Pinda Laporan Audit 1mdb Najib Arul Kanda Akan Dituduh Bersama


Hariz Mohd & Faisal Asyraf      
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengadakan perbicaraan bersama ke atas bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda atas dakwaan meminda laporan audit syarikat itu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi membuat keputusan itu setelah mendengar permohonan oleh pihak pendakwa Gopal Sri Ram, dengan peguam bela, Arul N Sivananthan berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang bantahan.

Berikutan permohonan itu, tuduhan terhadap Arul yang didakwa bersubahat bersama dengan Najib dalam pindaan dokumen itu dibacakan semula di hadapan Azura.

Arul berkata beliau memahami pertuduhan itu dan masih mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya serta meminta dirinya dibicarakan. Azura kemudian menetapkan kes itu dibicarakan pada 1 Mac.

Gopal, yang juga adalah pendakwa utama, memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka akan memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Kes ke atas Arul pada mulanya dibicarakan oleh hakim mahkamah sesyen Rozina Ayob, yang awal pagi ini membenarkan permohonan Gopal untuk memindahkan kes itu ke mahkamah Azura.

ada 12 Disember lalu, bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan perlindungan daripada dikenakan tindakan tatatertib berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Mengikut pertuduhan, Najib, didakwa telah menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri mengarahkan agar Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang sedang disediakan dipinda sebelum ia dimuktamadkan dan dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) bagi melindungi diri daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berhubung syarikat pelaburan itu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, Arul pula didakwa bersubahat dengan Najib untuk meminda laporan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 28(1)(c) SPRM 2009 di baca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya di antara 22 dan 26 Februari 2016.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/pinda-laporan-audit-1mdb-najib-arul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib China Nafi Laporan Wsj Dakwa China Tawar Tebus 1mdb

Najib China Nafi Laporan Wsj Dakwa China Tawar Tebus 1mdb

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 479 hits
KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Najib Razak dan China masing masing menafikan laporan Wall Street Journal yang mendakwa negara itu pada 2016 menawarkan untuk menebus 1MDB yang berdepan masalah kewangan sebagai sebagai balasan penganugera...
Najib Arul Kanda Dibicarakan Bersama

Najib Arul Kanda Dibicarakan Bersama

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 117 hits
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengadakan perbicaraan bersama ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda atas dakwaan meminda laporan audit syar...
Ds Najib Buat Troll Isu Kanda Dinda Antara Dr Mujahid Yb Nurul Izzah

Ds Najib Buat Troll Isu Kanda Dinda Antara Dr Mujahid Yb Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 1002 hits
Sejak semalam jadi fenomena pulak sana sini orang dok troll pasal kekanda adinda ni Saya ni kurang sikit ikuti perkembangan dunia politik walau ikut la juga Tak la sampai tak tahu apa2 perkembangan Cuma kadang2 orang lain dah tahu kita baru...
Najib Jawab 6 Tuduhan Dengan Selamba Rundingan Sulit Bail Out 1mdb Paip Gas Ecrl

Najib Jawab 6 Tuduhan Dengan Selamba Rundingan Sulit Bail Out 1mdb Paip Gas Ecrl

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 355 hits
Saya ambil maklum tuduhan tuduhan terbaru dari WSJ hari ini dan saya nak berikan beberapa fakta Tuduhan 1 rundingan sulit bagi membenarkan kapal tentera laut China berlabuh di dua pelabuhan Malaysia Malaysia ialah negara berkecuali dan kapa...
2019 Tahun Yang Mencabar Buat Najib

2019 Tahun Yang Mencabar Buat Najib

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan 2019 bakal menjadi tahun yang mencabar baginya secara peribadi Dalam posting Facebooknya sempena tahun baharu Najib berkata beliau akan membersihkan nama di mahkamah...
Najib Rosmah Fleeing From Subang Airport The Top Story Most Loved By Malaysians In 2018

Najib Rosmah Fleeing From Subang Airport The Top Story Most Loved By Malaysians In 2018

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 344 hits
Members of the public swarm around a white Vellfire before the car enter Subang Airport on May 12 2018 Picture by Mukhriz HazimKUALA LUMPUR Pakatan Harapan s surprise victory A New Malaysia A slew of arrests and charges by the police and gr...
Jangan Abai Keaktifan Najib Di Media Sosial Kenapa Serangannya Dibiarkan Begitu Saja

Jangan Abai Keaktifan Najib Di Media Sosial Kenapa Serangannya Dibiarkan Begitu Saja

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 346 hits
Barangkali tidak sukar untuk kita semua mengakui bahawa tulisan tulisan bekas Perdana Menteri Najib Razak di media sosial sejak kehilangan kuasa ini bukan saja semakin menarik malah dibaca oleh lebih ramai rakyat negara ini Beliau juga dili...
100 Tahun Lagi Pun Ph Tidak Akan Tergugat Dengan Umno Yang Masih Mempertahan Najib Dan Zahid

100 Tahun Lagi Pun Ph Tidak Akan Tergugat Dengan Umno Yang Masih Mempertahan Najib Dan Zahid

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 365 hits
Selepas Mahathir adalah Anwar Seeloknya Muhyiddin memberi LALUAN kepada Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri Jika Anwar GAGAL mengganti Tun calon terdekat yang paling layak adalah Azmin dan Timbalan Perdana Menteri adalah Mukhriz Jika d...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal