium Stop Rakyat Boleh Makan Lagi

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 270 hits
malaysiakini comPKP 3 0 Kerajaan dituntut umum moratorium automatikPemimpin pembangkang berkata semasa PKP terdahulu dilaksanakan pun banyak pihak terjejas dan mereka mesti diberi bantuan BOB KELANANG Tidak dapat dinafikan PKP 3 0 yang dium...
Raya Tetap Raya Demi Anak Anak Walau Pkp

Raya Tetap Raya Demi Anak Anak Walau Pkp

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 345 hits
hai assalammualaikum Raya Tetap Raya Demi Anak Anak Walau PKP Semalam telah diumukan Sambutan Hari Raya jatuh pada 13 Mei 2021 bersamaan Hari Khamis Bila tunggu pengumuman macam ni sepatutnya kita gembira tak sabar lagi dua sehari nak raya ...
Pmo Tidak Keluarkan Kenyataan Media Berbahasa Inggeris Berhubung Pelaksanaan Pkp

Pmo Tidak Keluarkan Kenyataan Media Berbahasa Inggeris Berhubung Pelaksanaan Pkp

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 170 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri PMO menegaskan bahawa PMO hanya mengeluarkan kenyataan yang dimaksudkan dalam Bahasa Melayu SUMBER Facebook Rasmi YAB Perdana Menteri MAINKAN PER
Solat Fardu Jumaat Aidilfitri Dibenarkan Di Perak Sepanjang Pkp

Solat Fardu Jumaat Aidilfitri Dibenarkan Di Perak Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 297 hits
Walau dibenarkan jemaah ditetapkan tidak boleh melebihi 50 orang di masjid dan surau di seluruh Perak Jabatan Agama Islam Perak turut menetapkan menetapkan kehadiran menunaikan solat hanya dibenarkan kepada warganegara lelaki dan berusia 12...
Kemudahan Di Lebuh Raya Plus Disedia 24 Jam Sepanjang Pkp

Kemudahan Di Lebuh Raya Plus Disedia 24 Jam Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 193 hits
MALAYSIAKINI Kemudahan di semua lebuh raya PLUS Malaysia Berhad termasuk di kawasan rehat dan rawat serta hentian sebelah disediakan dan dibuka 24 jam sepanjang tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan Ketua Pegawai Operasi PLUS Zakaria Ahmad Z...
Salam Aidilfitri 2021 Hari Raya Dalam Pkp

Salam Aidilfitri 2021 Hari Raya Dalam Pkp

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 536 hits
Salam Aidilfitri 2021 Hari Raya Dalam PKP Hari raya aidilfitri 2021 disambut dalam keadaan pandemik covid 19 masih belum reda Seperti tahun 2020 hari raya tahun ini pun tidak boleh kemana mana Masak sendiri makan sendiri dan yang kemas pun ...
Pm Muhyiddin Pkp 3 0 Bukan Tindakan Zalim Keputusan Cukup Sukar Tetapi Mesti Di Buat

Pm Muhyiddin Pkp 3 0 Bukan Tindakan Zalim Keputusan Cukup Sukar Tetapi Mesti Di Buat

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 188 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri menyifatkan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kali ini bukanlah perkara main main sebaliknya ia adalah satu keputusan yang sukar tetapi mesti dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sedar ke...
Mana Ada Negara Bertamadun Ubah Pkp Dalam 5 Hari

Mana Ada Negara Bertamadun Ubah Pkp Dalam 5 Hari

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 312 hits
Kerajaan Malaysia jelas sengaja tidak mahu belajar menangani wabak Covid 19 yang telah melanda negara ini sejak setahun lalu Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan keputusan terbaharu menetapkan Perintah ...
Pkp Tiada Lawatan Khas Keluarga Penghuni Penjara Sempena Aidilfitri

Pkp Tiada Lawatan Khas Keluarga Penghuni Penjara Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 370 hits
Menurut Jabatan Penjara lawatan perjumpaan melalui kaedah sidang video itu hanya dibenarkan kepada keluarga penghuni yang membuat tempahan melalui penjara berkaitan sahaja KUALA LUMPUR Lawatan khas keluarga penghuni sempena Hari Raya Aidilf...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch