Pakej Penjagaan Covid 19 Keluarga Malaysia
Pemberian Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Keluarga Malaysia boleh dipuji. Satu usaha yang bagus untuk memastikan diri dan keluarga Malaysia terus kekal jaga SOP dan sebagai persediaan ke arah menghadapi era endemik COVID-19.
Usaha ini antara lain bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.
-YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam usaha melaksanakan pengagihan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.
Inisiatif ini dijangkakan akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40. Pos Malaysia akan menguruskan penghantaran PPC ini secara berperingkat-peringkat kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara
Tidak perlu buat permohonan untuk pakej ini kerana pemberian adalah berdasarkan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) melalui website : https://bpr.hasil.gov.my/
Pemberian PPC dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga. Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak.
Apa itu Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)PPC adalah inisiatif terbaharu bantuan Keluarga Malaysia B40 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob pada September lalu dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19
sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) mengandungi :4 Unit Kit Ujian Kendiri COVID-194️ Unit Pelitup Muka Guna Semula1️ Unit Oximeter1️ Unit TermometerRisalah panduan penggunaan dan info kesihatan.
Semakan PPC Melalui Data BPRSekiranya anda adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam kalangan B40, anda automatik layak untuk menerima bantuan penjagaan COVID-19 ini.
Cara semak kelayakan melalui portal rasmi BPRMasuk ke laman : https://bpr.hasil.gov.my/Klik Log MasukMasukkan Nombor MyKadPengesahan Kata Kunci KeselamatanMasukkan kata laluanKlik Menu Semakan StatusMaklumat yang akan dipaparkanStatus PermohonanMaklumat Pembayaran (Jika Ada)Tarikh Pelaksanaan / Pemberian
Semoga dengan pemberian PPC ini dapat meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah keluarga B40. Seterusnya melatih diri membudayakan norma baharu, sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.
Maklumat lanjut tentang PPC :
https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/11/pakej-penjagaan-covid-19-dalam-proses-penghantaran-kpd-keluarga-b40
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/01/pakej-penjagaan-covid-19-ppc-keluarga.html