Pilihan Raya Bebas Dan Adil Hasilkan Kerajaan Tak Demokratik Muhyiddin


agendaily.com17/12/2022
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perjanjian Persefahaman (MoU) parti-parti yang bergabung membentuk kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) bertentangan dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, kata Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya MoU yang berunsur kediktatoran ini dianggap sah, maka tidak mustahil pindaan Perlembagaan Negara yang bertentangan dengan naluri ahli-ahli Parlimen dan nilai masyarakat di negara ini, akan diluluskan oleh Dewan Rakyat secara paksa.

“Rakyat Malaysia tentunya tidak mahu pilihan raya yang diadakan secara bebas, adil dan demokratik akhirnya menghasilkan sebuah kerajaan yang tidak demokratik,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini (17 Disember 2022).

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai PH menandatangani MoU dengan Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan WARISAN, di mana ia turut memasukkan klausa kontroversi mengatakan mana-mana ahli Parlimen yang tidak menyokong usul kerajaan akan dianggap hilang kelayakan dan kerusi mereka akan dikosongkan bagi memberi laluan pilihan raya kecil.

Ahli Parlimen terbabit dianggap sebagai peletakan jawatan atau pemberhentian daripada menjadi MP, manakala kerusi mereka perlu dikosongkan seperti dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan, jika tidak menyokong usul kerajaan

‘Perjanjian kuku besi’ yang dimeterai menjelang usul undi percaya terhadap Anwar minggu depan, turut menyatakan setiap parti bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap ahli Parlimen masing-masing yang mengundi bercanggah dengan keputusan parti.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri beliau memandang serius MoU itu yang bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

“Saya memandang serius Perjanjian Persefahaman yang ditandatangani oleh gabungan-gabungan parti dalam kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mewajibkan Ahli-Ahli Dewan Rakyat dari parti masing-masing mengundi usul-usul tertentu di Dewan Rakyat termasuk undi percaya kepada Perdana Menteri yang mana kegagalan mereka berbuat demikian akan menyebabkan mereka kehilangan kerusi Parlimen yang disandang

“Perjanjian ini adalah bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Ahli-Ahli Dewan Rakyat mengosongkan kerusi hanya apabila mereka melompat parti. Undang-undang anti lompat parti tidak menghalang hak dan kebebasan Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk mengundi di Dewan Rakyat.

“Tidak ada mana-mana bahagian dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki seorang Ahli Dewan Rakyat mengosongkan kerusinya jika beliau tidak menurut arahan parti dalam pungundian mana-mana usul atau rang undang-undang.

“Malah, hal ini dinyatakan dengan jelas dalam Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti,” katanya lagi.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menggariskan butiran 21.3 dan 21.2 penyata itu yang menyebut:

“21.3 Jawatankuasa mengambil maklum pandangan bahawa ADR (Ahli Dewan Rakyat) yang tidak mengundi mengikut arahan parti politik (crossing the floor) dianggap bertukar parti adalah tidak berperlembagaan kerana ADR mempunyai hak kebebasan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengundi di Dewan Rakyat.

“21.4 Jawatankuasa bersetuju bahawa tindakan ADR yang mengundi bertentangan dengan arahan parti politik di Dewan Rakyat (crossing the floor) adalah tidak dianggap bertukar parti dan tidak terhenti menjadi ADR.”

Oleh itu katanya, berdasarkan peruntukan dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan dan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas yang disebutkan beliau percaya MoU berkenaan adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.

“Lebih daripada itu, saya bimbang sekiranya perjanjian ini dianggap sah, maka kerajaan pimpinan PH akan memaksa Ahli-Ahli Dewan Rakyat mereka mengundi usul-usul atau rang undang-undang lain pada masa akan datang, termasuk yang berkaitan dengan pindaan Perlembagaan.

“Ini kerana, sepertimana yang didakwa oleh Perdana Menteri, beliau telah pun mempunyai sokongan 148 Ahli Dewan Rakyat, iaitu genap majoriti 2/3 Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang membolehkan pindaan perlembagaan dibuat.

“Sekiranya perjanjian persefahaman yang berunsur kediktatoran (dictatorial) ini dianggap sah, maka tidak mustahil pindaan Perlembagaan yang bertentangan dengan naluri (conscience) Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan nilai masyarakat di negara ini akan diluluskan oleh Dewan Rakyat secara paksa,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/pilihan-raya-bebas-dan-adil-hasilkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupa Rupanya Inilah Sumber Kewangan Pas Yg Mendanai Pilihan Raya

Rupa Rupanya Inilah Sumber Kewangan Pas Yg Mendanai Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 129 hits
Komen oo000oo PENAFIAN nbsp 1 Media my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara perkara yang bertentangan dengan kebenaran Perlem
Geng Tebuk Atap Sebenarnya Yang Tidak Bebas Rafizi Selar Pn Isu Mou Gabungan Kerajaan Perpaduan

Geng Tebuk Atap Sebenarnya Yang Tidak Bebas Rafizi Selar Pn Isu Mou Gabungan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 95 hits
FAZLI RADZITimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyelar Perikatan Nasional yang berterusan mempertikai Kerajaan Perpaduan sejak keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 Wakil rakyat Parlimen Pandan tersebut menegaskan bahawa hanya geng tebuk atap s...
Dana Pilihan Raya Pn Dari Syarikat Judi Anwar Bayangkan

Dana Pilihan Raya Pn Dari Syarikat Judi Anwar Bayangkan

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 160 hits
Ng Xiang YiPerdana Menteri Anwar Ibrahim membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi Anwar berkata Kementerian Kewangan juga mendapati pelanggaran dalam ...
Pilihan Raya Negeri Ujian Terbesar Buat Anwar

Pilihan Raya Negeri Ujian Terbesar Buat Anwar

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 189 hits
KALI terakhir sebuah parti politik meraih sokongan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen atau angka magis 148 ahli Parlimen adalah pada Pilihan Raya Umum ke 11 tahun 2004 Parti yang berjaya itu tidak lain dan tidak bukan adalah Barisan Nasio...
Muhyiddin Hadi Punca Pn Tak Masuk Kerajaan Perpaduan

Muhyiddin Hadi Punca Pn Tak Masuk Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 111 hits
Muhyiddin Hadi punca PN tak masuk kerajaan perpaduanPosted By Redzuan WRLR Mediaon December 22 2022 Perbahasan di pihak pembangkang pada sesi petang Dewan Rakyat membahas usul Undi Percaya diwarnai saling tuduh menuduh antara kedua belah pi...
Pelekat Oku Pengadu Berbeza Dengan Versi Dikeluarkan Jpj Kerajaan Selangor Mpkl Jawab Video Viral Driver Oku Disaman

Pelekat Oku Pengadu Berbeza Dengan Versi Dikeluarkan Jpj Kerajaan Selangor Mpkl Jawab Video Viral Driver Oku Disaman

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 155 hits
The ReporterAhad lalu seorang lelaki kategori Orang Kurang Upaya mengadu dikompaun kerana meletakkan kenderaannya di petak khas bagi golongan OKU di Pantai Morib Roslan Jajuli melalui video yang dimuat naik di TikTok mempertikaikan tindakan...
Mesyuarat Khas Kabinet Serlah Keseriusan Kerajaan

Mesyuarat Khas Kabinet Serlah Keseriusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 201 hits
ULASAN KABINETBARU 10 hari Anwar Ibrahim jadi perdana menteri telah mula nampak hasilnya Dalam mesyuarat khas kabinet hari ini beberapa tindakan dan arahan segera sudah dilakukan oleh beliau berhubung perkara yang menjadi perhatian yang san...
Terkini Kerajaan Setuju Potong Gaji Menteri Sebanyak 20 Datuk Seri Anwar Ibrahim

Terkini Kerajaan Setuju Potong Gaji Menteri Sebanyak 20 Datuk Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 158 hits
Terkini Kerajaan Setuju Potong Gaji Menteri Sebanyak 20 Datuk Seri Anwar Ibrahim Makluman terbaru diterima dari Petaling jaya Jemaah Menteri telah bersetuju untuk memotong gaji bulanan mereka sebanyak 20 kata PM Anwar Ibrahim Melalui sidang...
Pet Expo Midvalley 2024

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Kenapa Bini Aku Tak Cantik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Bolehkah Berbuka Puasa Karena Merasa Pusing

Flexibility In Business Operations

Aktiviti Kunjungan Hormat Grt Dan Ppim Ke Atas Tun M Ppim 20 05 2024

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Bacaan Rukuk Cara Rukuk Yang Afdhal

Nyoman Paul Mundur Perlahan Chord