Kemudahan Di Lebuh Raya Plus Disedia 24 Jam Sepanjang Pkp


MALAYSIAKINI


Kemudahan di semua lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) termasuk di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah disediakan dan dibuka 24 jam sepanjang tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pegawai Operasi PLUS Zakaria Ahmad Zabidi berkata lebih 250 pasukan PLUSRonda ditugaskan untuk membuat rondaan di lebuh raya tersebut, selain semua kemudahan awam seperti surau dan tandas di R&R dan hentian sebelah dibuka seperti biasa.
"Bagi pelanggan lebuh raya yang dibenarkan untuk melakukan perjalanan dalam tempoh tersebut, kami akan memastikan tahap perkhidmatan di lebuh raya kami sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik, walaupun PKP dilaksanakan.
“Kami telah mengambil langkah bagi memastikan aspek keselamatan yang tinggi sebagai komitmen kami untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang selamat dan selesa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata PLUS juga menempatkan kren serta trak tunda yang bersiap sedia di lokasi strategik di sepanjang lebuh raya untuk bantuan kecemasan dan kerja-kerja mengalihkan kenderaan terkandas dengan lebih pantas sepanjang perayaan Aidilfitri itu.
Katanya, sempena perayaan tersebut, PLUS menghentikan sementara semua kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf di sepanjang lebuh raya bermula semalam hingga 17 Mei, kecuali melibatkan kerja-kerja pembaikan kecemasan yang kritikal.
Zakaria berkata bermula esok hingga 7 Jun, gerai makanan dan minuman, kedai serbaneka dan gerai perniagaan lain di R&R beroperasi pada pukul 6 pagi sehingga 10 malam setiap hari (tertakluk kepada arahan Pihak Berkuasa Tempatan).
Bagaimanapun, hanya perkhidmatan pembelian makanan dan minuman secara bungkusan sahaja dibenarkan dalam tempoh tersebut.
“Untuk keselesaan pelanggan, PLUS menawarkan khidmat beli dan bawa pulang makanan tanpa sentuh dengan lebih mudah dengan pelanggan hanya perlu membuat prapesanan makanan daripada rakan niaga dan pengendali gerai di 21 R&R terpilih," katanya dengan menambah, prapesanan boleh dibuat melalui Aplikasi PLUS atau melalui pautan orderdisini.plus.com.my.
Sementara itu, beliau berkata PLUS menggalakkan pelanggan lebuh raya memuat turun Aplikasi PLUS secara percuma bagi merancang perjalanan dengan lebih mudah.
"Pelanggan juga dapat berinteraksi dengan PLUS Unique Texting Realtime Interface iaitu chatbot kecerdasan buatan (A.I) pertama lebuh raya yang lebih dikenali sebagai 'Putri', yang menyediakan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS,” katanya.
Beliau berkata sekiranya berlaku sebarang insiden atau kecemasan di lebuh raya, pelanggan dinasihatkan supaya menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/kemudahan-di-lebuh-raya-plus-disedia-24.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Perketat Pkp Lebuh Raya Persekutuan Sesak Teruk

Polis Perketat Pkp Lebuh Raya Persekutuan Sesak Teruk

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 396 hits
Keadaan lalu lintas yang sesak di sempadan Selangor KL di Lebuh Raya Persekutuan PETALING JAYA Kesesakan teruk berlaku di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur selepas polis memperketatkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan S...
Seminggu Sebelum Raya Dan Seminggu Selepas Raya Dua Minggu Pkp 100 Adalah Yang Terbaik Kerajaan Perlu Serius

Seminggu Sebelum Raya Dan Seminggu Selepas Raya Dua Minggu Pkp 100 Adalah Yang Terbaik Kerajaan Perlu Serius

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 434 hits
Lock down tanpa ada dua darjat tanpa KOMPROMI darurat sepenuhnya tembak jika keluar rumah Kuasa darurat diserahkan kepada Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara secara langsung di bawah Agong Kecemasan hanya perlu call balai polis...
Resipi Rendang Daging Raya Pkp Rempah Buat Sendiri Sedapnya Menjilat Jari

Resipi Rendang Daging Raya Pkp Rempah Buat Sendiri Sedapnya Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 591 hits
Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut beberapa hari sahaja lagi pasti membuatkan ibu sibuk dengan mempersiapkan segala jenis bahan untuk memasak Rendang antara menu wajib yang pastinya tersedia enak di pagi raya Tercari cari menu rendan...
Raya Puasa 2021 Pengalaman Tahun Ke 2 Raya Dalam Suasana Pkp Tak Balik Kampung

Raya Puasa 2021 Pengalaman Tahun Ke 2 Raya Dalam Suasana Pkp Tak Balik Kampung

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 609 hits
Hari ni 13 May 2021 bersamaan 1 Syawal 1442 tahun ke 2 berturut turut menyambut hari raya puasa dalam suasana PKP 3 0 Saya cuba ingat semula kali akhir raya dalam keadaan biasa sebelum munculnya perkataan norma baharu bermula tahun lepas Na...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021 Pkp 3 0 Malaysia

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021 Pkp 3 0 Malaysia

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 708 hits
Memasuki tahun kedua kita di Malaysia meraikan kedatangan Ramadhan dan juga 1 Syawal dalam keadaan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bezanya tahun ini PKP 3 0 dilaksanakan dengan perintah kawalan yang lebih loggar berbanding PKP 1 0 ...
Raya Frasa Pkp

Raya Frasa Pkp

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 453 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat Masuk hari ini sudah 4 syawal kan sahabat sahabat bagaimana hari ke 4 syawal masih di rumah masing masing kan Tidak ada kebenaran untuk ziarah asbab takut penularan Covid 19 Sepe...
Hiburan Raya Gaya Pkp Lihat Foto Ootd Artis Tempatan Sambut Lebaran

Hiburan Raya Gaya Pkp Lihat Foto Ootd Artis Tempatan Sambut Lebaran

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 325 hits
Meskipun menyambut lebaran dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan ianya sama sekali tidak menghalang umat Islam untuk meraikan hari kemenangan tersebut pada tahun ini Meskipun sesi ziarah menziarahi adalah dilarang sama sekali ketika Har...
Semua Aktiviti Bazar Ramadan Dan Ekspo Aidilfitri Di Temerloh Dihentikan Sepanjang Pkp

Semua Aktiviti Bazar Ramadan Dan Ekspo Aidilfitri Di Temerloh Dihentikan Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 498 hits
Susulan PKP yang akan bermula pada hari esok 12 Mei semua aktiviti perhimpunan orang ramai di Temerloh dihentikan seperti bazar Ramadan Aidilfitri Pekan Sehari Pasar Malam dan Pasar Tani Keputusan ini dibuat selepas pihak Majlis Perbandaran...
Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025

Magnitude 5 7 Quake Hits Indonesia S East Java Near Holiday Island Bali Agency Says

Paracetamol Vaccines Won T Cause Autism Says Health Ministry

Your Countries Are Going To Hell Trump Tells Europe

Ciri Ciri Makanan Kucing Yang Bagus Sihat Panduan Pemilik Kucing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Beef Cheeks With Beer Recipe

Lucky Cup Menu Signature Drinks Must Try Favorites

Sekadar Penjelasan Ringkas

Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus

Bila Mati Korang Rasa Roh Akan Balik Rumah Tak

Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun Lauk Simple Tapi Paling Laju Habis