Kes Src Najib Pendakwaan Tutup Kes Mahkamah Dengar Hujah 22 Okt


Pendakwaan dalam perbicaraan kes Najib Razak yang berdepan tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, menutup kesnya hari ini selepas mengemukakan 57 saksi sepanjang 58 hari perbicaraan bermula 3 April, lepas di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
Peguam Negara Tommy Thomas memaklumkan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa pendakwaan menutup kesnya terhadap Najib selepas pemeriksaan balas saksi terakhir, Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rosli Husain.
“Dengan ini Yang Arif, perbicaraan yang bermula 3 April tahun ini selama 58 hari dan 57 saksi, sampai ke penghujung kes kami,” katanya.

Loading… Beliau memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan menawarkan 66 saksi kepada pihak pembelaan sekiranya dipanggil membela diri.Iklan
“Dengan ini, saya secara rasmi menutup kes pendakwaan,” kata Peguam Negara.
Peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pembelaan menyoal pendakwaan sama ada semua saksi ada secara fizikal dan Timbalan Pendawka Raya VSithambaran menjelaskan bahawa kebanyakan saksi boleh dihubungi.
“Kami tentunya akan memastikan saksi boleh dihubungi. Sekiranya dapat mencari mereka, kami akan memaklumkan pihak pembelaan,” katanya.
Mohd Nazlan menetapkan 22 dan 23 Oktober ini mendengar hujah lisan pendakwaan dan pembelaan serta memerintahkan kedua-dua pihak mengemukakan hujah bertulis mereka pada 24 Sept.
Sepanjang perbicaraan, pendakwaan mengemukakan lebih 750 barang kes termasuk dokumen bank berkaitan akaun bank milik Najib, dokumen pemindahan wang, minit mesyuarat dan Blackberry Messanger berhubung transaksi wang Najib.
Antara saksi utama ialah pengurus Ambank Jalan Raja Chulan R Uma Devi, 40; bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) Azian Mohd Noh, 66; bekas pengerusi Lembaga SRC Ismee Ismail, 54 , bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC, Suboh Md Yassin, 68; bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, 67; bekas pengurus perhubungan di AmBank Joanna Yu Ging Ping, 48; bekas Menteri Kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah, 67; dan Rosli, 54, yang merupakan pegawai penyiasat kes itu.
Najib, Ahli Parlimen Pekan, pertama kami didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada 4 Julai, 2018 untuk berdepan tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Pada 8 Ogos, beliau didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana yang sama dan kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Najib, 66, perdana menteri keenam Malaysia, mulai April 2009 hingga Mei 2018, merupakan perdana menteri pertama yang dihadapkan ke mahkamah. Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara 17 Ogos, 2011 dan 10 Feb, 2015.
Tiga pertuduhan CBT yang dihadapi Najib ialah:
Bagi pertuduhan pertama, Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Advisor Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC) dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di sini antara 24 Dis 2014 dan 29 Dis 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.Pertuduhan ketiga, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Feb 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama. Bagi pertuduhan lain, Najib didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.Najib dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012.Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa telah menerima, masing-masing RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta, yang merupakan hasil aktiviti haram, yang dipindahkan mengikut Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) ke dalam akaun miliknya di AmIslamic Bank Berhad menggunakan nombor akaun 2112022011880 dan 2112022011906.Najib didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan AmBank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di Kuala Lumpur, antara 26 Dis, 2014, dan 10 Feb, 2015. Pertuduhan-pertuduhan itu difailkan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang memperuntukkan penalti mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan antara 26 Dis 2014 dan 10 Feb 2015.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/kes-src-najib-pendakwaan-tutup-kes-mahkamah-dengar-hujah-22-okt/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Izin Permohonan Pendakwaan Tangguh Bicara Kes Najib Dan 1mdb

Mahkamah Izin Permohonan Pendakwaan Tangguh Bicara Kes Najib Dan 1mdb

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad membabitkan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan kepada Isnin depan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menetap...
Kes Src Keputusan Najib Dibebaskan Atau Perlu Bela Diri Pada 11 Nov

Kes Src Keputusan Najib Dibebaskan Atau Perlu Bela Diri Pada 11 Nov

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 192 hits
AUGUST 27 2019Najib Razak akan mengetahui pada 11 Nov ini sama ada beliau akan dibebaskan atau akan diperintahkan untuk membela diri terhadap tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta Mahkam...
Biacara Kes Dana Src Peguam Najib Mohon Butiran Lanjut

Biacara Kes Dana Src Peguam Najib Mohon Butiran Lanjut

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR Pihak pembelaan penasihat Undang undang UMNO Datuk Mohd Hafarizam Harun akan memfailkan permohonan bagi mendapatkan butiran lanjut yang tidak terkandung dalam kertas pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram Perkara itu dima...
Perbicaraan Kes Src Datuk Seri Najib Tidak Nafi Tandatangan Milik Beliau

Perbicaraan Kes Src Datuk Seri Najib Tidak Nafi Tandatangan Milik Beliau

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 256 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kes 1mdb Pendakwaan Dakwa Najib Cuba Lindungi Perlakuan Jenayah

Kes 1mdb Pendakwaan Dakwa Najib Cuba Lindungi Perlakuan Jenayah

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 241 hits
Pihak pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad akan membuktikan Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low mengambil langkah untuk menutup jejaknya selepas skandal 1MDB terbongkar pada awal Julai 2015 ...
Perbicaraan Najib Kes Pendakwaan Hampir Tamat

Perbicaraan Najib Kes Pendakwaan Hampir Tamat

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 221 hits
Jho Low Nik Faisal tida kembali ke Malaysia sejak keluar negaraKUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi pada perbicaraan SRC International Sdn Bhd Datuk Seri Najib Tun Razak minggu ini diberitahu bahawa keberadaan ahli perniagaan yang menjadi buruan Lo...
Dana Src Najib Kena Sakit Mata Mahkamah Tangguh Bicara

Dana Src Najib Kena Sakit Mata Mahkamah Tangguh Bicara

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menangguhkan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami jangkitan mata Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan demikian selepas mendapati mahka...
Adakah Kes 1mdb Dihadapi Najib Bermula Hari Ini

Adakah Kes 1mdb Dihadapi Najib Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 207 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Mahkamah Tinggi KL pada hari pertama perbicaraan kes rasuah pengubahan wang haram babitkan dana 1MDB berjumlah 2 3 bilion ringgit Kes berkenaan yang juga dikenali sebagai perbicaraan...
Kes 1mdb Najib Ditangguh Zakir Naik Ke Bukit Aman Tiga Beranak Rentung

Kes 1mdb Najib Ditangguh Zakir Naik Ke Bukit Aman Tiga Beranak Rentung

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 273 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Apa Motif Majlis Peguam Kenapa Kerajaan Takut Bertindak

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Ipt Flysiswa

Rukun Islam Jangan Ditambahkurangi Itu Namanya Dholalah Finnar

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Mata Wang Kripto Doge Jumaat 3 Mei 2024