Pimpinan Tabligh Dakwa Peserta Hanya 12 500 Bukan 16 000


KUALA LUMPUR: Pimpinan Jemaah Dakwah dan Tabligh Malaysia mendakwa jumlah kehadiran himpunan tabligh di Masjid Seri Petaling awal bulan ini, hanyalah sekitar 12,500 orang, bukan 16,000 seperti yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ahli Mesyuarat Markaz Dakwah & Tabligh Malaysia, Abdullah Cheong, berkata jumlah itu adalah berdasarkan data dikumpul bahagian Syukbah Pendataan Ijtimak Tabligh bagi tujuan menguruskan makanan dan tempat tinggal peserta himpunan berkenaan.

Data itu, katanya, dikira berdasarkan keluasan tempat himpunan dan ruang dalam masjid, contohnya bahagian sayap kanan masjid boleh memuatkan 1,700 orang, manakala bahagian tetamu luar negara seramai 840 orang.

Jelasnya, kehadiran peserta himpunan itu dikira semasa solat didirikan berdasarkan kiraan kepala dalam setiap saf dan bukanlah anggaran semata-mata.

“Pada Sabtu malam, 29 Februari lalu, data rasmi Masjid Seri Petaling menunjukkan jumlah peserta yang solat Maghrib di masjid kami, termasuk tetamu luar negara dan mereka yang mempunyai tugas khidmat seperti menjaga trafik, memasak, menjaga parkir dan sebagainya ialah sekitar 12,500 orang.

“Inilah kehadiran tertinggi ketika ijtimak (himpunan) kami berlangsung. Kiraan ini bukanlah jumlah yang baharu kami dapatkan, malah adalah rutin Syukbah Pendataan untuk bertahun-tahun lamanya.

“Jumlah kehadiran yang banyak disebut ialah seramai sekitar 16,000 orang. Jumlah ini bukanlah datang daripada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Sebelum ini, KKM memaklumkan, siasatan pihaknya mendapati kira-kira 16,000 peserta menyertai himpunan tabligh di Masjid Seri Petaling yang berlangsung antara 28 Februari hingga 2 Mac lalu, dengan kira-kira 14,500 dipercayai rakyat Malaysia.

Ketika ini, jangkitan COVID-19 membabitkan peserta himpunan itu membentuk kluster terbesar di negara ini, dengan 689 kes daripada 1,183 kes serta lima daripada lapan kematian, dikaitkan dengan himpunan berkenaan setakat hari ini.

Mengulas lanjut, Abdullah mendakwa, sekitar 1,600 orang yang hadir adalah jemaah tabligh dari luar negara, dengan hampir 100 peratus daripada mereka sudah kembali ke negara masing-masing, sekali gus hanya kira-kira 11,000 warga tempatan.

“Menurut laporan KKM setakat 19 Mac 2020, sekitar 10,500 orang peserta ijtimak sudah pun disaring. Ini bermakna hanya sekitar 500 orang lagi peserta tempatan yang belum disaring,” dakwanya, menegaskan hanya sekitar 200 orang warga Rohingya dan 150 orang warga Myanmar hadir himpunan itu.

Abdullah mengakui menerima beberapa laporan peserta mengatakan mereka yang hadir ke pejabat kesihatan daerah ataupun hospital berhampiran, terutama pada beberapa hari pertama, diminta pulang ke rumah tanpa di saring kerana tidak bergejala, sebaliknya sekadar diminta menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Kami khuatir kerana butiran mereka tidak direkod sebelum mereka diminta pulang. Apabila terdengar laporan mengatakan ribuan peserta ijtimak belum disaring, ramai yang pergi berkali-kali ke pejabat kesihatan daerah atau hospital berhampiran sehingga nama mereka direkod dan butiran mereka diambil,” katanya.

Abdullah memberi jaminan pihaknya dan peserta himpunan tabligh sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan semua peserta akan tampil untuk menjalani saringan COVID-19.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/pimpinan-tabligh-dakwa-peserta-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 500 Orang Sertai Ijtimak Tabligh Hanya 500 Belum Disaring Bukan 4000

12 500 Orang Sertai Ijtimak Tabligh Hanya 500 Belum Disaring Bukan 4000

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 190 hits
KUALA LUMPUR Di sebalik angka 16 000 yang banyak disebut data rasmi Masjid Seri Petaling menunjukkan lebih kurang 12 500 orang termasuk 1 600 tetamu luar negara menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling dari 28 Feb hingga 2 Mac Ahl...
Kkm Jejaki 5 000 Peserta Tabligh Untuk Ujian Covid 19

Kkm Jejaki 5 000 Peserta Tabligh Untuk Ujian Covid 19

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 860 hits
PUTRAJAYA Semua Jabatan Kesihatan Negeri kini giat mengesan lebih 5 000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu
Ujian Covid 19 Kementerian Kesihatan Giat Kesan 5 000 Peserta Tabligh

Ujian Covid 19 Kementerian Kesihatan Giat Kesan 5 000 Peserta Tabligh

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 317 hits
SHAH ALAM 11 MAC Semua Jabatan Kesihatan Negeri kini menjejaki lebih 5 000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abd...
Hampir 500 000 Kes Covid 19 Di Seluruh Dunia Naik Lebih 120 000 Kes Dalam Tiga Hari

Hampir 500 000 Kes Covid 19 Di Seluruh Dunia Naik Lebih 120 000 Kes Dalam Tiga Hari

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 302 hits
Peningkatan COVID 19 semakin serius di seluruh dunia dan kini mencecah 472 763 kes Dalam tempoh tiga hari sahaja sebanyak kira kira 120 000 kes dicatatkan di seluruh dunia berdasarkan data Kebanyakan daripada peningkatan mendadak itu meliba...
9 000 Jemaah Tabligh Berhimpun Di Sulawesi Tanpa Hirau Risiko Covid 19

9 000 Jemaah Tabligh Berhimpun Di Sulawesi Tanpa Hirau Risiko Covid 19

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 271 hits
Ribuan jemaah tabligh dari seluruh Asia berkumpul di Indonesia pada Rabu walaupun timbul kebimbangan perhimpunan itu mungkin menyebabkan penularan Covid 19 hanya 2 minggu selepas acara sama diadakan di Malaysia yang menyaksikan lebih 500 pe...
Peserta Himpunan Tabligh Bakal Berdepan Tindakan Drastik

Peserta Himpunan Tabligh Bakal Berdepan Tindakan Drastik

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 286 hits
Ravin Palanisamy PESERTA perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling yang enggan jalani pemeriksaan kesihatan bakal berdepan tindakan keras kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini Hamid berkata pasukan petugas khas telah di...
2 426 Orang Peserta Tabligh Di Sabah Berjaya Dikesan

2 426 Orang Peserta Tabligh Di Sabah Berjaya Dikesan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 440 hits
Seramai 57 orang daripada yang diperiksa pada Isnin didapati positif COVID 19 dan 197 didapati negatif Gambar hiasan 2 426 orang peserta tabligh di Sabah berjaya dikesan Seramai 2 426 orang peserta tabligh di Sabah yang menghadiri perhimpun...
Polis Jejaki Peserta Himpunan Tabligh

Polis Jejaki Peserta Himpunan Tabligh

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 304 hits
Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan menjejaki kira kira 4 000 orang lagi ahli ahli jemaah tabligh yang belum tampil untuk membuat saringan kesihatan masing masing Tindakan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Petugas Kha...
Kita Bukan Takut Mati Tapi Takut Jadi Penyebab Orang Lain Sakit Peserta Tabligh Rayu Semua Taat Perintah Kawalan

Kita Bukan Takut Mati Tapi Takut Jadi Penyebab Orang Lain Sakit Peserta Tabligh Rayu Semua Taat Perintah Kawalan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 393 hits
Salah seorang jemaah tabligh yang terlibat kuarantin berkongsi beberapa nasihat buat rakan rakan jemaah dan orang ramai mengenai tatacara menghadapi situasi semasa Dalam video dimuatnaik beliau Duan berpesan agar tidak keluar rumah dan tida...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut