9 000 Jemaah Tabligh Berhimpun Di Sulawesi Tanpa Hirau Risiko Covid 19




Ribuan jemaah tabligh dari seluruh Asia berkumpul di Indonesia pada Rabu, walaupun timbul kebimbangan perhimpunan itu mungkin menyebabkan penularan Covid-19 hanya 2 minggu selepas acara sama diadakan di Malaysia yang menyaksikan lebih 500 pesertanya positif virus itu.
Penganjur dan pegawai serantau berkata, acara itu dimulakan di Indonesia itu dimulakan, walaupun ketua polis daerah cuba sedaya upaya memujuk penganjur membatalkannya.
“Kami lebih takut kepada Tuhan,” kata penganjur, Mustari Bahranuddin kepada Reuters ketika ditanya mengenai risiko peserta menyebarkan virus itu dalam perhimpunan di Gowa, Sulawesi Selatan.
“Kerana kita semua manusia, kita takut kepada penyakit, kematian. Tetapi, ada sesuatu yang lebih penting kepada badan, iaitu jiwa kita.”
Penganjur menolak permintaan rasmi pihak berkuasa untuk menangguhkan perhimpunan itu, kata pegawai serantau, Arifuddin Saeni.
Beliau menganggarkan 8,695 peserta sudah berkumpul di Gowa, dekat kota Makassar dan sukar untuk menghentikan acara itu.
“Ada yang masih datang. Ada yang datang dari Thailand, Arab Saudi, India dan Filipina.”
Kira-kira 16,000 jemaah dilaporkan menyertai ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Feb hingga 1 Mac lalu.
Kedua-dua perhimpunan di Indonesia dan Malaysia dianjurkan gerakan dakwah Islam Jemaah Tabligh.
Ratusan dijangkiti Covid-19 di Malaysia
Kira-kira dua pertiga daripada 790 kes Covid-19 di Malaysia ada kaitan dengan perhimpunan di Masjid Sri Petaling.
Brunei mengesahkan 50 pesakit Covid-19 yang dikaitkan dengan perhimpunan di Kuala Lumpur itu, manakala warga Kemboja, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam turut dijangkiti virus berkenaan.
Bahranuddin berkata, penganjur di Indonesia memeriksa suhu badan jemaah sebagai langkah berjaga-jaga, manakala Saeni pula berkata, pegawai kesihatan melawat lokasi perhimpunan itu dan diminta memantau pesertanya.
Hari ini, Indonesia mencatatkan 227 kes positif Covid-19 dengan 19 kematian. Negara dengan 260 juta populasi itu melakukan 1,255 ujian saringan Covid-19.
Berbanding Korea Selatan dengan populasi hanya satu perlima daripada penduduk di Indonesia, negara itu menjalani lebih 15,000 ujian sehari.
Bahranuddin berkata, perhimpunan di Indonesia dan Malaysia dianjurkan kumpulan berbeza, tetapi “tujuan kami sama, walaupun nama berbeza yang merupakan cara kami berdakwah kepada orang lain”.
Akaun media sosial sama digunakan untuk mempromosikan kedua-dua acara itu. Satu akaun Facebook memaparkan sekeping gambar ulama tabligh India yang terkenal, Sheikh Maulana Ibrahim Dewla, meninggalkan lapangan terbang di Kuala Lumpur pada Selasa untuk menghadiri acara di Indonesia ini.
Imej di akaun itu, Aalmi Tablighi Shura Elders, menunjukkan beberapa lelaki yang datang dari negara Teluk tiba lebih awal untuk membantu mendirikan khemah besar di tapak Indonesia itu.
Bahan promosi untuk perhimpunan di Indonesia itu yang dilihat Reuters menyatakan “nikmat hidup di dunia ini hanya sedikit berbanding di akhirat.”
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/18/9000-jemaah-tabligh-berhimpun-di-sulawesi-tanpa-hirau-risiko-covid-19/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=9000-jemaah-tabligh-berhimpun-di-sulawesi-tanpa-h

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Selangor Titah Tabligh Berhimpun Di Masjid Sri Petaling Saring Covid 19

Sultan Selangor Titah Tabligh Berhimpun Di Masjid Sri Petaling Saring Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 297 hits
SHAH ALAM 24 MAC Peserta program tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling Kuala Lumpur digesa tampil menjalani saringan kesihatan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah kedegilan mereka dikhuatiri meny...
Jemaah Tabligh Korban Ke 4 Covid 19 Selamat Dikebumikan

Jemaah Tabligh Korban Ke 4 Covid 19 Selamat Dikebumikan

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 173 hits
771 SHARES Hari ini negara kita mencatatkan satu lagi korban pesakit COVID 19 menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah 4 kes Mangsa telah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Hospital Melaka dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkubu...
Anak Positif Covid 19 Rupanya Atok Salah Seorang Bayi Di Nursery Peserta Jemaah Tabligh

Anak Positif Covid 19 Rupanya Atok Salah Seorang Bayi Di Nursery Peserta Jemaah Tabligh

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 859 hits
Wabak COVID 19 tidak mengenal mangsanya tidak kiralah tua atau muda jika sudah terdedah dengan jangkitan maka kita terpaksa berhadapan dengan virus ini Terbaru seorang ibu dan bayi kecilnya juga telah menjadi salah seorang mangsa virus COVI...
Jemaah Tabligh Sedang Dikuarantin Didakwa Berdakwah Di Katil Hospital Sebabkan Pesakit Dijangkiti Covid 19

Jemaah Tabligh Sedang Dikuarantin Didakwa Berdakwah Di Katil Hospital Sebabkan Pesakit Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 512 hits
Jemaah Tabligh Sedang Dikuarantin Didakwa Berdakwah Di Katil Hospital Sebabkan Pesakit Dijangkiti COVID 19 Seorang lelaki mendakwa bapanya yang sedang dirawat di hospital kerana kanser paru paru kini positif COVID 19 setelah jemaah Ijtima T...
Seorang Lagi Pesakit Covid 19 Di Malaysia Meninggal Dunia Kluster Jemaah Tabligh

Seorang Lagi Pesakit Covid 19 Di Malaysia Meninggal Dunia Kluster Jemaah Tabligh

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 537 hits
Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kematian ketiga berkaitan wabak Covid 19 hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata korban ialah pesakit 152 iaitu lelaki tempatan berusia 58 tahun daripada kluster jemaah Ta...
Kena Kuarantin Covid 19 Ini 6 Teguran Seorang Jemaah Tabligh Kepada Rakannya Ada Video

Kena Kuarantin Covid 19 Ini 6 Teguran Seorang Jemaah Tabligh Kepada Rakannya Ada Video

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 315 hits
Wabak Covid 19 di Malaysia telah cecah 900 kes positif Ini 6 teguran salah seorang jemaah tabligh yang sedang kuarantin kepada rakan rakan tabligh lain Tak sangka Ada video Kena Kuarantin Covid 19 Ini 6 Teguran Seorang Jemaah Tabligh Kepada...
Covid 19 Jemaah Tabligh 039 Diiring 039 Polis Ke Pusat Kesihatan

Covid 19 Jemaah Tabligh 039 Diiring 039 Polis Ke Pusat Kesihatan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 321 hits
ALOR SETAR Seorang lelaki yang terbabit dalam perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur bulan lalu terpaksa diiringi dua kenderaan polis bagi menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Alor Setar di sini hari ini Dalam pemerik...
Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ketiga Jemaah Tabligh Meninggal Di Tawau

Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ketiga Jemaah Tabligh Meninggal Di Tawau

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 412 hits
Malaysia mencatatkan kematian ketiga akibat wabak COVID 19 apabila seorang lelaki rakyat Malaysia meninggal dunia di Hospital Tawau hari ini Menerusi catatan Facebook rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kema...
Covid 19 Polis Buru 3 800 Jemaah Tabligh Bermula Hari Ini

Covid 19 Polis Buru 3 800 Jemaah Tabligh Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 283 hits
Polis Diraja Malaysia hari ini mula memburu baki kira kira 3 800 jemaah tabligh yang dikenal pasti seluruh negara yang masih belum menjalani ujian saringan Covid 19 Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pihak polis sudah mempunyai senar...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools