Pimpinan Melayu Gagal Negara Perlu Kongres Rakyat Terima Meritokrasi Golongan Liberal Pandai Kata Zaid



Kepimpinan Melayu ketika ini tidak mempunyai ciri-ciri kemajuan dan dibelenggu sindrom penafian sehinggakan Malaysia mundur dan jauh ketinggalan, berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, kata Zaid Ibrahim.
(FMT) – Bekas menteri undang-undang itu menggesa pemimpin Melayu membuka minda, menerima kebaikan meritokrasi, dan tidak cepat menolak apa sahaja yang dilabelkan ‘liberal’.
“Ubah lah sikit pendirian. Janganlah takut kapada mereka yang ‘liberal’ atau golongan yang pandai. Jangan lagi takut kepada meritokrasi, atau takut bangsa lain akan mengambil alih. Kita semua rakyat Malaysia.
“Beranilah diri mengambil pendekatan yang berbeza daripada apa yang kita gunakan lebih 50 tahun tanpa membawa kemajuan. Berapa lama kita rela menjadi negara mundur sebelum sesuatu dilaksanakan…untuk Malaysia bangkit semula,” kata Zaid kepada FMT.
Beliau berkata penyatuan Melayu yang diuar-uarkan sekarang hanya didorong keinginan menguasai Putrajaya, dengan pemimpinnya terikat kepada amalan politik lama yang memperalatkan sentimen rakyat, bukannya membela mereka.
“Kumpulan itu (kepimpinan politik) langsung tidak ada ciri-ciri yang membawa kepada kemajuan. Mereka masih berselindung bawah isu etnik. Alasan agama selalu ditimbulkan, hal-hal yang emosi menjadi mainan politik, sedangkan rakyat mahu mencari peluang kerja dan gaji yang mencukupi.
“Pemikiran pemimpin lebih tertumpu bagaimana rakyat boleh dikawal dan dipecah belahkan demi pilihan raya,” kata beliau.
“Mereka (juga) tidak berganjak dari naratif dulu, masih lagi mahu kumpulan mereka bersatu walaupun penyatuan mereka itu hanya semata-mata untuk menang pilihan raya,” kata Zaid kepada FMT.
Zaid yang pernah menyertai parti kerajaan dan pembangkang, berkata apa yang diperlukan Malaysia bukanlah Kongres Maruah Melayu (yang dianjurkan 2019) tetapi sebuah “Kongres Rakyat” yang menawarkan “muafakat tulen”, melibatkan semua parti dan badan merentasi kaum dan kecenderungan politik.
Beliau mengesyorkan pada hari kongres itu diadakan “biarlah mereka (peserta) bercakap secara bebas dan tanpa bimbang ditangkap bawah Akta Hasutan. Biarlah pada hari itu, tajuk yang dibenarkan untuk kupasan hanyalah tertumpu kepada soal ekonomi dan hal kesejahteraan rakyat.
“Isu cacamarba yang menjadi kegemaraan sesetengah pemimpin kita haramkan pada hari tersebut. Kita perlu mencari konsesus dan penerimaan dari kumpulan yang luas untuk menjayakan apa jua rancangan pembangunan negara ini, khususnya Rancangan Malaysia Ke-12,” kata Zahid.
Beliau berkata menerusi kongres ini, rakyat boleh menilai parti politik atau kumpulan mana mempunyai keupayaan membawa negara ke tahap lebih maju.
Zaid berkata pihak Istana juga perlu menyertai Kongres Rakyat berkenaan kerana “rakyat tahu penglibatan Istana dalam banyak aspek ekonomi dan pentadbiran berlaku secara aktif.
“(Di kongres itu)…kita akan berpeluang bertanya serta bertukar pendapat bagaimana kepentingan Istana dan rakyat jelata dapat diselaraskan dengan baik.
Beliau berkata pemimpin harus peka pada keinginan rakyat untuk mendapatkan kerajaan stabil dengan majoriti sihat supaya dasar-dasar berkesan dapat digubal dan dilaksanakan.
Zaid berkata nasib Malaysia tidak akan berubah, selagi pemimpin tidak menitikberatkan penggubalan dasar-dasar baik dan melibatkan golongan profesional, pintar, dan berakal tajam, supaya “campurtangan orang politik dapat dibendung.”
Beliau berharap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada cadangan ini, selain mahukan “pemimpin kita menaruh sedikit kebimbangan mengenai masa depan negara.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/31/pimpinan-melayu-gagal-negara-perlu-kongres-rakyat-terima-meritokrasi-golongan-liberal-pandai-kata-zaid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Kemungkinan Jilat Punggung Dap Dan Ph Akan Terima Perompak Wang Rakyat Sebagai Sabahat Sebantal

Umno Kemungkinan Jilat Punggung Dap Dan Ph Akan Terima Perompak Wang Rakyat Sebagai Sabahat Sebantal

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 351 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata tidak mustahil untuk Umno bekerjasama dengan Pakatan Harapan termasuk parti komponennya DAP Tajuddin berkata demikian ketika diminta untuk menjawab spekulasi mengenai kemungkinan kerj...
Gagal Bekal Lcs Berlaku Selepas Saya Tapi Sedia Bantu Pac Kata Zahid Siapa Selepas Saya

Gagal Bekal Lcs Berlaku Selepas Saya Tapi Sedia Bantu Pac Kata Zahid Siapa Selepas Saya

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 260 hits
December 18 2020 PETALING JAYA Bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi yang dipanggil sebagai saksi siasatan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara ke atas kegagalan pembekalan kapal tempur pesisir berkata isu itu hanya timbul pada 2019 ket...
Penyatuan Rakyat Atasi Kemiskinan Agenda Besar Politik Negara Anwar

Penyatuan Rakyat Atasi Kemiskinan Agenda Besar Politik Negara Anwar

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 203 hits
Agenda menyatukan berbilang kaum di Malaysia melawan korupsi dan membasmi kemiskinan seharusnya menjadi agenda paling besar ahli ahli politik Malaysia Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyatuan tidak wajar hanya terhad kep...
Tiada Bukti Rosmah Minta Terima Rasuah Kata Pembelaan

Tiada Bukti Rosmah Minta Terima Rasuah Kata Pembelaan

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 404 hits
Rosmah Mansor tidak meminta dan menerima rasuah secara peribadi daripada pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin seterusnya wajar dibebaskan kerana pendakwa gagal membuktikan kes terhadap isteri bekas perdana menteri Naj...
Jangan Jadi Super Hipokrit Kata Zaid Kepada Pemimpin Politik

Jangan Jadi Super Hipokrit Kata Zaid Kepada Pemimpin Politik

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 258 hits
Bekas menteri Zaid Ibrahim menggesa pemimpin politik jangan bersikap super hipokrit seolah olah parti tertentu sahaja bersih Beliau menasihatkan rakyat kali ini perlu lebih teliti dan memilih calon yang baik pada pilihan raya akan datang Sa...
Bn Terbuka Terima Mana Mana Parti Sertai Gabungan Kata Mohamad

Bn Terbuka Terima Mana Mana Parti Sertai Gabungan Kata Mohamad

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 312 hits
BN terbuka terima mana mana parti sertai gabungan kata Mohamad nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 27 Dec 20
Ketepi Saya Dari Pembangkang Ph Tak Dapat Undi Melayu Kata Dr Mahathir

Ketepi Saya Dari Pembangkang Ph Tak Dapat Undi Melayu Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 219 hits
1 366 total views 1 366 views today Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pakatan Harapan tidak akan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengannya Menurut Mahathi...
Kit Siang Perlu Henti Label Umno Parti Kleptokrat Kata Zaid Ibrahim

Kit Siang Perlu Henti Label Umno Parti Kleptokrat Kata Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 297 hits
Veteran DAP Lim Kit Siang harus berhenti melabelkan Umno sebagai parti kleptokrat kata bekas menteri Zaid Ibrahim Dia berada di tempat tidur dengan kleptokrat Dia mungkin sedang tidur bersama mereka Hanya kerana kleptokrat ini tidak didakwa...
Ph Gagal Tunjuk Kesungguhan Banteras Rasuah Kata Anwar

Ph Gagal Tunjuk Kesungguhan Banteras Rasuah Kata Anwar

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 277 hits
Gabungan besar tidak bermakna selagi pemimpin kerajaan terus mengulangi kerosakan yang lalu kata Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim Katanya kerajaan PH sebelum ini gagal menunjukkan kepada rakyat kesungguhan mereka untuk membanteras ra...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang