Pilihan Zaid Ibrahim Jadi Peguambela Najib Hendaklah Dihormati




 Semalam, veteran DAP Lim Kit Siang melahirkan rasa hairan berkenaan sikap Zaid Ibrahim yang sedia menjadi peguambela kepada Najib Razak dalam rayuan terakhir kes SRC International di Mahkamah Persekutuan.
Sebagaimana dimaklumkan kepada mahkamah, firma Zaid akan mengetuai pembelaan Najib bagi menggantikan Shafee Abdullah dalam rayuan bermula 15 hingga 26 Ogos depan.
Kata Lim, beliau tertanya-tanya bagaimana Zaid kini boleh berubah fikiran, terutama dalam kenyataan terbukanya yang yakin Najib tidak bersalah dalam skandal 1MDB.
Sebaliknya bagi Zaid, bekas Perdana Menteri itu sebenarnya telah ditipu.
“Kini saya yakin yang Najib ditipu. Bukan sahaja oleh Jho Low tetapi juga oleh pegawainya. Dia dikelirukan oleh pegawai-pegawainya dalam 1MDB dan ditipu oleh Goldman Sachs dan Aabar Investments di Abu Dhabi.
“Jadi kerugian berbillion ringgit ini, pada pendapat saya, bukanlah kerana salah Najib atau dalam kata lain, dia bukanlah yang merancangnya,” demikian Zaid dipetik sebagai berkata.
Selain Kit Siang, banyak pihak lagi turut mengecam Zaid atas keputusannya sedia menjadi peguambela kepada Najib, selain mereka menyiarkan semula berita dan video ucapan lamanya yang dipaparkan keras mengkritik bekas Perdana Menteri itu.
Salahkah sikap Zaid sekarang?
Harus kita fahami Zaid adalah seorang peguam dan atas profesionnya itu, beliau berhak memberi khidmatnya kepada sesiapa saja yang yakin serta percaya kepada kemampuannya.
Dalam hal ini, beliau memberi khidmatnya membela Najib adalah kerana bekas Perdana Menteri telah melantik dan mempercayainya.
Untuk itu, selain mesti membela dan memberi khidmat yang terbaik kepada Najib, semestinya Zaid juga harus melindunginya kliennya itu.
Keyakinannya bahawa Najib tidak bersalah adalah pandangan daripada sudut profesionnya sebagai peguam semata-mata berdasarkan dapatan yang ditelitinya setakat ini.
Ia umpama peguam yang membela seseorang yang dituduh membunuh, merogol atau mengedar dadah misalnya, khidmat pembelaan yang diberikan tidaklah bererti mereka bersetuju dengan perlakuannjenayah yang dipertuduhkan itu.
Pembelaan hanyalah untuk memberi keadilan dan akhirnya berdasarkan bukti-bukti yang dibentangkan di mahkamah, hakimlah akhirnya yang akan membuat keputusan bersalah atau tidak.
Begitu juga Zaid dalam kes Najib ini, beliau adalah seorang peguam dan bukan hakim yang kata-katanya adalah mutlak atau berupa suatu keputusan.
Oleh itu, semua orang, terutamanya Kit Siang yang juga berlatarbelakang seorang peguam, seharusnya bersikap terbuka dan tenang-tenang saja dalam hal ini.
Keputusan Zaid sedia menjadi peguambela Najib turut tidak harus dinilai oleh Kit Siang daripada sudut politik, tambahan lagi beliau kini adalah insan bebas yang tidak menganggotai mana-mana parti.
Nilailah beliau daripada sudut profesionalismenya sebagai seorang peguam. – ShahbudinHusin 30/07/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/pilihan-zaid-ibrahim-jadi-peguambela.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Do Or Die Antara Najib Dan Zaid Ibrahim

Kerjasama Do Or Die Antara Najib Dan Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 338 hits
Sejak dua hari lalu hampir semua orang bercakap tentang tindakan Najib Razak menamatkan serta merta khidmat peguam Shafee Abdullah dalam rayuan akhir kes SRC International di Mahkamah Persekutuan dan menggantikannya dengan pasukan pasukan b...
Dibelenggu Kesuntukan Masa Mampukah Pasukan Zaid Ibrahim Tampil Cemerlang Membela Najib

Dibelenggu Kesuntukan Masa Mampukah Pasukan Zaid Ibrahim Tampil Cemerlang Membela Najib

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 1338 hits
Apa yang dicari semua orang dalam kes kes yang dibicarakan di mahkamah ialah keadilan Mahkamah itu sendiri diwujudkan untuk memberi keadilan dan orang yang pergi mahkamah tidak lain yang dicarinya melainkan keadilan Untuk mencari keadilan i...
Najib Lantik Zaid Ibrahim Ketuai Rayuan Akhir Kes Src International

Najib Lantik Zaid Ibrahim Ketuai Rayuan Akhir Kes Src International

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 355 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak melantik pasukan pembelaan baharu yang diketuai oleh Zaid Ibrahim untuk mewakili pasukan pembelaan dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan kes SRC International Dalam surat kepa...
Najib Pecat Shafie Lantik Firma Zaid Ibrahim Kendali Kes Rasuah Src

Najib Pecat Shafie Lantik Firma Zaid Ibrahim Kendali Kes Rasuah Src

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 387 hits
bharian com myOleh Julai 26 2022 11 45amPeguam kepada Najib Razak Muhammad Shafee Abdullah ketika sidang media pada hari terakhir perbicaraan kes SRC International di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2019 Foto hiasan NSTPKUALA LU...
Najib Tidak Pernah Kecam Jho Low Kenapa Zaid Ibrahim Berubah

Najib Tidak Pernah Kecam Jho Low Kenapa Zaid Ibrahim Berubah

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 446 hits
Najib tidak pernah kecam Jho Low kenapa Zaid Ibrahim berubah Posted By on July 31 2022Perubahan fikiran bekas Menteri Undang undang Datuk Zaid Ibrahim daripada menghentam bekas Perdana Menteri Najib Razak suatu ketika sebelum Pilihan Raya U...
Khalid Ibrahim Selesai Isu Catuan Air Selangor Najib

Khalid Ibrahim Selesai Isu Catuan Air Selangor Najib

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 337 hits
PETALING JAYA Keberanian bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memeterai penstrukturan semula air Selangor dengan Kerajaan Pusat pada 2014 membolehkan penduduk di Lembah Klang bebas daripada masalah catuan ai...
Zaid Dan Najib Memang Cocok

Zaid Dan Najib Memang Cocok

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 433 hits
Susulan perubahan dalam barisan peguam pembelaan Najib turut memohon untuk menangguhkan pendengaran rayuan akhir kes di Mahkamah Persekutuan atas alasan barisan peguam baharu dilantik mengambil alih kes rayuan berkenaanAda baiknya permohona...
Najib Ditches Shafee Appoints Zaid To Lead Src Final Appeal

Najib Ditches Shafee Appoints Zaid To Lead Src Final Appeal

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 384 hits
Former law minister Zaid Ibrahim has been appointed by Najib Razak to represent him in his SRC International appeal at the Federal Court PETALING JAYA Najib Razak has appointed a new defence team led by former law minister Zaid Ibrahim to a...
Mengapa Zaid Berubah Fikiran Tentang Najib

Mengapa Zaid Berubah Fikiran Tentang Najib

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 370 hits
Malaysiakini Ahli Parlimen veteran Lim Kit Siang mengakui dirinya terkejut dengan pemikiran baharu peguam terkenal Zaid Ibrahim tentang Najib Razak Dalam satu kenyataan hari ini Lim berkata tidak terlintas di fikirannya bahawa Zaid mengumum...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak