Pilihan Raya Negeri Ujian Terbesar Buat Anwar



KALI terakhir sebuah parti politik meraih sokongan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen atau angka magis 148 ahli Parlimen adalah pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) tahun 2004.
Parti yang berjaya itu, tidak lain dan tidak bukan adalah Barisan Nasional (BN), dengan prestasinya boleh dianggap antara sejarah kegemilangan terbesar koalisi tersebut sehingga kini.
Di tambah BN pada PRU10 berdepan penolakan sokongan pengundi Melayu di bawah kepimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, strategi koalisi itu mengetengahkan ‘Mr Clean’, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kedudukan sebelum berlangsungnya PRU11 adalah sangat bijak.
Hasilnya, Abdullah atau lebih dikenali Pak Lah berjaya mengemudi BN memenangi 198 atau lebih 90 peratus kerusi Parlimen.
Kejayaan itu merupakan majoriti terbesar pernah dimenangi koalisi tersebut sejak pilihan raya tahun 1978.
Namun di bawah kepimpinan Pak Lah, BN buat pertama kalinya hilang penguasaan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen, selain pentadbiran lima negeri pada PRU12, susulan peralihan sokongan pengundi bukan Melayu daripada koalisi itu.
Bahkan, prestasi lemah BN berterusan pada PRU13, diikuti kekalahan mengejut dalam PRU14 apabila pakatan pembangkang dipanggil Pakatan Harapan (PH) buat pertama kalinya menawan Putrajaya.
Lebih mengejutkan, reputasi BN selaku koalisi dominan di negara kini semakin terhakis apabila parti itu mencatatkan prestasi terburuk pada PRU15.
Apabila tertubuhnya Kerajaan Perpaduan Malaysia dipimpin Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ramai pihak berpandangan komitmen parti menyokong kerajaan untuk memeterai perjanjian permuafakatan buat pertama kalinya menyaksikan kerajaan ini berjaya mencapai angka magis 148 ahli Parlimen selepas PRU11.
Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan itu terdiri daripada 82 ahli Parlimen PH, BN (30), Gabungan Parti Sarawak atau GPS (23), Gabungan Rakyat Sabah atau GRS (6), Parti Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (PBM) satu kerusi, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (1) dan 2 ahli Parlimen Bebas.
Lantaran itu, tidak hairan terdapat pemerhati politik beranggapan Kerajaan Perpaduan yang dikemudi Anwar ini merupakan kerajaan paling kukuh pernah ditubuhkan selepas PRU, walaupun ia lebih berbentuk kerajaan campuran berbanding koalisi persendirian.
LUAR BIASA
Naratif itu dipersetujui oleh penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian yang melihat kedudukan kerajaan baharu tersebut unik dan di luar kebiasaan.
Jelas Sivamurugan, norma kebiasaan bagi sesebuah kerajaan mencapai angka magis 148 ahli Parlimen adalah berasaskan koalisi atau rundingan sebelum PRU, bukan selepas PRU sebagaimana dicapai Kerajaan Perpaduan Malaysia.
“Saya melihat kejayaan unik kerajaan baharu ini terletak atas faktor personaliti Anwar yang menjadi daya penarik penting dalam meraih sokongan blok-blok parti yang ternyata berbeza ideologi dan pandangan politik sebelum PRU15.
“Dengan kebijaksanaan beliau meyakinkan ketua-ketua parti gabungan menyokong kerajaan bahawa usaha mencapai sokongan majoriti dua pertiga ini bukan sahaja penting untuk mengukuhkan kedudukannya.
“Anwar turut sedar keperluan angka sokongan 148 ahli Parlimen itu dapat memastikan kestabilan politik negara yang hilang sejak beberapa PRU terdahulu, kini kembali terjamin dalam memastikan usaha memacu ekonomi negara ke landasan sebenar dapat direalisasikan,” kata Sivamurugan.
Bagaimanapun, sokongan majoriti dua pertiga dikecapi Anwar dan Kerajaan Perpaduan mungkin boleh berubah dengan sekelip mata.
Kebimbangan berkenaan wujud sekiranya Pengerusi PH itu termasuk 27 menteri kabinet gagal mewujudkan satu naratif baharu yang boleh mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan ini.
Dengan Anwar bakal berdepan ujian besar sebenar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang berbaki tidak sampai lima bulan lagi, sebarang keputusan negatif dicapai jajaran politik baharu diterajui PH berkemungkinan besar membawa kepada peleraian permuafakatan politik dicapai ketika ini.
“Agak sukar untuk mengunjurkan sokongan 148 ahli Parlimen terhadap Anwar akan kekal sehingga tamat lima tahun penggal pentadbiran kerajaan kerana Ahli Parlimen Tambun itu mungkin boleh mengulangi nasib malang Pak Lah pada PRU12.
“Lebih-lebih lagi tsunami pengundi Melayu yang beralih kepada Perikatan Nasional (PN) dan Pas atau dikenali ‘Gelombang Hijau’ semakin membesar saat ini.
“Anwar kena mencari naratif penyelesaian isu rakyat yang baharu bagi meningkatkan keyakinan pengundi terhadapnya.
“Ada juga kemungkinan keputusan PRN enam negeri itu bakal menjadi penentu sama ada permuafakatan gabungan parti menyokong Kerajaan Perpaduan Malaysia menjadi tetap atau sementara,” tegas Sivamurugan.
Bagaimanapun, Sivamurugan percaya pengalaman luas Anwar dalam bidang politik termasuk pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah pimpinan Dr Mahathir, bakal menjadi kunci kekuatan beliau untuk mengekalkan diplomasi memenangi hati parti-parti yang menyokong beliau ketika ini.
“Anwar sebenarnya sudah tidak mempunyai masa untuk beretorik dalam berpolitik.
“Sebaliknya sebarang janji-janji kerajaan untuk menangani permasalahan rakyat perlu diterjemahkan dalam bentuk dasar dan polisi kerajaan yang stabil dalam masa singkat,” ujar beliau - Sinar Premium

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/12/pilihan-raya-negeri-prn-ujian-terbesar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
19 Disember Ujian Terbesar Anwar Selepas Bentuk Kabinet

19 Disember Ujian Terbesar Anwar Selepas Bentuk Kabinet

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 228 hits
UNDI percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menguji keabsahannya sebagai Perdana Menteri pada 19 Disember ini adalah ujian besar beliau selepas melengkapkan pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang menyaksikan Pakatan Harapan mendo...
Pilihan Raya Bebas Dan Adil Hasilkan Kerajaan Tak Demokratik Muhyiddin

Pilihan Raya Bebas Dan Adil Hasilkan Kerajaan Tak Demokratik Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 264 hits
agendaily com17 12 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Perjanjian Persefahaman parti parti yang bergabung membentuk kerajaan pimpinan Pakatan Harapan bertentangan dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan kata Penger...
Enam Ujian Getir Menanti Anwar Jika Tidak Tumbang

Enam Ujian Getir Menanti Anwar Jika Tidak Tumbang

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 197 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melepasi enam ujian untuk memastikan kerajaan campuran yang dipimpinnya dapat dipertahankan Ujian pertama Anwar adalah memilih Yang Dipertuan Dewan Rakyat baharu pada 19 Disember ini Anwar kemu...
Rupa Rupanya Inilah Sumber Kewangan Pas Yg Mendanai Pilihan Raya

Rupa Rupanya Inilah Sumber Kewangan Pas Yg Mendanai Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 169 hits
Komen oo000oo PENAFIAN nbsp 1 Media my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara perkara yang bertentangan dengan kebenaran Perlem
Mb Perlis Ketua Kerajaan Negeri Pertama Bertemu Pm Anwar

Mb Perlis Ketua Kerajaan Negeri Pertama Bertemu Pm Anwar

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 190 hits
Menteri Besar Perlis merupakan Ketua Kerajaan Negeri pertama bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim MB Perlis Mohd Shukri Ramli hari ini berkunjung di pejabat Menteri Kewangan di Putrajaya Bertemu Menteri Besar Perlis Mohd Shukri ...
Mahkamah Anwar Saman Sanusi Berhubung Ceramah Didakwa Fitnah Di Tambun

Mahkamah Anwar Saman Sanusi Berhubung Ceramah Didakwa Fitnah Di Tambun

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dakwaan memfitnahnya dalam satu ceramah kempen pilihan raya Jelajah PN Best Tambun pada 13 Nov...
Enggan Mohon Maaf Sanusi Sedia Berjumpa Dengan Anwar Di Mahkamah

Enggan Mohon Maaf Sanusi Sedia Berjumpa Dengan Anwar Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 157 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bersedia berdepan dengan Anwar Ibrahim di mahkamah selepas Ahli Parlimen Tambun itu memfailkan saman terhadapnya atas tuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya nbsp Jumpa di mahkamah k...
Lat Terima Kasih Pm Cipta Kartun Baru Untuk Anwar

Lat Terima Kasih Pm Cipta Kartun Baru Untuk Anwar

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 143 hits
malaysiakini comKartunis ternama tanah air Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat berbesar hati mencoret karya terbarunya buat Perdana Menteri Anwar Ibrahim Saya buat kartun ni untuk berterima kasih kerana PM siarkan kartun lam...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Koleksi Anuarfaizal Dan Royal Sembilan Di Cimb Merah Meriah Raya

Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

Vips Dnaa Not About Issue Of Numbers

Siti Kasim Snubs Teo Kok Seong For His Slave Mentality By Wanting To Uphold Ketuanan Melayu

Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung