Fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Mendapat Perhatian Yab Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin
Fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Mendapat Perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. Assalammualaikum semua! Salam Ramadan dan Salam PKP hari ke-38! Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan wabak COVID-19, seluruh Rakyat Malaysia mencuba mencari sesuatu untuk menghiburkan diri. Ada yang sudah menyertai cabaran Tik Tok, marathon menonton filem serta drama, berkaraoke, bersukan di dalam rumah dan ada yang mencuba memasak pelbagai makanan. Netizen sanggup mencuba pelbagai resepi, resepi yang sering ingin mereka cuba adalah Basque Burnt Cheesecake, Kek Batik, Apam Kukus, Puding Karamel, Pau dan macam-macam lagi. Sangat menghiburkan apabila melihat hasil-hasil gambar masakan yang netizen telah cuba.
Fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Mendapat Perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin
PKP memberi kita semua sedar tentang nikmat dunia yang telah Allah s.w.t telah berikan. Iaitu bersama dengan keluarga. Untuk ibu-ibu pastinya tugas ini amat mencabar. Mereka perlu menguruskan kerjaya dengan bekerja di rumah, menjadi guru untuk anak-anak yang mempunya kerja sekolah atau kelas dalam talian, menjaga kebersihan rumah tangga, basuh kain, melipat lain, menyapu sampah, mop lantai dan seterusnya yang paling penting adalah memasak makanan untuk semua ahli keluarga di rumah. Melalui pengalaman Ruby, anak-anak dan suami sentiasa lapar. Hahaha. Maka, itulah tercetus pelbagai menu masakan baru. Cara ini dapat mewujudkan aktiviti sesama ahli keluarga. Hehe
Sumber gambar dari thestar.com.my
Semalam, 23 April 2020 ( Khamis) telah diadakan Perutusan Khas oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin. Dua perkara yang dinantikan oleh netizen adalah sama ada PKP diteruskan dan apakah teks yang mencuit hati akan disebut oleh YAB PM.
Perutusan Khas Pertama pada 16 Mac 2020 : PKP Fasa Pertama selama 2 minggu bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Teks ucapan yang mencuit hati adalah berkenaan Just Stay Home, Please.
Perutusan Khas Kedua pada 25 Mac 2020 : PKP Fasa Kedua bermula 1 April 2020 hingga 14 April 2020. Teks ucapan yang mencuit harti adalah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang menyebut nama Makcik Kiah sebagai contoh untuk Rakyat Malaysia memahami apa yang kerajaan usahakan
Perutusan Khas Ketiga : PKP Fasa Ketiga bermula 15 April 2020 hingga 28 April 2020. Teks ucapan yang mencuit hati adalah "Ke Sana Ke Sini"
Perutusan Khas Keempat pada 23 April 2020 : PKP Fasa Keempat bermula 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020. Teks ucapan yang membuatkan netizen terhibur adalah
"Kita lihat secara positif. Mungkin inilah peluang yang Allah berikan kepada kita untuk mengamalkan sebenar-benar ibadah puasa. Kita berbuka puasa dan bersahur sekadarnya. Makan masakan isteri kita dan tidak membazir. Kalau masakan tak jadi pun tak apa. Boleh post dalam grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni"
Dalam Masa 7 Hari Mendapat 1 Juta Pengikut
Permulaan penubuhan facebook group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni adalah pada 14 April 2020. Bermula dari status kak Laila yang mengajak untuk buka satu platform untuk berkongsi gambar masakan yang tak jadi. Di dalam percubaan memasak apa sahaja makanan. Ia bukan sengaja dibuat-buat. Betul tak? Jika terleka menggoreng makanan, pasti akan hangit. Bau satu rumah. Manalala jika air kering semasa mengukus, juga mengeluarkan bau hangit. Agak mustahil untuk dibuat-buat masakan tidak jadi. Ia melibatkan kos dan masa. Betul tak tuan puan? Hehehehe
Oleh kerana, kewujudan facebook group ini ketika kita semua berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ia adalah masa yang sesuai. Rezeki Allah. Siapa kita untuk menidakkan-Nya?
Setelah YAB Perdana Menteri menyebut facebook group ini, peningkatan pengikut bertambah sebanyak 200,000.
14 April 2020 - 20 April 2020 (7 : 1 JUTA pengikut
20 April 2020 - 22 April 2020 : Kenaikan 300,000 pengikut dan menjadikan keseluruhan 1.3 JUTA pengikut
23 April 2020 - 24 April 2020 : Peningkatan seramai 200,000 dan jumlah keseluruhan adalah 1.5 JUTA pengikut
Koleksi Masakan Tak Jadi Yang Mendapat Komen Dan Like Terbanyak
Jika masakan anda tidak jadi, anda tidak keseorangan. Jangan putus asa okay
Matlamat Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Apa yang Ruby nampak, matlamat facebook group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official adalah untuk memberi semangat kepada Rakyat Malaysia yang gigih mencuba memasak, membuat kek dan membuat kuih muih. Malah ada yang menggunakan perkakasan untuk memasak tanpa mengetahui kebolehan sesuatu peralatan. Perkara ini yang membuatkan kita semua ketawa kerana ada yang membakar pizza di dalam oven tanpa tray. Kemudian ada yang mengukus apam dan pau tidak cek kandungan air. Ada juga yang membuat kek menggunakan Air Fryer masing-masing. Hasilnya? Amat menakjubkan. Hahaha.
Jadi, manfaatkan paltform yang ada dan semoga tiada pembaziran berlaku. Sudah semestinya kegagalan pertama adalah permulaan segalanya. Kita akan terus mencuba hasilkan masakan sampai jadi. InsyaAllah.
Apa yang pasti, anda tidak bersendirian! Hahaha!
Akaun Rasmi Media Sosial Masak Apa Tak Jadi Hari Ni OfficialReaksi pengguna facebook di kalangan Rakyat Malaysia amat positif. Sehinggakan banyak akaun yang sama ditubuhkan. Ia mengelirukan segelintir pengguna facebook. Dibawah Ruby senaraikan laman media sosial rasmi Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.
www.facebook.com/groups/matjhn.officialwww.facebook.com/matjhn.officialwww.instagram.com/matjhn.officialwww.twitter.com/matjhnofficialwww.matjhnofficial.blogspot.comwww.youtube.com/channel/
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2020/04/fenomena-masak-apa-tak-jadi-hari-ni.html