Kalau Ros Tak Lulus Permohonan Umno Kena Buat Pemilihan Mahdzir


agendaily.com14/07/2022
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
UMNO perlu patuh kepada sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), kata Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Naib Presiden UMNO itu berkata semua pihak diminta menunggu keputusan yang akan diumumkan RoS dan tidak membuat spekulasi yang hanya akan mengeruhkan keadaan, gesaan tersebut dibuat menjelang tarikh akhir keputusan RoS 16 Julai ini.

“Setakat ini kita tidak dapat lagi (keputusan) tetapi ada orang lawan teka sekarang ini, tetapi pada saya tak perlu keterlaluan, kita tunggu keputusan. Bila keputusan keluar pada waktu itu kita terima keputusan apa yang diputuskan.

“Ada dua sama ada diluluskan atau tidak diluluskan, itu sahaja. Kalau tidak lulus pemilihan kena buat, lepas itu baru pilihan raya, kalau lulus mungkin boleh pilihan raya dahulu baru boleh pemilihan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Mahdzir terdahulu menghadiri Majlis Taklimat Khas Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (Prospek) Pedu di Kampung Padang Setol.

UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lepas.

Jika dihitung, tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO perlu diadakan sebelum 30 Disember 2022.

Tinggal beberapa hari menjelang tarikh akhir 16 Julai ini untuk RoS memuktamadkan keputusannya terhadap permohonan dibuat UMNO sebelum ini.

Perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung Khas 15 Mei lalu sebulat suara meluluskan beberapa resolusi untuk membuat pindaan perlembagaannya, termasuk membenarkan pemilihan dalaman selepas pilihan raya umum (PRU).

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu bersedia menggunakan Pelan B sekiranya keputusan RoS tidak memihak kepada mereka, bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci berhubung rancangan tersebut.

Mengulas mengenai perjanjian untuk melantik Timbalan Perdana Menteri, Mahdzir berkata kuasa melantik terletak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan siapa yang akan dilantik sebagai timbalannya.

“Saya punya komen jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah prerogatif Perdana Menteri, pilihan raya itu pun hak Perdana Menteri juga. Pemuda UMNO boleh desak tetapi bagi saya untuk lantik Timbalan Perdana Menteri ini prerogatif Perdana Menteri.

“Biar beliau putuskan walaupun ada MoU (memorandum persefahaman) atau apa sekalipun, biar Perdana Menteri yang tentukan termasuk juga dalam soal pilihan raya. Beliau ada laporan, tahu apa yang berlaku di persekitaran dan di peringkat antarabangsa, jadi Perdana Menteri boleh putuskan berdasarkan maklumat yang ada,” katanya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/kalau-ros-tak-lulus-permohonan-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Ros Tak Lulus Umno Akan Jalankan Pemilihan Mengikut Jadual Mat Hasan

Jika Ros Tak Lulus Umno Akan Jalankan Pemilihan Mengikut Jadual Mat Hasan

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 167 hits
agendaily com15 07 2022Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan UMNO akan mematuhi arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan sekiranya diputuskan perlu mengadakan pemilihan parti pada hujung tahun ini kata Datuk Seri Mohamad Hasan Timbal...
Keputusan Ros Bakal Memihak Kepada Umno Untuk Tangguh Pemilihan Sumber

Keputusan Ros Bakal Memihak Kepada Umno Untuk Tangguh Pemilihan Sumber

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 261 hits
agendaily com15 07 2022Perhimpunan Agung UMNO Khas pada Mei lalu meluluskan resolusi untuk membuat pindaan Perlembagaannya termasuk membenarkan pemilihan dalaman selepas PRU Esok merupakan hari terakhir bagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan u...
Umno Harap Tiada Halangan Ros Lulus Pindaan

Umno Harap Tiada Halangan Ros Lulus Pindaan

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 224 hits
Umno harap tiada halangan ROS lulus pindaan nbsp Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Jul 2022 10 34PM
Ros Jangan Melampau Mengixinkan Tambahan Penangguhan Pemilihan Umno

Ros Jangan Melampau Mengixinkan Tambahan Penangguhan Pemilihan Umno

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 164 hits
Apa guna perlembagaan parti jika nak layan nafsu seorang dua pemimpin diberi keutamaan Parti dah hampir 70 tahun masih beralasan takut perpecahan lebih baik bubarkan sahaja kalau dah tua tapi Tak matang matang Pemimpin pelapis perlu diberi ...
Is Ros A Political Tool Asks Puad As Umno S Wait Drags On

Is Ros A Political Tool Asks Puad As Umno S Wait Drags On

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 395 hits
Umno wants to amend its constitution to postpone party elections for up to six months after a general election or up to 18 months from the end of its leadership term PETALING JAYA An Umno Supreme Council member is questioning whether the Re...
Law Don Says Umno S Alternative Plans Moot If Ros Rejects Party S Bid To Delay Internal Polls

Law Don Says Umno S Alternative Plans Moot If Ros Rejects Party S Bid To Delay Internal Polls

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 294 hits
Umno will not be able to carry out any alternative strategy it has if it fails to get the Registrar of Societies approval for amendments to its constitution a Universiti Kebangsaan Malaysia law lecturer said Associate professor Salawati Mat...
Umno Hancur Jika Pemilihan Parti Diadakan Sebelum Pru 15 Ahmad

Umno Hancur Jika Pemilihan Parti Diadakan Sebelum Pru 15 Ahmad

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 189 hits
Hancur leburlah UMNO Kita tidak boleh tergesa gesa membuat pemilihan parti kerana akan berlaku pecah belah di dalam parti jika ia diadakan dalam masa terdekat ini Jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan tidak meluluskan permohonan UMNO untuk me...
Nur Jazlan Bersatu Wielding Ros Against Umno

Nur Jazlan Bersatu Wielding Ros Against Umno

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 226 hits
Datuk Nur Jazlan Mohamed accused RoS of intentionally withholding its approval for Umno s amendment to its constitution which would let it further delay internal elections up to six months after the general election 8211 Bernama photo KUALA...
Pindaan Perlembagaan Umno Harap Ros Beri Kelulusan

Pindaan Perlembagaan Umno Harap Ros Beri Kelulusan

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 200 hits
UMNO berharap tiada sebarang halangan bagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan untuk meluluskan permohonan pindaan perlembagaannya Menurut Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan parti itu yakin telah melaksanakan pindaan itu mengikut prosed...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah