Pinda Laporan 1mdb Mahkamah Arah Percepat Serah Dokumen


Pasukan pendakwaan dalam kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy diminta mempercepatkan proses penyerahan dokumen dan penyediaan penyataan saksi kepada pihak pembelaan bagi memberi masa kepada peguam dan supaya kes berjalan seperti dijadualkan.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan juga meminta pihak pendakwaan menyiapkan kesemua dokumen yang diperlukan pasukan pembelaan.
“Saya berharap pasukan pendakwaan dapat bekal semua dokumen, sebanyak mana yang boleh diberi supaya ia beri pembelaan banyak masa.

Loading… “Saya faham tidak semua boleh, tapi saya nak sebanyak mana yang boleh…Saya tidak mahu kes ini lambat,” katanya dan menetapkan 7 Okt untuk pengurusan kes.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Rozaliana Zakaria memaklumkan bahawa pihaknya masih dalam proses penyediaan senarai saksi dan penyataan saksi bagi tujuan perbicaraan.
“Pihak pendakwaan memohon satu tarikh pengurusan kes kerana terdapat beberapa dokumen berkaitan penyataan saksi yang masih belum diserahkan serta dimuktamadkan oleh pihak pendakwaan,” katanya semasa pengurusan kes itu.
Mahkamah sebelum ini menetapkan 18 Nov hingga 29 Nov 2019 dan 13 Jan hingga 17 Jan 2020 untuk perbicaraan kes itu.
Pada 4 Jan 2019, Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes Najib dan Arul Kanda dibicarakan bersama.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib, 66, manakala Datuk N. Sivananthan bertindak bagi pihak Arul Kanda, 43.
Pada 12 Dis 2018, Najib didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.
Beliau dituduh sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri Malaysia, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.
Anggota Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Arul Kanda, pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan tersebut, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/pinda-laporan-1mdb-mahkamah-arah-percepat-serah-dokumen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Arah Buang Perkataan Dara

Mahkamah Arah Buang Perkataan Dara

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 450 hits
DHAKA Sebuah mahkamah tinggi di Bangladesh mengarahkan perkataan dara dibuang daripada sijil perkahwinan pasangan Islam selepas sekumpulan aktivis mendakwa perkataan itu sebagai memalukan dan satu diskriminasi Menurut undang undang perkahwi...
Mahkamah Izin Permohonan Pendakwaan Tangguh Bicara Kes Najib Dan 1mdb

Mahkamah Izin Permohonan Pendakwaan Tangguh Bicara Kes Najib Dan 1mdb

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 374 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad membabitkan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan kepada Isnin depan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menetap...
Mahkamah Tolak Rayuan Dr M Kembalikan Saman Terhadap Laporan Rci Forex

Mahkamah Tolak Rayuan Dr M Kembalikan Saman Terhadap Laporan Rci Forex

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 260 hits
Dr Mahathir Mohamad PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan menolak rayuan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula saman beliau yang memohon perisytiharan untuk membatalkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kerugia...
Najib Tandatangan Dokumen Sebabkan Nama Tia Ditukar Kepada 1mdb

Najib Tandatangan Dokumen Sebabkan Nama Tia Ditukar Kepada 1mdb

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 263 hits
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak telah menandatangani beberapa dokumen yang menyebabkan Terengganu Investment Authority Berhad ditukar nama kepada 1Malaysia Development Berhad pada September 2009 Penolo...
1mdb Mahkamah Rayuan Putrajaya Tetapkan 26 Ogos 2019

1mdb Mahkamah Rayuan Putrajaya Tetapkan 26 Ogos 2019

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 305 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bekas Pegawai Khas Tertekan Najib Arah Ke China Selamatkan Hutang 1mdb

Bekas Pegawai Khas Tertekan Najib Arah Ke China Selamatkan Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 397 hits
Bekas pegawai khas kepada Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau amat tertekan ketika diarahkan untuk pergi ke China bagi menjalankan tugas sulit menyelamatkan hutang 1Malaysia Development Berhad pada Jun 2016 Datuk ...
Kes Src Najib Pendakwaan Tutup Kes Mahkamah Dengar Hujah 22 Okt

Kes Src Najib Pendakwaan Tutup Kes Mahkamah Dengar Hujah 22 Okt

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 269 hits
Pendakwaan dalam perbicaraan kes Najib Razak yang berdepan tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta menutup kesnya hari ini selepas mengemukakan 57 saksi sepanjang 58 hari perbicaraan bermu...
Bie Lepaskan Dia Dengan Talak 3 Suami Kata Tiada Niat Tetapi Mahkamah Kata Lafaz Itu Sah Jatuh Talak Ke Atas Isterinya

Bie Lepaskan Dia Dengan Talak 3 Suami Kata Tiada Niat Tetapi Mahkamah Kata Lafaz Itu Sah Jatuh Talak Ke Atas Isterinya

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 379 hits
The ReporterOkay guys I wanted to share something Kes hari ini DISCLAIMER I will never expose the identity of the parties Cuma jalan cerita kes sahaja untuk beri pengajaran kepada smua Happy reading dan jangan lupa sentiasa anggap cerita in...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biskut Dalgona Squid Game

Apple Cider Vinegar Dalam Bentuk Gummy

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Bubur Anak Lebah Macam Cendol Tapi Bukan Rasa Memang Sedap