Pick Berjaya Landaikan Keluk Pandemik Covid 19 Di Malaysia


AGENDA DAILY  Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilancarkan pada 24 Februari 2021 berjaya mengurangkan jangkitan sekali gus membolehkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan dalam norma baharu.
Kadar jangkitan Covid-19 dan kemasukan ke hospital berkurangan dengan amat ketara susulan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), sekali gus membolehkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan dalam norma baharu.
Pada masa sama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil daripada usaha jitu semua pihak, selain pelaksanaan PICK sejak 24 Februari 2021 lalu, garis lengkung atau keluk pandemik Covid-19 di negara ini juga telah berjaya dilandaikan.
“Sepanjang pandemik Covid-19, salah salah satu usaha yang kritikal bagi Kementerian Kesihatan Malaysia adalah perlaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
“Walaupun program ini telah mendapat sambutan yang positif dan menggalakkan, namun KKM sentiasa memperkukuhkan strategi-strategi untuk memastikan agar rakyat Malaysia mendapat akses kepada vaksin Covid-19 yang selamat dan berkesan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurutnya, salah satu inisiatif untuk memperkukuhkan program ini adalah melalui Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dengan menjalankan penyelidikan dalam Keberkesanan Real-World bagi Vaksin Covid-19 di bawah PICK Malaysia (RECoVaM, NMRR 21-1660-60697).
Kajian RECoVaM, katanya, telah mendapati bahawa kadar kes jangkitan Covid-19 bagi setiap 1,000 populasi dalam kalangan kumpulan yang tidak divaksin adalah jauh lebih tinggi iaitu 36.2 berbanding penerima vaksin Oxford-AstraZeneca (7.1), Comirnaty (6.6) dan CoronaVac (11.6).
“Sepanjang tempoh pemerhatian dari 1 April 2021 sehingga 9 Januari 2022, Malaysia telah melaporkan 2,440,873 kes jangkitan Covid-19. Ini termasuk 628,627 kes yang telah dilaporkan berlaku di kalangan individu di bawah umur 20 tahun, dan daripada jumlah tersebut 331,991 kes adalah di dalam kalangan lelaki.
“Sehingga Januari 2022, seramai 80% daripada penduduk di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi COVID-19. Namun, kajian-kajian di seluruh dunia termasuk di Malaysia juga telah menunjukkan penurunan tahap imuniti penerima-penerima vaksin setelah beberapa bulan menerima dos yang lengkap.
“Oleh yang demikian, Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) mengesyorkan agar program pemberian dos penggalak kepada semua penduduk dilaksanakan secara berperingkat,” kata Dr Noor Hisham.
Mengenai kesan vaksin, beliau menjelaskan kebimbangan mengenai kes miokarditis dan perikarditis, terutama melibatkan vaksin mRNA Covid-19 bagi populasi remaja, telah mendapat perhatian umum.
“Namun begitu, dengan lebih 33 juta dos vaksin berasaskan mRNA dikawal selia di negara ini, pemantauan pasca-pendaftaran mendapati imbangan manfaat kesan risiko pengambilan vaksin Covid-19 kekal positif.
“KKM ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kerajaan komited untuk terus memantau sebarang tanda amaran keselamatan kepada program vaksinasi yang sedang berlangsung,” katanya.
Untuk rekod, penyakit miokarditis adalah penyakit keradangan otot jantung dan kebiasaannya disebabkan oleh virus atau penyakit autoimun.
Pada Jun 2021, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat telah melaporkan risiko miokarditis di kalangan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun adalah 37 kali lebih tinggi bagi mereka yang dijangkiti Covid-19 berbanding mereka yang belum dijangkiti virus tersebut.
Kenyataan penuh KKM di sini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/pick-berjaya-landaikan-keluk-pandemik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
287 Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Hari Ini Positif Covid 19

287 Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Hari Ini Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 237 hits
AGENDA DAILY Sebanyak 323 kes import positif Covid 19 dikesan dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari tadi 9 Januari 2022 Seramai 287 lagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan dijangkiti Covid 19 dalam tempoh 24 jam sehin...
Malaysia S Covid 19 Daily Cases Dip Further To 2 641 Today

Malaysia S Covid 19 Daily Cases Dip Further To 2 641 Today

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 248 hits
A health worker preparing to administer a Covid 19 test in Puchong February 28 2021 Picture by Miera ZulyanaKUALA LUMPUR Jan 10 The Ministry of Health reported a decrease in new Covid 19 infections to 2 641 cases today This was in compariso...
Malaysia Ranks 13th In Nikkei Covid 19 Recovery Index Health Dg

Malaysia Ranks 13th In Nikkei Covid 19 Recovery Index Health Dg

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 242 hits
Malaysia has been ranked 13th in the latest Nikkei Covid 19 Recovery Index after almost two years of battling the Covid 19 pandemic Health director general Dr Noor Hisham Abdullah said In a post on Facebook last night he said the Nikkei Cov...
Omicron Petunjuk Pandemik Covid 19 Berakhir Tahun Ini Pakar

Omicron Petunjuk Pandemik Covid 19 Berakhir Tahun Ini Pakar

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 208 hits
Oleh VARIAN Omicron mungkin petunjuk bahawa pandemik Covid 19 akan berakhir dalam tahun ini ramal pakar pernafasan di Hospital Vichaiyut Bangkok VARIAN Omicron mungkin petunjuk bahawa pandemik Covid 19 akan berakhir dalam tahun ini ramal pa...
Pakej Penjagaan Covid 19 Keluarga Malaysia

Pakej Penjagaan Covid 19 Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 237 hits
Pemberian Pakej Penjagaan COVID 19 Keluarga Malaysia boleh dipuji Satu usaha yang bagus untuk memastikan diri dan keluarga Malaysia terus kekal jaga SOP dan sebagai persediaan ke arah menghadapi era endemik COVID 19 Usaha ini antara lain be...
Health Ministry 58 More Covid 19 Omicron Cases Detected In Malaysia Four In Kedah

Health Ministry 58 More Covid 19 Omicron Cases Detected In Malaysia Four In Kedah

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 239 hits
Of the 54 import cases 39 were from Saudi Arabia seven from UAE four from the United Kingdom two from Nigeria and one from Kazakhstan and France Reuters picKUALA LUMPUR Jan 4 The Health Ministry said they have found another 58 cases of the ...
Malaysia Dipuji Dalam Peranan Rundingan Damai Konflik Di Selatan Thailand

Malaysia Dipuji Dalam Peranan Rundingan Damai Konflik Di Selatan Thailand

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 182 hits
HARAKAH DAILY PHUKET Malaysia telah melaksanakan peranan sebagai fasilitator dengan baik dalam rundingan damai bagi menamatkan konflik bersenjata di Selatan Thailand kata ketua perunding bagi rundingan damai Selatan Thailand Jeneral Wanlop ...
Hishammuddin Briefing To Decide Malaysia S Transition To Endemic Phase Next Week

Hishammuddin Briefing To Decide Malaysia S Transition To Endemic Phase Next Week

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 164 hits
Senior Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein speaks during a press conference at Parliament building November 16 2021 Bernama picKUALA LUMPUR Jan 17 A briefing to decide the actual date for the country s transition to the endemic...
A Swiss Slap In The Face For Malaysia

A Swiss Slap In The Face For Malaysia

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 310 hits
Indeed it is becoming true that the Social Media aka the Alternative Media aka the non mainstream media are not only read more than the Mainstream Media but often the Social Media are setting the pace for news and discussion which is then b...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord