Pipi Bayi Berkudis Selepas Menyusu Badan Ini Cara Untuk Atasi Ruam Ekzema


Ruam susu pada bayi adalah disebabkan susu ibu, betul ke? Kalau begitu, adakah perlu untuk menghentikan penyusuan susu badan?
Teruskan membaca perkongsian artikel yang di kongsi dari hello doktor ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.

Apa itu ruam susu?
Ada yang mengatakan ruam ini terjadi apabila susu badan terkena bahagian pipi si kecil. Ini sekali gus menimbulkan kebimbangan buat para ibu yang melakukan penyusuan eksklusif.
Tidak kurang juga yang mengatakan ruam pada pipi si kecil ini berkembang kesan pemakanan ibu yang mencetuskan alahan kulit kepada bayi – yang disalurkan melalui susu badan.
Bahan-bahan yang mencetuskan alahan tersebut juga dipercayai menjadi punca ruam pada pipi apabila susu ibu bersentuhan secara langsung dengan kulit ketika penyusuan.
Tetapi adakah ia benar susu ibu yang menjadi punca ruam atau ekzema pada kulit bayi ini?
Hakikatnya, andaian dan kepercayaan tersebut adalah tidak benar. Bahkan istilah ruam atau ekzema susu itu juga tidak tepat bagi menggambarkan punca sebenarnya.
Ini kerana dalam dunia perubatan hanya terdapat istilah ekzema atau dermatitis atopik – yang merupakan salah satu jenis dermatitis paling biasa terjadi kepada bayi atau kanak-kanak.

Fahami punca ruam susu pada bayi
Ekzema adalah keradangan kronik yang dicetuskan oleh ketidakupayaan badan untuk menghasilkan sel lemak yang cukup dikenali sebagai ceramides.
Punca ekzema masih belum dapat dipastikan tetapi yang pastinya ruam atau bintik yang menyebabkan pipi si manja menjadi kemerahan, bersisik dan gatal ini bukanlah disebabkan oleh penyusuan susu ibu.
Risiko untuk mengembangkan dermatitis atopik ini mungkin dipengaruhi oleh faktor genetik, fungsi sistem imun bayi dan faktor luaran yang lain.
Biasanya gejala ekzema ini boleh muncul sendiri dalam 6 bulan pertama kehidupan bayi. Dalam tempoh ini juga, penyusuan eksklusif amat digalakkan bagi memenuhi keperluan bayi.
Tetapi harus diingat bahawa masalah ekzema pada pipi bayi ini bukan disebabkan penyusuan atau terkena susu ibu.
Ruam susu pada bayi adalah cenderung untuk terjadi sekiranya mereka dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan makanan. Antara jenis alahan makanan yang sering dialami adalah seperti kacang, telur dan susu.
Walaupun terdapat hubungan antara alahan makanan susu yang menjadi punca kemunculan ekzema tetapi susu itu sendiri bukanlah penyebab ekzema buat kali pertama.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai alergi kepada susu atau produk tenusu, tindak balas alahan ini boleh memburukkan lagi gejala ekzema jika terus mengambilnya.
Bayi dengan ruam susu, boleh ke menyusu?
Dengan penjelasan di atas, jelas menunjukkan bahawa ekzema susu ini bukanlah disebabkan pengambilan atau pendedahan kepada susu ibu. Jadi keputusan untuk menghentikan penyusuan secara eksklusif bukanlah penyelesaian yang tepat bagi menghilangkan ekzema.
Ini kerana sekiranya penyusuan susu ibu dihentikan atau dihadkan, ia boleh menghalang si kecil daripada mendapat makanan terbaik yang dapat memenuhi keperluan hariannya.
Untuk kesan jangka masa panjang, ia boleh menjejaskan proses tumbesaran dan perkembangan bayi.
Bayi yang tidak mendapat cukup protein daripada susu berisiko untuk mendapat masalah kwashiorkor – kekurangan protein, keadaan berpotensi memburukkan lagi masalah kulit.
Maka bayi walaupun mempunyai ruam, masih perlu dan boleh meneruskan penyusuan. Namun sebaiknya ibu haruslah mengelakkan jenis-jenis makanan yang boleh mencetuskan alahan makanan pada bayi.
Merawat masalah ekzema pada bayi
Antara gejala ekzema biasa pada bayi adalah kulit kering dengan ruam merah, bersisik dan gatal.
Ibu boleh membantu melegakan simptom pada bayi dengan cara berikut:
1. Sapu ubat ekzema selepas mandi bantu atasi ruam susu pada bayi
Semasa mandi, cuba rendam seluruh badan bayi terutama yang terkena ekzema untuk mendapatkan kelembapan sepenuhnya. Bilas dengan air bersih.
Kemudian sapukan krim berubat atau salap ekzema dalam masa tiga minit selepas keluar dari tab mandi untuk memastikan kulit sentiasa lembap.
2. Pilih sabun bayi yang selamat
Bagi mengelakkan kerengsaan kulit menjadi lebih teruk akibat ekzema susu, idea yang baik adalah untuk memilih sabun mengandungi bahan hipoalergenik, tidak berwarna mahupun ditambah pewangi.
Biasanya sabun wangi dan berwarna mengandungi bahan kimia yang boleh memburukkan lagi masalah ekzema.
3. Gunakan pelembap kulit yang selamat
Pilihlah pelembap hipoalergenik yang lembut, pH seimbang dan mengandungi bahan organik. Seelok-eloknya, pelembap pilihan anda juga harus mengandungi ceramida – berfungsi untuk membaiki tisu kulit sensitif bayi.
Baca dan perhatikan bahan-bahan dalam pelembap pada produk bayi. Sapukan pelembap sekurang-kurangnya 3-5 minit selepas memandikan bayi.
Elakkan juga memakai pakaian yang diperbuat daripada bahan yang sering mencetuskan kegatalan atau kerengsaan seperti kain bulu atau sintetik.
Semoga masalah ruam kemerahan pada pipi si kecil akan bertambah baik. Pun begitu, jika masalah ruam susu pada bayi tidak pulih atau bertambah teruk, lakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian dan penyelesaian yang berkesan.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Pipi Bayi Berkudis Selepas Menyusu Badan? Ini Cara Untuk Atasi Ruam Ekzema! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pipi-bayi-berkudis-selepas-menyusu-badan-ini-cara-untuk-atasi-ruam-ekzema/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Atasi Ruam Lampin Bayi

Cara Atasi Ruam Lampin Bayi

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 171 hits
Masalahnya Yang sering ibu ibu pening kepala lepas bersalin 1 Ruam lampin pada punggung bayi 2 Batuk Dan selesemaMasalah ruam lampin kulit merah2 macam tersiat mendatangkan kerengsaan pedih tiap Kali lap guna tisu dia nangis Punca utama Rua...
Tak Campur Susu Ke Jangan Risau Bayi Menyusu Badan Kecil Janji Sihat

Tak Campur Susu Ke Jangan Risau Bayi Menyusu Badan Kecil Janji Sihat

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 325 hits
Ramai ibu mengeluh orang suka banding bandingkan saiz badan bayi mereka Ada yang salahkan susu ibu sebab tak berkualiti dan anak tak tembam Menerusi perkongsian Kaunselor Laktasi Puan Nad Masrom beliau ingatkan ibu ibu jangan terlalu nak ba...
Cara Atasi Kesesakkan Jalan

Cara Atasi Kesesakkan Jalan

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 152 hits
Ini cara macam mana 7 bandar utama dunia buat untuk setelkan masalah traffic jam mereka Apa yang boleh kita belajar dari mereka 1 Stockholm Sweden Electronic Road Pricing Stockholm mengenakan bayaran khas bagi kenderaan yang masuk ke dalam ...
Risau Nak Potong Kuku Bayi Ini Cara Mudah Boleh Elak Terpotong Isi Kuku

Risau Nak Potong Kuku Bayi Ini Cara Mudah Boleh Elak Terpotong Isi Kuku

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 193 hits
Penting ke untuk mengetahui cara potong kuku bayi Tidak dinafikan kuku si manja umumnya lebih lembut dan mudah lentur berbanding orang dewasa namun ia masih boleh menyebabkan calar dan perlu dipotong dengan kerap Menerusi perkongsian di Hel...
Viral Nakes Cubit Pipi Bayi Pasien Tambah Deretan Konten Nakes Yang Dikecam

Viral Nakes Cubit Pipi Bayi Pasien Tambah Deretan Konten Nakes Yang Dikecam

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 183 hits
Demi konten FYP tenaga kesehatan seperti ini benar benar bikin publik geram sekaligus resah Abaikan kode etik biar terkenal
Biarkan Bayi Puas Merangkak Dan Menjulur Kerana Ia Penting Untuk Perkembangan Otak Serta Cara Pembelajaran Terbaik

Biarkan Bayi Puas Merangkak Dan Menjulur Kerana Ia Penting Untuk Perkembangan Otak Serta Cara Pembelajaran Terbaik

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 225 hits
Seronok bila tengok bayi kita sudah mencapai perkembangan merangkak Merangkak adalah perkembangan yang baik kepada bayi kerana ia salah satu cara pembelajaran yang terbaik untuknya selain dapat menguatkan segala otot otot badannya sebelum d...
Pengasuh Cakar Pipi Pukul Bayi Berusia 11 Bulan Didakwa Di Mahkamah

Pengasuh Cakar Pipi Pukul Bayi Berusia 11 Bulan Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 176 hits
Pengasuh cakar pipi pukul bayi berusia 11 bulan didakwa di mahkamahFoto Harian MetroSeorang pengasuh Taska didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan berusia 11 bulan minggu lalu Tertudu...
Pengasuh Taska Didakwa Cakar Pukul Badan Bayi Perempuan 11 Bulan

Pengasuh Taska Didakwa Cakar Pukul Badan Bayi Perempuan 11 Bulan

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 212 hits
Seorang pengasuh Taman Asuhan Kanak Kanak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dengan cara mencakar pipi dan memukul tubuh mangsa minggu lalu Didakwa cakar pukul ...
Bapa Ini Kongsi Cara Latih Anak Menangis Boleh Cool Down Sendiri Sejak Bayi

Bapa Ini Kongsi Cara Latih Anak Menangis Boleh Cool Down Sendiri Sejak Bayi

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 224 hits
Tangisan bayi adalah isyarat untuk dia berkomunikasi dan nak beritahu sesuatu Jadi sebagai ibu bapa perlu faham adakah tangisan itu adalah tangisan sebab sakit atau untuk nak perhatian Ada sesetengah pihak berpendapat bila bayi menangis buk...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew