Bagaimana Tan Sri Muhyiddin Menjadi Perdana Menteri Ini Sejarah Politik Beliau


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Perdana Menteri Malaysia yang ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara individu yang mempunyai kerjaya politik yang penuh warna warni. Beliau antara individu yang pernah memegang pelbagai portfolio kementerian termasuklah sebagai Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Petanian dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pelajaran, Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri. 
Oleh itu, jom kita lihat sejarah hidup beliau dari awal beliau masuk ke dunia politik dan mendaki tangga sehingga menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 8. 
SEJARAH AWAL KEHIDUPANDilahirkan pada 15 Mei 1947, di Muar, bapa Muhyiddin iaitu Muhammad Yassin Muhammad, ialah seorang ulama yang amat dikenali di Bandar Maharani, Muar, sementara ibunya ialah Khadijah Kassim

Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani, Muar dan Sekolah Kebangsaan Ismail, Muar, Muhyiddin seterusnya ke Sekolah Tinggi Muar. Muhyiddin telah menyambung pengajian di pertingkat tinggi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur hingga berjaya memperoleh Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Melayu pada tahun 1971

Sejurus memperoleh ijazahnya, suami kepada Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, dan juga bapa kepada empat orang anak itu, berkhidmat sebagai penjawat awam dan banyak memegang jawatan di pelbagai syarikat milik kerajaan negeri

Penglibatan awal dalam politik bermula sejak menyertai UMNO sebagai ahli biasa di bahagian Pagoh pada tahun 1971. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Pagoh seterusnya Setiausaha di bahagian itu pada 1976

Pada tahun 1978, beliau dilantik sebagai Ahli Parlimen Pagoh. Sepanjang menjalankan khidmat sebagai Ahli Parlimen, Muhyiddin pernah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen kepada Kementerian Hal Ehwal Luar, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan seterusnya Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri

 PERJALANAN POLITIK BERMULA
Sejak dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh pada 1984, laluan politiknya dalam UMNO Johor semakin meningkat – daripada menjadi Ahli Majlis Eksekutif negeri, hinggalah menjadi Ketua UMNO Johor seterusnya Menteri Besar Johor dari 1986 hingga 1995

Muhyiddin juga pernah memegang portfolio penting di peringkat Persekutuan iaitu sebagai Menteri Belia dan Sukan (1995–1999), Menteri Perdagangan Tempatan dan Hal Ehwal (1999–2004), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004–2008) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008–2009)

Pada tahun 2009, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak


Pada Ogos 2016, Muhyiddin mendaftarkan parti politik baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad. Muhyiddin menjadi Presiden parti itu sementara Tun Dr Mahathir bertindak sebagai Pengerusi

Ketika itu juga Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden Pakatan Harapan


Pada 24 Februari lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima peletakan jawatan tersebut, tetapi kemudian berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri baharu

Bagi tujuan itu, Yang di-Pertuan Agong menitahkan seramai 221 Ahli Parlimen untuk menghadap Baginda pada 25 dan 26 Februari bagi memaklumkan siapa calon Perdana Menteri pilihan mereka

Bagaimanapun, selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Dr Mahathir mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mendapati tiada calon pilihan majoriti yang mampu diangkat sebagai Perdana Menteri seterusnya

Justeru, pada 28 Februari pula, pihak Istana Negara memaklumkan akan menghubungi Ketua-ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat, bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri ke-8

Dalam pencalonan itu, Muhyiddin dilaporkan mendapat pencalonan tertinggi mendahului kiraan sokongan ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8

Sokongan itu diterjemah melalui sokongan sejumlah 97 ahli Parlimen daripada enam parti, iaitu Bersatu (36), UMNO (39), Pas (18), MCA (2), MIC (1) dan PBRS (1)

Pada pagi 29 Februari, Muhyiddin mengesahkan mengetuai Perikatan Nasional ke Istana Negara bagi mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong

Pada kira-kira jam 4.40 petang, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan

Baca Juga :  Fungsi dan Fakta Mengenai Parlimen MalaysiaBIODATA PENUH TAN SRI MUYIDDIN YASSIN
📌 Nama: Tan Sri Muhyiddin Yassin
📌 Nama Asal : Mahiaddin Bin Md Yassin
📌 Isteri: Puan Sri Noorainee Abdul Rahman
📌 Anak: 4 orang
📌 Tarikh Lahir: 15 Mei 1947 (73 tahun)
📌 Tempat lahir: Muar, Johor
📌 Pembelajaran : Universiti Malaya
📌 Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978
KRONOLOGI PERJALANAN KARIER
📍1970 - Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)
📍 1971 - Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh
📍 1974 - Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor
📍 1978 - Ahli Parlimen Pagoh

📍 1982 -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh
📍 1986 - Menteri Besar Johor ke-13
📍 1985 - Ahli Majlis Tertinggi UMNO
📍 1993 - Menang Naib Presiden UMNO
📍 1996 - Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO
📍 4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 - Menteri Belia dan Sukan
📍 2000 - Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi

📍 15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
📍 27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
📍 19 Mac 2008 – 9 April 2009 - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
📍 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 - Timbalan Presiden UMNO
📍 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
📍 10 April 2009 – 11 Ogos 2013 - Menteri Pelajaran
📍 2009 - Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
📍 10 April 2009 - Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
📍 2016 - Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

📍 Jun 2016 - Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO

📍 September 2016 - Menjadi antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Presiden

📍 13 Julai 2017 - Dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan

📍 22 Ogos 2017 - Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor
📍 2018 - Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri
📍 29 Februari 2020 - Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan
Baca Juga : Mustafa Kemal Atartuk Disanjung Sebagai Hero di Turki! Ini Adalah Sebabnya!
KESIMPULANNYA
Melihat perjalanan karier beliau, ia adalah sama sahaja dengan kita di dalam konteks kehidupan, ada kalanya kita berada di satu keadaan yang sukar, adakala kita dihalang untuk bersuara, adakalanya kita sudah hampir capai ke tahap tertinggi, tetapi tetap di terhalang dan sebagainya. 
Semoga Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat membawa Malaysia ke satu tahap lebih tinggi, lebih tinggi daripada sebelum-sebelum ini. Aminn. Tak sabar nak lihat apakah corak pentadbiran beliau pasca COVID-19

Sekian
Sumber : Biodata | Sejarah Politik | Google Image

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/05/sejarah-perjalanan-politik-tan-sri-muhyiddin-yassin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Mendapat Perhatian Yab Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin

Fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Mendapat Perhatian Yab Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 869 hits
Fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Mendapat Perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin Assalammualaikum semua Salam Ramadan dan Salam PKP hari ke 38 Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan wabak ...
Resepi Kek Lapis Tan Sri Muhyiddin

Resepi Kek Lapis Tan Sri Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 1151 hits
Kek Lapis Tan Sri MuhyiddinBahan AButter 480 gmCream cheese 150 gmGula 200 gmOvallate 25 gmBahan BTelur 10 bijiBahan CAir sejuk 150 gmBahan DTepung gandum 300 gmTepung roti merry 200 gmSerbuk santan 1 paxBaking powder 1 tspBahan EKaya 250 g...
Bukankah Pemilihan Perdana Menteri Muhyiddin Disahkan Agong

Bukankah Pemilihan Perdana Menteri Muhyiddin Disahkan Agong

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 381 hits
SEDANG Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan pimpinannya Perikatan Nasional bertungkus lumus berusaha untuk menyelamatkan nyawa rakyat yang dilanda pandemic Covid 19 negara dikejutkan pula oleh tindakan Ahli Parlimen Langkaw...
Mukhriz Timbalan Perdana Menteri Selesai Masalah Muhyiddin

Mukhriz Timbalan Perdana Menteri Selesai Masalah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 553 hits
Cadangan sahaja Kehebatan Mukhriz sebagai pemimpin pusat memang belum ketara tetapi bukan tidak ada Anwar sendiri boleh ambil peluang tawarkan Mukhriz sebagai TPM bagi tambah kekuatan dan jalinan untuk prose s undi tidak percaya Muhyiddin d...
Boleh Tahan Muhyiddin Dan Menteri Kewangan Temberang

Boleh Tahan Muhyiddin Dan Menteri Kewangan Temberang

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 621 hits
No one left behind Makcik kiah dah mula tepuk dahi Harap sangat PRU15 dipercepatkan sikit
Usul Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Cipta Sejarah Baharu

Usul Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Cipta Sejarah Baharu

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 307 hits
Usul Tidak Percaya terhadap Muhyiddin cipta sejarah baharuOleh May 09 2020Usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin walaupun dijangka tidak akan dibahas dalam sidang sehari pada 18 Mei ini tetap mencipta satu sejarah ...
Perdana Menteri Sahkan Kebijaksanaan Cara Ph Tidak Terus Mengadakan Pkp

Perdana Menteri Sahkan Kebijaksanaan Cara Ph Tidak Terus Mengadakan Pkp

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 255 hits
Perdana Menteri Sahkan Kebijaksanaan Cara PH Tidak Terus Mengadakan PKP Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin menyatakan setiap hari PKP dilaksanakan Malaysia rugi RM2 4 billion Menurut The Star TERJEMAHAN Ekonomi Mal...
Hari Ini Dalam Sejarah Iron Man Telah Dilancarkan Menjadi Permulaan Marvel Cinematic Universe

Hari Ini Dalam Sejarah Iron Man Telah Dilancarkan Menjadi Permulaan Marvel Cinematic Universe

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 398 hits
Pada 2 Mei 2008 Iron Man telah dilancarkan Dianggap sebagai filem superhero gred B pada masa itu tiada harapan tinggi telah diberikan tetapi memberi treler yang mengagumkan dengan beberapa kesan khas yang mengagumkan sehingga membantu menin...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator