Pilih Peruntukan Atau Muhyiddin


 

Ini sepatutnya berita baik buat Ahli Parlimen pembangkang. Malah, ia menawarkan kesempatan kepada mereka untuk menamatkan penantian terhadap apa yang selama ini mereka harap-harapkan. Cuma penghalangnya ketika ini bukan orang lain. Ia datangnya daripada Muhyiddin Yassin dan kesangsiannya.
Jika mereka memilih untuk bersolidariti dengan pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, maka lambatlah lagi untuk Ahli Parlimen pembangkang mendapat peruntukan sama rata buat mereka – kira-kira RM3.8 juta setahun seperti dinikmati Ahli Parlimen penyokong kerajaan.
Daripada mereka perlu memikirkan pendirian Muhyiddin, apa kata mereka pula beramai-ramai membuat presiden Bersatu itu mendengar rintihan Ahli Parlimen pembangkang yang dah puas bertegang leher dalam sidang Dewan Rakyat menuntut peruntukan berkenaan.
Daripada Shahidan Kassim (Arau), Khlir Mohd Nor (Ketereh), Awang Hashim (Pendang), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas) sehinggalah kepada Hadi Awang (Marang), mereka antara Ahli Parlimen pembangkang yang kerap berhujah soal peruntukan di Dewan Rakyat.
Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Bersatu – Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) – mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana mahukan peruntukan pembangunan untuk kawasan Parlimen masing-masing.
Mereka tidak pun berselindung dalam menyatakan kekecewaan terhadap kepimpinan PN – tidak terkecuali Muhyiddin — yang enggan berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dari awal seperti disyaratkan bagi mendapat peruntukan berkenaan. Seperti disahkan mereka sendiri, masing-masing mendapat peruntukan itu selepas beralih sokongan sekalipun tanpa mengisytiharkan keluar parti.
Menyifatkan perbuatan mereka sebagai mengkhianati parti, Bersatu kemudian meminda perlembagaannya pada 2 Mac lalu bagi menghalang lebih ramai mengambil kesempatan daripada kelompangan dalam akta anti lompat parti untuk berbuat yang sama. Pindaan itu sudah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk berkuat kuasa mulai 1 April. Sejak itu, tiada lagi wakil rakyat parti tersebut yang kalih sokongan.
Pada 19 Mac lalu, tiga pemimpin PN — Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin, Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee – mengadakan perjumpaan dengan Fadillah di Parlimen bagi membincangkan soal peruntukan. Ia membuka jalan kepada langkah berikutnya selepas Anwar menjelaskan beliau tidak pernah menetapkan syarat untuk menyokongnya.
Ini disusuli satu pengumuman Fadillah pada 18 April bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju untuk mempertimbangkan bagi menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang selepas keputusan itu dicapai dalam mesyuarat dipengerusikan Anwar di Sri Perdana sehari sebelumnya.
Berikutan itu, satu draf memorandum persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu dan kemudian dipanjangkan kepada pembangkang sebagai langkah untuk perundingan seterusnya. Kerajaan tidak mengenakan sebarang paksaan, sebaliknya berharap ia dapat dipersetujui bersama untuk dilaksanakan.
Semuanya nampak berjalan lancar pada tahap itu sehinggalah Muhyiddin menggunakan kesempatan ketika kempen PRK Kuala Kubu Baharu pada 21 April lalu untuk mempertikaikan apa perlunya MoU itu jika kerajaan perpaduan ikhlas mahu menawarkannya. Kesangsian Ahli Parlimen Pagoh itu adalah terhadap syarat yang bakal dikenakan.
Muhyiddin turut membuat perbandingan dengan waktu beliau menjadi perdana menteri kelapan (Mac 2020-Ogos 2021), peruntukan diberi kepada pembangkang tanpa mereka memohon atau diikat dengan sebarang MoU atau perjanjian. Cuma beliau tidak berterus-terang bahawa peruntukan RM300,000 kepada semua wakil rakyat ketika itu ialah untuk menyediakan bakul makanan kepada rakyat ketika pandemik Covid-19. Ia tidak sama dengan Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) kepada semua Ahli Parlimen sebanyak RM3.8 juta setahun setiap seorang.
Seperti didedahkan Anwar sebelum ini, Muhyiddin tidak memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang ketika beliau menjadi ketua pembangkang di Dewan Rakyat dan ia hanya diperoleh di era pentadbiran Ismail Sabri Yaakob selaku perdana menteri kesembilan dari Ogos 2021 hingga November 2022. Mungkin Muhyiddin mengharapkan orang akan lupa.
Terbaru pada 14 Mei lalu, Fadillah memaklumkan bahawa draf MoU berkait peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang hampir siap dan sedang dimuktamadkan. Maknanya penantian mereka selama lebih 17 bulan akan berpenghujung dan mungkin hanya perlu menunggu sedikit masa lagi.
Sebagai menjawab kesangsian Muhyiddin, timbalan perdana menteri menawarkan penjelasan bahawa MoU itu bertujuan mewujudkan usaha bersama bagi menggerakkan pembangunan negara dengan fokus kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat daripada segi kestabilan dan keamanan. Tiada pun syarat yang mengikat, jauh sekali keperluan menyokong Anwar yang sudah memiliki majoriti selesa untuknya diganggu-gugat.
“Saya tak nak komen apa pun yang dia (Muhyiddin) kata. Tak perlu nak layan tetapi sekarang ini apa yang kita nak laksanakan kaedah itu (MoU). Kalau ikutkan tak perlu pun kerana kerajaan sudah ada dua pertiga. Tetapi kita nak laksanakan supaya akhirnya perjanjian itu ada persefahaman untuk gerakkan pembangunan negara,” jelas Fadillah.
Di sebalik itu, Muhyiddin berkata pihaknya akan menilai terlebih dahulu MoU itu jika ada sebarang syarat agar ia tidak mengikat wakil rakyat pembangkang. Hairan juga dalam keadaan pembangkang berkehendak kepada peruntukan selepas PRU15, ia pula mahu menetapkan syarat itu dan ini atau langsung tidak mahukan sebarang syarat.
“Kita belum tengok MoU. Apa kandungan dan kalau kita (kerajaan) bagi peruntukan, syaratnya adalah begini dan akhirnya mengikat kita…kita tak bodoh walaupun kita mahukan peruntukan,” katanya.
Muhyiddin perlu mengetepikan kepentingan peribadinya atas apa pun sebab politik dalam isu peruntukan ini, sebaliknya hendaklah lebih peka kepada keresahan wakil rakyat pembangkang pimpinannya yang hanya mahu peruntukan diluluskan secepat mungkin.
Tentunya pada peringkat ini wakil rakyat pembangkang lebih mengutamakan dana untuk kepentingan rakyat di kawasan masing-masing daripada kisahkan untuk menjaga ‘air muka’ Muhyiddin yang tidak pun mendahulukan mereka. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/pilih-peruntukan-atau-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Boleh Rakam Video Atau Gambar Masa Majlis Penyanyi Rap Wanita Rupanya Dah Lama Bersuamikan Komposer

Tak Boleh Rakam Video Atau Gambar Masa Majlis Penyanyi Rap Wanita Rupanya Dah Lama Bersuamikan Komposer

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 197 hits
Penyanyi Bunga Isme sebelum ini dilaporkan sering saja mengelak daripada mengulas mengenai status terkininya Terbaru muncul dakwaan yang mengatakan penyanyi rap itu sudah pun bergelar isteri kepada komposer dan penulis lirik Amzar Sabri pad...
Kami Update Lampu Tangga Kerana Kemas Baru Tak Payah Risau Nak On Atau Off

Kami Update Lampu Tangga Kerana Kemas Baru Tak Payah Risau Nak On Atau Off

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 134 hits
Lampu tangga kami hack sebab baru kemas tak leceh nk kene on ke tak Kredit syimaaffandi The post appeared first on
Pn Leader Dismiss Zaid S Calls For Hadi Muhyiddin To Step Down

Pn Leader Dismiss Zaid S Calls For Hadi Muhyiddin To Step Down

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 226 hits
The situation remains the same The inclination of Malay and young voters towards Pakatan Harapan is still significantly declining It has never recovered A Pas leader has dismissed suggestions for Tan Sri Abdul Hadi Awang and Tan Sri Muhyidd...
Pemilihan Bersatu Jangan Sokong Anak Emas Bersikap Terbuka Muhyiddin Diberitahu

Pemilihan Bersatu Jangan Sokong Anak Emas Bersikap Terbuka Muhyiddin Diberitahu

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 183 hits
Muhyiddin Yassin akan lebih dihormati jika tidak menyebelahi mana mana kumpulan dalam membuat keputusan berhubung kepimpinan masa depan parti itu PETALING JAYA Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin perlu bersikap terbuka dan tidak menyebelahi m...
Orang Serve Atau Sijil Halal

Orang Serve Atau Sijil Halal

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 87 hits
Jamzuri ArdaniKalau nak makan di kedai tengok yang serve dulu Tengok yang serve tu pakai macam mana Kalau perempuan pakai baju lengan pendek tak pakai tudung tak usah makanlah Kalau ustaz dan hafiz Quran yang makan tu belum sampai level war...
5 Cara Menikmati Keajaiban Borobudur Yang Harus Kamu Coba Bisa Naik Andong Atau Mobil Vw Juga

5 Cara Menikmati Keajaiban Borobudur Yang Harus Kamu Coba Bisa Naik Andong Atau Mobil Vw Juga

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 237 hits
Datang ke Borobudur bersama banyak turis lainnya pas siang hari Ah itu sudah mainstream Ada 5 cara lain menikmati keajaiban Borobodur
6mp 14 Hari Atau 14 Bulan

6mp 14 Hari Atau 14 Bulan

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 181 hits
Suka tengok Hamzah Zainudin atau Mejah dalam loghat Perak sangat berkeyakinan ketika mengadakan sidang media berkaitan arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada Jumaat Yalah sebagai setiausaha agung parti patutlah beliau tunjuk...
Perasaan Cepat Takut Atau Risau Pada Ibu Bapa Akan Dipindahkan Pada Anak Ini Faktanya

Perasaan Cepat Takut Atau Risau Pada Ibu Bapa Akan Dipindahkan Pada Anak Ini Faktanya

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 169 hits
Perasaan cepat atau pada ibu bapa akan dipindahkan pada anak ini faktanya Apabila ibu bapa berasa takut atau risau kemungkinan besar anda akan memindahkan ketakutan dan kerisauan itu kepada anak juga Perasaan Cepat Takut Atau Risau Pada Ibu...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin