Pisau Untuk Pancung Perdana Menteri Pn Sudah Ditangan


REAKSI

Tiga sosok ini; Mahathir, Mohamad Arif dan
Muhyiddin jadi perhatian jelang sidang parlimen.WAP panas menjelang sidang parlimen 10 hari lagi, pada 18 Mei ini kian meruap dan merembas dada orang-orang politik dan juga pemeriksa politik. Kehangatan wap ini seakan dapat menolak rasa bimbang dan gerun kepada Covid-19 yang menyerang negara lebih sebulan lalu.

Tentunya bagi pihak kerajaan, mereka lebih takut kepada sidang itu daripada berhadapan dengan wabak yang sudah mulai mengendur itu. Jika boleh dielakkan, mahu sidang itu ditiadakan sampai habis penggal parlimen ke-14 bagi memastikan kedudukan kerajaan PN selamat?

Apa yang menjadi tumpuan pada sidang 18 Mei yang dihadkan diadakan hanya sehari sahaja itu, ialah berkenaan dengan notis-notis usul yang dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohamad Arif Md Yusof untuk dinilai bagi dibahaskan. Berbagai spekulasi dan cakap-cakap mengenai notis-notis usul berkenaan sejak 72 jam lepas.

Sejak notis memanggil mesyuarat Parlimen ke-14 pertama penggal ke-3 dikeluarkan pada 17 April, pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat menerima empat notis usul.  Notis usul itu masing-masing diterima daripada ahli Parlimen Batu Sapi, (Liew Vui Keong), ahli Parlimen Semporna (Mohd Shafie Apdal) dan ahli Parlimen Langkawi (Dr Mahathir Mohamad).

Ahli Parlimen Batu Sapi (Liew Vui Keong) mengemukakan usul dibawah Peraturan Mesyuarat 18 mengemukakan resolusi agar sidang membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli Yang Berhormat.

Selain itu, wakil tersebut juga mengemukakan usul membuat ketetapan bahawa ahli Parlimen Langkawi  (Dr Mahathir Mohamad) mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Parlimen.

Satu lagi usul dikemukakan ialah meminta persidangan dilanjutkan daripada sehari kepada lapan hari.

Bagaimana pun ketiga-tiga notis usul ahli Parlimen Batu Sapi itu ditolak kerana sebahagiannya tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Negara.

Usul daripada MP Semporna.
Usul daripada ahli Parlimen Semporna (Mohd Shafie Apdal) pula berbunyi hampir sama dengan notis usul ahli Parlimen Batu Sapi itu mengemukakan resolusi membuat ketetapan kedudukan ahli Parlimen Langkawi yang mendapat majoriti. Bagaimana pun ia juga ditolak atas alasan ia tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Negara. Usul itu sebagai mencabar hak Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa melantik perdana menteri.

Manakala dua usul lagi dikemukakan oleh Ahli Parlimen Langkawi, (Dr Mahathir Mohamad), yang mengemukakan usul agar mengekalkan Yang di Pertua Dewan Rakyat yang ada (Mohamad Arif Yusof) dikekalkan sehingga dewan dibubarkan. Usul itu dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 4.

Manakala satu lagi usul dikemukakan ahli Parlimen Langkawi itu, membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Parlimen. Usul itu dikemukakan dibawah Peraturan Mesyuarat 27(3).

Usul meminta dewan mengekalkan Mohamad Arif sebagai Yang di-Pertua Dewan sehingga habis penggal ditolak, manakala usul meminta ketetapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli Parlimen Pagoh tidak ada keyakinan majoriti ahli-ahli Parlimen DITERIMA.

Dengan penerimaan usul tersebut bermakna kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri akan dibahas dan diambil ketetapan dalam sidang parlimen. Nasib Muhyiddin akan terserah kepada parlimen. Bagaimanapun sama ada ia akan dibahas dalam sidang sehari itu atau tidak, tidak dapat dipastikan.

Melihat kepada gelagat dan belang ditunjukkan oleh pihak kerajaan tidak mungkin ia akan dibahaskan pada sidang sehari itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perjalanan parlimen Takiyuddin Hassan siang-siang sudah memberi isyarat sidang itu hanya akan menyelesaikan urusan kerajaan sahaja.

Pokoknya apa terpenting apabila Yang di-Pertua Dewan Rakyat sudah menerima notis usul yang membawa maksud untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Muhyiddin kini sedang berhadapan dengan keputusan maha hebat buat dirinya. Walaupun mungkin ia sudah diduga tetapi tetap mendebarkan.

Usul yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Langkawi dan telah diterima itu sepertilah ia sebilah pisau yang sudah terpegang ditangan untuk melibas leher Perdana Menteri dan melumatkan kerajaan PN bila-bila masa sahaja. Bersedialah perang akan bermula. [wm.kl.4:50 pm 08/05/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/05/pisau-untuk-pancung-perdana-menteri-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shafie Kemuka Usul Percaya Dr Mahathir Sebagai Perdana Menteri

Shafie Kemuka Usul Percaya Dr Mahathir Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 351 hits
Khamis 07 Mei 2020 03 12 PM MYTOLEH YISWAREE PALANSAMYTun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan perdana menteri pada Februari lepas Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR 7 Mei Speaker Dewan Rakyat hari ini mengesahkan pejabatnya menerima s...
Jika Mukhriz Menang Presiden Bersatu Anwar Melepas Lagi Jawatan Perdana Menteri

Jika Mukhriz Menang Presiden Bersatu Anwar Melepas Lagi Jawatan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 356 hits
SEMALAM Presiden Warisan Shafie Apdal menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat memohon Dewan membincangkan usul undi percaya kepada Dr Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri yang telah meletakkan jawatan dengan sendirinya tanpa disuruh oleh ...
Usul Untuk Mengesahkan Kedudukan Perdana Menteri Lebih Penting Daripada Lain2 Usul

Usul Untuk Mengesahkan Kedudukan Perdana Menteri Lebih Penting Daripada Lain2 Usul

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 317 hits
Apa pun hujah serta alasan kerajaan mereka sebenarnya tidak boleh sama sekali menangguhkan lagi usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin lebih daripada tarikh sidang Parlimen pada 18 Mei Ini kerana usul tidak percaya itu...
Bagaimana Tan Sri Muhyiddin Menjadi Perdana Menteri Ini Sejarah Politik Beliau

Bagaimana Tan Sri Muhyiddin Menjadi Perdana Menteri Ini Sejarah Politik Beliau

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 580 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPerdana Menteri Malaysia yang ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara individu yang mempunyai kerjaya politik yang penuh warna warni Beliau antara individu yang pernah memegang pelbagai portfolio ke...
Perutusan Khas Hari Pekerja 2020 Yab Perdana Menteri

Perutusan Khas Hari Pekerja 2020 Yab Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 535 hits
RINGKASAN Perutusan Khas Hari Pekerja 2020 YAB Perdana Menteri Selamat Hari Pekerja buat Semua Tahun ini keadaan sambutan tidak seperti biasa dan dalam Bulan Ramadhan Sumbangan semua pekerja dari sektor awam dan swasta amat dihargai Bekerja...
Fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Mendapat Perhatian Yab Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin

Fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Mendapat Perhatian Yab Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 876 hits
Fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Mendapat Perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin Assalammualaikum semua Salam Ramadan dan Salam PKP hari ke 38 Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan wabak ...
Perdana Menteri Sahkan Kebijaksanaan Cara Ph Tidak Terus Mengadakan Pkp

Perdana Menteri Sahkan Kebijaksanaan Cara Ph Tidak Terus Mengadakan Pkp

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 262 hits
Perdana Menteri Sahkan Kebijaksanaan Cara PH Tidak Terus Mengadakan PKP Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin menyatakan setiap hari PKP dilaksanakan Malaysia rugi RM2 4 billion Menurut The Star TERJEMAHAN Ekonomi Mal...
Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja

Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 572 hits
Antara intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja1 Kerajaan akan laksanakan Perintahkan Kawalan Pergerakan Bersyarat 2 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan akan dilaksanakan dikawasan Zon Merah 3 Sektor ekonomi dibuka...
Perdana Menteri Akan Membuat Perutusan Khas Esok

Perdana Menteri Akan Membuat Perutusan Khas Esok

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 436 hits
Rakyat Malaysia ketika ini pastinya ternanti nanti sama ada PKPB akan diteruskan ataupun ditamatkan pada 12 Mei nanti Persoalan tersebut mungkin terjawab pada petang esok di mana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat satu pe...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Lima Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Langgar Remaja

Tiga Ditahan Disyaki Bunuh Wanita Dalam Perodua Alza

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Majlis Annual Dinner Sekolah Paling Happening Dengan Tema Movie Character

Cubaan Sekat Demo Akan Cemar Kredibiliti Ph Kata Mp Dap