12 500 Orang Sertai Ijtimak Tabligh Hanya 500 Belum Disaring Bukan 4000



KUALA LUMPUR: Di sebalik angka 16,000 yang banyak disebut, data rasmi Masjid Seri Petaling menunjukkan lebih kurang 12,500 orang termasuk 1,600 tetamu luar negara menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling dari 28 Feb hingga 2 Mac.

Ahli Mesyuarat Markaz Dakwah Tabligh Malaysia Abdullah Cheong dalam satu kenyataan hari ini berkata bermakna kehadiran peserta tempatan adalah sekitar 11,000 orang.
Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan (KKM) setakat 19 Mac sekitar 10,500 peserta ijtimak sudah pun disaring, bermakna hanya sekitar 500 peserta tempatan yang belum disaring bagi membendung penularan COVID-19, katanya.

Selain itu dalam kenyataan sama, beliau juga menolak dakwaan terdapatnya ribuan warga Rohingya yang telah menyertai ijtimak itu memandangkan rekod rasmi menunjukkan bilangan peserta Rohingya hanya sekitar 200 orang dan dari Myanmar pula 150 orang. "Data rasmi Masjid Seri Petaling menunjukkan jumlah peserta yang bersolat Maghrib di masjid itu pada 29 Feb, termasuk tetamu luar negara dan mereka yang mempunyai tugas khidmat seperti menjaga trafik, memasak dan menjaga ruang parkir, adalah sekitar 12,500 orang.

"Kiraan sekitar 12,500 orang ini bukanlah jumlah yang baharu kami dapat, malah ini merupakan rekod dari Syukbah (bahagian) Pendataan untuk pendaftaran setiap kali berlangsungnya ijtimak yang dilakukan selama bertahun-tahun lamanya," katanya.

Abdullah turut menjelaskan Syukbah Pendataan dilakukan melalui data logik berdasarkan keluasan tempat ijtimak dan jumlah yang hadir memandangkan ijtimak seumpama itu sering dianjurkan.

"Sebagai contoh, sayap kanan masjid boleh memuatkan 1,700 orang (85 orang bagi setiap saf x 20 saf) manakala baki lima saf lagi dikhaskan untuk beg peserta ijtimak. Sementara di bahagian tetamu luar yang berlantai marmar, boleh memuatkan 840 orang (42 orang setiap saf x 20 saf).

"Jumlah kehadiran ijtimak, kami kira semasa solat didirikan berdasarkan kiraan kepala dalam setiap saf dan bukanlah anggaran semata-mata. Ini adalah bagi memudahkan pengurusan makanan dan tempat tinggal untuk semua peserta ijtimak," katanya.

Menurut Abdullah lagi, terdapat beberapa trend kehadiran dan jumlah peserta dalam saf sepanjang ijtimak berlangsung seperti jumlah peserta paling ramai dicatat pada setiap waktu Maghrib pada Sabtu malam serta waktu Maghrib dan Zohor memandangkan sebahagian besar jemaah mengamalkan solat jamak.

Mengenai saringan dan pemeriksaan kesihatan, Abdullah menjelaskan pihaknya menerima banyak laporan mengenai peserta ijtimak yang telah pergi ke pejabat kesihatan daerah ataupun hospital berhampiran terutamanya pada beberapa hari pertama.

"Apabila mereka tidak menunjukkan sebarang gejala, mereka telah minta pulang ke rumah masing-masing dan dikuarantin selama 14 hari. Namun kami khuatir butiran mereka tidak direkod sebelum dihantar pulang.

"Jadi, apabila terdengar laporan yang mengatakan ribuan peserta ijtimak belum disaring, ramai antara mereka telah pergi berkali-kali ke pejabat kesihatan atau hospital sehingga nama dan butiran mereka direkodkan.

-- BERNAMA


MR :  Di Sarawak 100% disaring, jamaah tagbaligh tidak seperti digambarkan... jangan kutuk kalau tak ada fakta


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/12500-orang-sertai-ijtimak-tabligh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jemaah Tabligh Yang Belum Disaring Tampillah

Jemaah Tabligh Yang Belum Disaring Tampillah

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 304 hits
JANGKITAN koronavirus baharu di negara ini dijangka meningkat dalam tempoh dua minggu berikutan masih ada jemaah perhimpunan tabligh yang dikategorikan kluster jangkitan belum mendapatkan ujian saringan wabak itu Ketua Pengarah Kesihatan Da...
Pimpinan Tabligh Dakwa Peserta Hanya 12 500 Bukan 16 000

Pimpinan Tabligh Dakwa Peserta Hanya 12 500 Bukan 16 000

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR Pimpinan Jemaah Dakwah dan Tabligh Malaysia mendakwa jumlah kehadiran himpunan tabligh di Masjid Seri Petaling awal bulan ini hanyalah sekitar 12 500 orang bukan 16 000 seperti yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Ahli Mesyuar...
Anak Bilal Positif Covid 19 Selepas Sertai Program Tabligh

Anak Bilal Positif Covid 19 Selepas Sertai Program Tabligh

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 839 hits
Anak bilal positif Covid 19 selepas sertai program tablighKETIKA ini kecoh mengenai peserta yang menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling di ibu negara pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu selepas dua individu yang menyertainya...
Seorang Lagi Peserta Ijtimak Tabligh Meninggal Dunia

Seorang Lagi Peserta Ijtimak Tabligh Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 233 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata saringan dan ujian kesihatan yang lewat antara punca kematian dalam jangkitan Covid 19 di Malaysia Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin 26 Mac 2020 SEORANG lagi peserta per...
Rakyat Malaysia Dipercayai Sertai Perhimpunan Tabligh Di Sulawesi

Rakyat Malaysia Dipercayai Sertai Perhimpunan Tabligh Di Sulawesi

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 405 hits
JAKARTA Acara Ijtima of Asia 2020 di Indonesia yang dilaporkan bakal dihadiri ribuan jemaah tabligh dipercayai turut dihadiri rakyat Malaysia Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata meskipun pihak kedutaan telah mengeluarkan la...
Pihak Berkuasa Jejak 2 000 Etnik Rohingya Sertai Himpunan Tabligh

Pihak Berkuasa Jejak 2 000 Etnik Rohingya Sertai Himpunan Tabligh

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 331 hits
March 19 2020 6 25 PMLebih 2 000 etnik Rohingya dilaporkan menghadiri himpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling bulan lepas KUALA LUMPUR Pihak berkuasa kini berusaha menjejaki kira kira 2 000 lelaki Rohingya yang menghadiri perhimpunan...
200 Pelarian Rohingya Dipercayai Sertai Himpunan Tabligh

200 Pelarian Rohingya Dipercayai Sertai Himpunan Tabligh

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR 25 Rejab 1441H Jumaat Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia akan membantu kerajaan Malaysia menangani penularan COVID 19 selepas dipercayai 200 pelarian Rohingya telah menghadiri perhimpunan Tabligh
Kematian Kedua Covid 19 Di Hospital Permai Mangsa Hadir Ijtimak Tabligh

Kematian Kedua Covid 19 Di Hospital Permai Mangsa Hadir Ijtimak Tabligh

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 583 hits
Proses saringan sebahagian peserta ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling KUALA LUMPUR Seorang lelaki warganegara Malaysia yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling menjadi mangsa kedua meninggal dunia selepa...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf