Najib Jawab 6 Tuduhan Dengan Selamba Rundingan Sulit Bail Out 1mdb Paip Gas Ecrl


Saya ambil maklum tuduhan-tuduhan terbaru dari WSJ hari ini dan saya nak berikan beberapa fakta:
Tuduhan #1: rundingan sulit bagi membenarkan kapal tentera laut China berlabuh di dua pelabuhan Malaysia.
Malaysia ialah negara berkecuali dan kapal tentera dari mana-mana negara berhak dan sering berlabuh di pelabuhan-pelabuhan Malaysia. Ini ialah satu polisi yang sudah dilaksanakan selama berpuluh tahun.
Ini termasuk kapal-kapal perang dari Amerika Syarikat dan Rusia yang pernah berlabuh di Malaysia.
Sebagai contoh, kapal perang USS America berlabuh di Sepanggar, Sabah pada bulan Ogos 2017.
Pada 2004, Kapal USS Blue Ridge turut berlabuh di Pelabuhan Klang.
Tuduhan #2: China menawarkan untuk mengintip rumah dan pejabat wartawan yang menyiasat 1MDB di Hong Kong.
Seperti dilaporkan oleh WSJ ini juga tidak pernah berlaku.
Tuduhan #3: China menawarkan untuk menyelamat (bail-out) 1MDB.
Seperti dilaporkan oleh WSJ dan diketahui ramai, ini juga tidak pernah berlaku. Malaysia terus berusaha dan berjanji menandatangani perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi untuk memastikan bahawa semua wang yang didakwa hilang dari 1MDB akan dikembalikan sebelum 31 Disember 2020.
Tuduhan #4: China menawarkan untuk menggunakan pengaruh mereka bagi memastikan Amerika Syarikat dan negara lain menggugurkan siasatan terhadap 1MDB.
Seperti dilaporkan oleh WSJ juga, semua negara termasuk Amerika Syarikat tidak menghentikan siasatan mereka masing-masing di sebalik dakwaan itu.
Tuduhan #5: Projek-projek saluran paip gas adalah dianugerah kepada China dengan harga atas nilai pasaran.
Selama ini, tidak pernah ada tuduhan bahawa projek saluran paip gas adalah luar biasa tinggi harganya.
Projek saluran gas Trans-Sabah Pipeline yang dianugerahkan kepada syarikat China pada tahun 2016 yang panjangnya 662km bernilai RM4.06 bilion.
Sebagai perbandingan, projek Sabah–Sarawak Gas Pipeline yang panjangnya 500km yang dianugerah kepada konsortium dari India pada tahun 2008 telah disiapkan dengan kos RM4.6 bilion.
Tuduhan #6: Projek ECRL dianugerahkan kepada syarikat China pada harga RM55 bilion adalah luar biasa tinggi.
Projek ECRL dicadangkan oleh East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) sejak tahun 2007.

Pada tahun 2012 dan 2013, media tempatan melaporkan kos untuk projek ECRL sudah dianggar antara RM50 bilion kepada RM70 bilion.
Walaupun Pakatan Harapan (PH) sering menuduh kos projek ECRL ialah di atas harga pasaran, dan ada yang mendakwa harga ECRL sebenar hanyalah RM30 bilion, mereka tidak pernah memberi sebarang bukti untuk menyokong dakwaan itu.
Saya pernah bertanya PH berulang kali untuk mendedahkan mana-mana laporan yang menyebut kos ECRL hanya RM30 bilion dan juga untuk mengeluarkan laporan feasibiliti ECRL yang menunjukkan projek ECRL untung untuk negara namun tidak pernah sekalipun mereka menjawab.
Sebenarnya, angka RM30 bilion itu adalah kajian dibuat pada 2009 dan hanya untuk jarak 545km sahaja. Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 620km.
Jajarannya juga berubah untuk menjadi lebih efisien dan mengelak dari pengambilan terlalu banyak tanah rakyat serta rumah mereka dan ia turut memerlukan pembinaan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran Titiwangsa.
Ia adalah fasa pertama projek ini dan telah menelan belanja RM46 bilion pada 2016 dan ia juga berikutan kesan daripada inflasi dan Ringgit yang lemah. Jika projek ini dibina tujuh tahun selepas ini, ia akan menelan belanja lebih tinggi. Contohnya, kos bagi projek PTMP Pulau Pinang melonjak daripada RM27 bilion kepada RM50 bilion.
Sebagai bandingan, apabila kerajaan Pakatan Harapan tegas untuk membuat projek mega seperti projek lebuhraya Pan-Island Link 1 (PIL-1) sepanjang 19.5km yang dulunya dianggarkan menelan kos RM7.5 bilion (RM385 juta bagi setiap km) dan kini kos dikatakan sudah meningkat ke RM9 bilion (RM461 juta setiap km) walaupun penduduk-penduduk Pulau Pinang membantah projek ini kerana ia melibatkan kos terlalu tinggi dan tidak diperlukan.
Kenyataan media bagi beberapa projek keretapi di rantau ini akan dapat memberikan gambaran yang baik di mana kedudukan kos ECRL berbanding di negara lain.
1. Keretapi laju menghubungkan lapangan terbang Suvarnabhumi, Don Mueang and U-Tapao di Thailand diluluskan pada 2018. US$7.2 bilion (RM29.5 bilion) bagi 260km = RM113 juta bagi setiap kilometer.
2. Keretapi laju menghubungkan Bangkok dengan daerah Nakhon Ratchasima diluluskan pada 2017. Kos US$5.5 bilion (RM22.6 bilion) bagi 250 km = RM90.2 juta setiap kilometer.
3. Keretapi laju Indonesia dari Jakarta ke Bandung diluluskan pada 2017. Kos US$5.9 bilion (RM24.2 bilion) bagi 250km = RM96.8 juta bagi setiap kilometer.
Perlu diingat bahawa perniagaan adalah dua hala. Selepas projek-projek ECRL dan saluran paip dianugerah pada akhir tahun 2016, eksport sawit dan getah kepada negara China telah melonjak naik dengan tinggi.
Pada tahun 2017, negara China naik menjadi negara pengimport minyak sawit kedua terbesar dari Malaysia berbanding tempat ke-4 untuk tahun sebelumnya.
Untuk tahun 2017 juga, negara China menjadi negara pengimport getah tertinggi dari Malaysia dan jauh berbeza juga dari tempat ke-4 terbesar untuk tahun 2016.
Pada pendapat saya, Malaysia perlu berhati-hati untuk mengelakkan negara terlibat di dalam hal-ehwal geopolitik antara dua kuasa besar hanya berdasarkan laporan dari media dan jangan mudah untuk menuduh negara lain kerana ianya akan merugikan untuk negara.
Oleh : Najib Razak
Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2019/01/najib-jawab-6-tuduhan-dengan-selamba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tony Pua Accuses China Of Criminal Conspiracy To Bail Out 1mdb

Tony Pua Accuses China Of Criminal Conspiracy To Bail Out 1mdb

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 290 hits
He said the leaked documents revealed that the ECRL project was to cost RM60 billion but the actual cost of construction by CCCC was only RM27 billion and after the deduction of other fees and expenses the balance of RM29 8 billion was to b...
Urusniaga China Berkaitan Bail Out 1mdb Tanpa Persetujuan Kabinet

Urusniaga China Berkaitan Bail Out 1mdb Tanpa Persetujuan Kabinet

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 230 hits
Khairy Jamaluddin berkata Kabinet ketika pentadbiran BN sebelum ini tidak pernah dimaklumkan berkenaan kaitan urus niaga China dengan usaha bail out 1MDB jika ia benar benar berlaku Bekas menteri belia dan sukan itu merujuk laporan Wall Str...
Kj We Didn T Know China Deals Were Made To Bail Out 1mdb

Kj We Didn T Know China Deals Were Made To Bail Out 1mdb

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 282 hits
Rembau MP Khairy Jamaluddin said the previous cabinet under former prime minister Najib Abdul Razak did not know that project deals with China were meant to bail out troubled state fund 1MDB As a former cabinet member I can categorically st...
Ds Najib Jawab Tuduhan Jahat Wsj Mereka Memang Sengaja Mahu Rosakkan Hubungan Baik Malaysia China

Ds Najib Jawab Tuduhan Jahat Wsj Mereka Memang Sengaja Mahu Rosakkan Hubungan Baik Malaysia China

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 403 hits
Saya ambil maklum tuduhan tuduhan terbaru dari WSJ hari ini dan saya nak berikan beberapa fakta Tuduhan 1 rundingan sulit bagi membenarkan kapal tentera laut China berlabuh di dua pelabuhan Malaysia Malaysia ialah negara berkecuali dan kapa...
China Offered To Bail Out 1mdb Scuttle Probe In Return For Mega Projects Says Report

China Offered To Bail Out 1mdb Scuttle Probe In Return For Mega Projects Says Report

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 316 hits
Beijing had offered to help bail out troubled state firm 1MDB in 2016 in exchange for lucrative stakes in railway and pipeline projects the Wall Street Journal reports citing minutes from meetings between Chinese and Malaysian officials The...
Three Who Allegedly Insulted Former King Out On Bail

Three Who Allegedly Insulted Former King Out On Bail

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 330 hits
KUALA LUMPUR The three individuals arrested for insulting Sultan Muhammad V have been released on police bail says Tan Sri Noor Rashid Ibrahim The Deputy Inspector General of Police said they were still investigating the matter following fo...
Jawapan Najib Tuduhan Berselongkol Dengan China

Jawapan Najib Tuduhan Berselongkol Dengan China

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 273 hits
Saya ambil maklum tuduhan tuduhan terbaru dari WSJ hari ini dan saya nak berikan beberapa fakta Tuduhan 1 Rundingan sulit bagi membenarkan kapal tentera laut China berlabuh di dua pelabuhan Malaysia Malaysia ialah negara berkecuali dan kapa...
Najib China Nafi Laporan Wsj Dakwa China Tawar Tebus 1mdb

Najib China Nafi Laporan Wsj Dakwa China Tawar Tebus 1mdb

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 454 hits
KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Najib Razak dan China masing masing menafikan laporan Wall Street Journal yang mendakwa negara itu pada 2016 menawarkan untuk menebus 1MDB yang berdepan masalah kewangan sebagai sebagai balasan penganugera...
Pinda Laporan Audit 1mdb Najib Arul Kanda Akan Dituduh Bersama

Pinda Laporan Audit 1mdb Najib Arul Kanda Akan Dituduh Bersama

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 215 hits
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengadakan perbicaraan bersama ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda atas dakwaan meminda laporan audit syar...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu