Pinda Perlembagaan Kdn Bakulsampahkan Arahan Pm Dakwa Ahli Mkt Umno


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-July 20, 2022 4:45 PM
Ahli MKT Umno Razlan Rafii berkata walaupun perdana menteri telah memberikan tarikh tamat kepada JPPM untuk menyelesaikan isu pindaan perlembagaan Umno, nampaknya ia bukan perkara yang perlu diambil peduli oleh KDN. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah “membakulsampahkan” arahan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) bawah kementerian itu meluluskan permohonan Umno meminda perlembagaan sebelum 16 Julai.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii berkata demikian sambil menyatakan kekesalan dengan tindakan KDN dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin yang didakwanya sengaja melengah-lengahkan keputusan pindaan perlembagaan parti itu.

“Hari ini, walaupun perdana menteri telah memberikan tarikh tamat kepada JPPM iaitu pada 16 Julai, nampaknya ianya bukan satu yang perlu diambil peduli oleh KDN.

“Menteri KDN gagal untuk melaksanakan tugasan ini, KPI yang sudah ada tidak dipedulikan, arahan perdana menteri kepada menteri KDN untuk mengeluarkan keputusan pada 16 Julai dibakulsampahkan,” katanya di Facebook.

Sebelum ini Ismail berkata, JPPM mempunyai masa hingga 16 Julai ini untuk meluluskan pindaan perlembagaan Umno bagi menangguhkan pemilihan parti berkenaan.

Pada 13 Julai, Hamzah berkata, JPPM belum mengeluarkan keputusan permohonan Umno meminda perlembagaan untuk mengadakan pemilihan parti, enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU).

Hamzah berkata, biarpun JPPM berada bawah kementeriannya, namun keputusan jabatan itu dibuat secara bebas.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan turut mengesahkan Umno telah menyerahkan semua dokumen tambahan diminta JPPM bagi permohonan pindaan perlembagaan parti itu.

Mengulas lanjut, Razlan berkata, banyak lagi kes bawah seliaan KDN membabitkan parti lain gagal diselesaikan dengan baik sehingga parti politik terpaksa mencari jalan penyelesaian menggunakan mahkamah.

“Hal ini tidak berlaku sebelum ini, banyak parti yang berurusan dengan JPPM sebelum ini tiada halangan untuk mendapatkan kelulusan malah ada banyak parti yang tumbuh bagai cendawan tiada masalah.

“Pejuang, Muda terpaksa menggunakan mahkamah untuk membuat keputusan untuk pihak KDN. SOP yang sudah tersedia, tatacara kerja yang sekian lama berada di JPPM sepatutnya tiada masalah, sudah pasti ada udang di sebalik batu berkenaan tindakan kelewatan ini,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/pinda-perlembagaan-kdn-bakulsampahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kdn Cari Pasal Dengan Umno

Kdn Cari Pasal Dengan Umno

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 533 hits
KDN Cari Pasal Dengan Umno Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Razlan Rafii menyatakan rasa kesal dengan Kementerian Dalam Negeri yang menurutnya sengaja melengah lengahkan keputusan pindaan perlembagaan parti itu Tegas Razlan walaupun Perdana...
Jika Pindaan Perlembagaan Umno Ditolak Ros Ini Masa Terbaik Untuk Zahid Hamidi Undur Diri

Jika Pindaan Perlembagaan Umno Ditolak Ros Ini Masa Terbaik Untuk Zahid Hamidi Undur Diri

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 246 hits
Semalam Jabatan Perdaftar Pertubuhan atau RoS memaklumkan bahawa keputusan sama ada pindaan perlembagaan UMNO akan dilulus atau ditolak bakal diketahui selewat lewatnya pada 16 Julai Pemakluman RoS itu muncul berikutan tanda tanya yang kian...
Pindaan Perlembagaan Umno Harap Ros Beri Kelulusan

Pindaan Perlembagaan Umno Harap Ros Beri Kelulusan

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 326 hits
UMNO berharap tiada sebarang halangan bagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan untuk meluluskan permohonan pindaan perlembagaannya Menurut Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan parti itu yakin telah melaksanakan pindaan itu mengikut prosed...
Umno Mohon Semakan Kehakiman Jika Pindaan Perlembagaan Tak Lulus Kata Tok Mat

Umno Mohon Semakan Kehakiman Jika Pindaan Perlembagaan Tak Lulus Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 293 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata tindakan melakukan semakan kehakiman bergantung kepada keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan terlebih dulu PETALING JAYA Semakan kehakiman akan dilakukan Umno sekiranya notis pindaan perlembag...
Umno S Biggest Enemy Is Itself Says Nazri

Umno S Biggest Enemy Is Itself Says Nazri

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 279 hits
Padang Rengas MP Nazri Aziz said objections to the extension of the MoU with Pakatan Harapan were coming from within Umno and not the opposition PETALING JAYA Former Umno Supreme Council member Nazri Aziz said the country s biggest politica...
Keh Keh Asal Buka Ja Berita Tak Da Cerita Lain Mat Sakaw Tipu Macai Umno Tak Patut Tak Patut

Keh Keh Asal Buka Ja Berita Tak Da Cerita Lain Mat Sakaw Tipu Macai Umno Tak Patut Tak Patut

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 391 hits
Najib Zahid langgar janji undur jika terpalit kes mahkamah kata Nazri July 14 2022 Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz berkata Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi tidak mengotakan janji dibuat walaupun menguasai Umno PETALING JAYA Najib R...
Kalau Ros Tak Lulus Permohonan Umno Kena Buat Pemilihan Mahdzir

Kalau Ros Tak Lulus Permohonan Umno Kena Buat Pemilihan Mahdzir

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 284 hits
agendaily com14 07 2022Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid UMNO perlu patuh kepada sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan kata Datuk Seri Mahdzir Khalid Naib Presiden UMNO itu berkata semua pihak di...
Discontinuing Mou Would Be Against Interest Of The Rakyat Nazri Aziz Tells Umno Info Chief

Discontinuing Mou Would Be Against Interest Of The Rakyat Nazri Aziz Tells Umno Info Chief

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 331 hits
Umno strongman Datuk Seri Nazri Aziz today said that discontinuing the Memorandum of Understanding between the current administration and Pakatan Harapan would go against the interest of the people Referring to Umno information chief Shahri...
Jika Ros Tak Lulus Umno Akan Jalankan Pemilihan Mengikut Jadual Mat Hasan

Jika Ros Tak Lulus Umno Akan Jalankan Pemilihan Mengikut Jadual Mat Hasan

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 302 hits
agendaily com15 07 2022Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan UMNO akan mematuhi arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan sekiranya diputuskan perlu mengadakan pemilihan parti pada hujung tahun ini kata Datuk Seri Mohamad Hasan Timbal...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord