Pimpinan Dan Kepimpinan Tentukan Nasib Bangsa



Persoalan kepemimpinan adalah persoalan penting dan strategik, dengan lain kata kepemimpinan menentukan jatuh bangun sesebuah bangsa dan negara. Justeru, ia sangat menentukan nasib sesebuah masyarakat dan peradaban.

Sejarah sudah membuktikan, salah satu ciri masyarakat unggul dan menguasai peradaban adalah masyarakat yang memiliki pemimpin berwibawa, tegas, adil, berpihak pada kepentingan rakyat, mempunyai visi kuat serta mampu menghadirkan perubahan ke arah lebih baik.

Ajaran Islam secara tegas menyatakan kepemimpinan adalah mercu yang tidak boleh diabaikan dalam pembangunan masyarakat, bangsa dan negara. Al-Quran banyak memberi gambaran adanya hubungan positif antara pemimpin yang baik dengan tingkat kesejahteraan masyarakat.

Salah satunya adalah kisah Nabi Yusuf, seorang nabi yang memegang amanah mengurus kewangan dan perekonomian negara. Nabi Yusuf dengan bermodalkan kejujuran dan kecerdasannya mampu menyelamatkan Mesir daripada krisis makanan dan ekonomi berpanjangan.

Di bawah kepemimpinannya, Mesir mampu mempertahankan tingkat kemakmurannya, meskipun keadaan perekonomian global pada waktu itu berada dalam situasi tidak baik akibat musim kemarau berpanjangan beberapa lama.

Demikian juga kepemimpinan Rasulullah SAW, yang mampu menciptakan revolusi peradaban hanya dalam masa 23 tahun. Baginda SAW adalah model pemimpin yang sangat luar biasa dan tidak ada tandingannya, diakui oleh dunia.

Potensi sahabat mampu dioptimumkan dengan baik sehingga mereka dapat menjadi contoh teladan masyarakat. Contohnya, Abdul Rahman bin Auf, dengan potensi dimilikinya oleh Rasulullah SAW dijadikan sebagai kunci penting yang mampu menggerakkan perekonomian masyarakat.

Kemudian, Abu Bakar dan Umar yang dipersiapkan oleh Rasulullah SAW sebagai negarawan besar. Demikian juga Khalid bin Walid yang dioptimumkan peranannya sebagai jeneral perang yang sangat disegani dan digeruni dunia waktu itu.

Ali bin Abi Talib pun dididik Rasulullah SAW menjadi ilmuwan dan pemimpin yang dipersiapkan sejak usia muda belia. Masih banyak sahabat lainnya yang mampu melakarkan sejarah kejayaan mereka dalam peradaban manusia.

Yang sangat luar biasa adalah Rasulullah SAW mampu menjadikan mereka sebagai pasukan yang mantap dan sepadu. Sehingga melalui usaha mereka, dakwah Islam tersebar luas ke seluruh penjuru dunia.

Semua membuktikan bahawa persoalan kepemimpinan bukan persoalan remeh dan kecil yang boleh dipermainkan. Ia adalah persoalan serius yang kelak akan diminta pertanggungjawaban di hari akhirat.

Justeru, ajaran Islam mengingatkan umatnya untuk berhati-hati dalam memilih pemimpin, sebab tersalah pilih bererti sama dengan turut terjebak dalam menciptakan kesengsaraan masyarakat. Tanggungjawab pemimpin sangat besar dan berat di hadapan Allah dan manusia.

Wajarlah jika Rasulullah SAW tidak pernah dapat tidur nyenyak sebelum memastikan masyarakatnya boleh tidur dengan nyenyak. Bahkan hal itu terbawa hingga menjelang ajal Baginda. Rasulullah sangat khuatir nasib umatnya.

Teladan yang wajar diambil, Baginda SAW terus ingat nasib rakyat hingga nyawa berpisah dari jasad. Kerana itu, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa pemimpin yang baik dan adil akan menjadi salah satu daripada tujuh golongan yang mendapat naungan serta perlindungan Allah di hari kiamat.

Sebaliknya, pemimpin yang tidak amanah, menyeleweng, rasuah, adalah salah satu daripada tiga kelompok dikategorikan sebagai penyakit kronik agama, yang hanya akan membawa kemudaratan dan kesusahan bagi agama serta masyarakat.

Ciri pemimpin yang baik ialah sentiasa bersikap adil dan menjunjung tinggi kebenaran. Pentingnya masalah ini sehingga Rasulullah SAW menyatakan, satu jam keadilan memimpin, jauh lebih baik dibandingkan dengan seribu rakaat solat sunat.

Kedua, sentiasa menjadi pembela dan penolong sehingga masyarakat berasa aman, sejahtera, selesa dan terlindung. Kehidupan menjadi tenteram, selamat dan bahagia. Tindakannya tidak merugikan rakyat, walaupun terjadi konflik antara kepentingan elit dan rakyat kecil, ia memilih membela kepentingan rakyat kecil keseluruhannya.

Ketiga, berpihak dan berorientasi pada kesejahteraan rakyat. Contohnya, Khalifah Umar adalah pemimpin yang selalu mengawal setiap malam, memastikan rakyatnya tidak ada yang kelaparan. Tidak hanya itu, malahan beliau menyatakan, “Jangankan manusia, haiwan pun tidak boleh ada yang kelaparan ketika pemerintahannya.”

Begitu juga Khalifah Umar bin Abdul Aziz, yang mampu menangani kemiskinan rakyatnya melalu institusi zakat, pada masa pemerintahannya sehingga dikenali sebagai khalifah yang paling adil. Itulah model dan contoh teladan kepemimpinan yang dirindu, yang mampu membawa rakyatnya ke mercu kejayaan dunia dan akhirat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/hty_24.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesyuarat Mkt Umno Bakal Tentukan Nasib Zahid

Mesyuarat Mkt Umno Bakal Tentukan Nasib Zahid

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 354 hits
Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid bercakap kepada media ketika hadir pada sesi Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur foto AFIQ RAZALI KUALA LUMPUR Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kedudukan Da...
Pejuang Islam Memperjuangkan Bangsa

Pejuang Islam Memperjuangkan Bangsa

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 195 hits
Kalau dia india islam adakah dia akan tersisih Kalau dia cina islam adakah dia akan tersisih Apakah hak tersebut menjaga islam sebagai agama untuk semua bangsa Bila islam dipergunakan untuk politik mereka bebas mengeluarkan fatwa untuk meng...
Patutlah Jarang Keluar Tv Rupanya Ini Nasib Farid Kamil

Patutlah Jarang Keluar Tv Rupanya Ini Nasib Farid Kamil

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 568 hits
Komen tentang video Loading Patutlah Jarang Keluar TV Rupanya Ini Nasib Farid Kamil Netizen Sabar itu sgt penting Ambil contoh mcm Dr Wan Azizah Mcm mna dia sabar dlm mempertahankan DSAI Akhirny
Nasib Malang Umno Akan Kehilangan Seorang Lagi Mp

Nasib Malang Umno Akan Kehilangan Seorang Lagi Mp

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 272 hits
Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dijangka akan meninggalkan UMNO esok dan dipercayai akan menyertai Parti Warisan Sabah Malang bagi UMNO BN kerana sebelum ini telah kehilangan lima ahli Parlimen Ahli parlimen itu dijangka menyerahkan ...
Quraysh Bangsa Tonggak Ketuanan Melayu

Quraysh Bangsa Tonggak Ketuanan Melayu

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 670 hits
Quraysh Bangsa Tonggak Ketuanan Melayu 1 Setelah meninggalnya Rasulullah para sahabat berkumpul di Saqifah Bani Sa adah bagi melantik Khalifah baru sebagai pengganti Rasulullah Saat inilah berlaku perselisihan apabila kaum Ansar berkehendak...
Sandiaga Kita Bangga Kalau Milenial Hasilkan Karya Terbaik Untuk Bangsa

Sandiaga Kita Bangga Kalau Milenial Hasilkan Karya Terbaik Untuk Bangsa

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 240 hits
Calon Wakil Presiden atau cawapres Sandiaga Uno memberikan pesan kepada para anak muda atau milenial dalam peringatan Sumpah Pemuda Dia menginginkan para milenial mempunyai suatu pencapaian atau karya seperti halnya 90 tahun lalu
Rustam Sani And His Dream Of A Bangsa Malaysia

Rustam Sani And His Dream Of A Bangsa Malaysia

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 261 hits
With Bangsa Malaysia we don t mean the erasure of ethnic identities we think of celebrating our differences and treasuring the things we have in common We take pride in the national language while embracing the use of other languages It s b...
Nasib Wak Zahid Harini 9jam Esok Sambung Lagi

Nasib Wak Zahid Harini 9jam Esok Sambung Lagi

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 241 hits
Sudah banyak kali wak zahid dipanggil sprm untuk disoal siasat namun apa yang disoal tidak dimaklumkan Kita tunggu hasil siasatan sprm mungkinkah akan ada kejutan baru Katanya anak dan menantu wak juga dipanggil sprm untuk disoal siasat Pre...
Zahid Simpati Nasib 1 200 Kakitangan Jasa

Zahid Simpati Nasib 1 200 Kakitangan Jasa

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersimpati dengan nasib 1 200 kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas yang ditamatkan perkhidmatan Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga Jasa yang telah memberikan sumbangan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025