Piala Thomas Dan Uber Setiap Negara Berhak Sertai Atau Tidak




Setiap negara yang menyertai Piala Thomas dan Piala Uber mempunyai hak dan prerogatif sama ada hendak menyertai atau menarik diri daripada menyertai kejohanan tersebut atau tidak, kata Badminton Asia (BA).

 

Mengulas dakwaan laporan media daripada pelbagai negara luar yang mengatakan penarikan diri pasukan dari Asia daripada kedua-dua kejohanan itu sebagai pentingkan diri, ketua pegawai operasinya Saw Chit Boon percaya, keputusan dibuat selepas mengambil kira pelbagai perkara, melibatkan keselamatan dari Covid-19.

 

“Secara peribadinya bagi saya semua negara mempunyai hak dan prerogatif untuk membuat keputusan untuk ke negara penganjur, untuk menyertainya atau tidak.

 

"Setiap negara mempunyai SOP (prosedur operasi standard) dan peraturan masing-masing berkaitan mengekang pandemik Covid-19.

 

“Tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana kita sendiri mengekang Covid-19,” katanya kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara BA dan Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

 

Kerjasama digital antara BA dan UTM itu akan menyaksikan negara membangun Asia mendapat faedah daripada satu aplikasi yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlit yang terlibat dengan Projek Olimpik Asia (AOP).

 

AOP merupakan program membantu altet berbakat dari negara membangun untuk meningkatkan prestasi mereka dan layak ke sukan Olimpik.

 

Minggu lepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan penangguhan Piala Thomas dan Piala Uber selepas beberapa negara menarik diri akibat kebimbangan Covid-19.

 

Juara Piala Thomas 13 kali Indonesia, Taiwan, Thailand, Korea Selatan dan Australia menarik diri daripada kejohanan tersebut yang dijadualkan berlangsung di Aarhus, Denmark mulai 3 hingga 11 Okt.

 

Tiada tarikh baru diumumkan untuk kejohanan itu, yang telah ditangguh tiga kali, namun BWF berkata ia tidak akan berlangsung sebelum 2021.

 

“Keputusan BWF untuk menangguhkan kejohanan tahun ini adalah untuk keselamatan pemain dan pegawai.

 

"Saya rasa keselamatan manusia adalah keutamaan. Namun kita perlu kekal bersama sebagai keluarga badminton.

 

“Kita hanya akan memulakan kehohanan selepas ia selamat daripada Covid-19 kerana badminton agak berbeza.

 

"Kita bermain dalam dewan berhawa dingin dan tertutup. Tidak sama dengan sukan di luar, agak sukar untuk kita pastikan semuanya selamat sebelum kita buka semula,” katanya.

 

- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/09/piala-thomas-dan-uber-setiap-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semai Rasa Cinta Negara Dahulu Sebelum Sertai Pdrm Musa Hassan

Semai Rasa Cinta Negara Dahulu Sebelum Sertai Pdrm Musa Hassan

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 964 hits
M Update 15 09 2020 Kalau hendak masuk polis hati kena cekal nombor satu kerana sayang dan cintakan negara dan bukan kerana nak cari makan Kalau nak cari makan jangan masuk polis tegas bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan Beliau ber...
Setiap Pejuang Pertaruh Nyawa Pertahan Kedaulatan Negara Affendi

Setiap Pejuang Pertaruh Nyawa Pertahan Kedaulatan Negara Affendi

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 373 hits
M Update 17 9 2020 Keamanan dan kesejahteraan dikecapi ketika ini tidak diperoleh dengan mudah sebaliknya melalui pengorbanan pejuang yang mempertaruhkan nyawa dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini kata Panglima Angkatan Tente...
700 Bekas Ahli Amanah Sertai Umno Labuan

700 Bekas Ahli Amanah Sertai Umno Labuan

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 432 hits
LABUAN Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara Labuan menyertai UMNO Labuan dan menyifatkan parti itu sebagai platform yang tepat untuk mereka meneruskan perjuangan politik demi kepentingan orang Melayu Kumpulan itu yang diketuai bekas K...
Ku Li Sendiri Cadang Saya Sertai Dap Zairil

Ku Li Sendiri Cadang Saya Sertai Dap Zairil

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 690 hits
Zairil Khir Johari Saya tertarik untuk membalas laporan bertarikh 18 Sept 2020 di The Malaysian Insight yang bertajuk Jangan jadi alat DAP kata Ku Li pada anak muda Melayu Dalam laporan tersebut veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dipetik ...
Haramkan Gerakan Sertai Pn Biar Mereput Sebagai Pembangkang

Haramkan Gerakan Sertai Pn Biar Mereput Sebagai Pembangkang

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 363 hits
ismaweb netDahulu berlagak tinggalkan BN kini terkapai kapai cari dahan berpautBANGI 28 Muharram 1442H Rabu Perikatan Nasional tidak akan rugi sekiranya membiarkan parti ultra kiasu seperti Gerakan menjadi pembangkang Justeru PN tidak perlu...
Husam Letak Jawatan Desas Desus Sertai Keadilan

Husam Letak Jawatan Desas Desus Sertai Keadilan

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 398 hits
Husam letak jawatan bukan tak puas hati dengan PresidenPerletakan jawatan Datuk Husam Musa sebagai Naib Presiden AMANAH adalah bagi membolehkan beliau memberi tumpuan kepada usaha memenangkan kerusi parti itu di Kelantan khasnya di kawasan ...
Gerakan Mahu Sertai Pn

Gerakan Mahu Sertai Pn

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 794 hits
Gerakan menyuarakan hasrat menyertai Perikatan Nasional yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Presidennya Dominic Lau Hoe Chai berkata keputusan itu diambil selepas dipersetujui semua ahli Jawatankuasa Pusat dalam mesyuarat pada M...
Pengarah Drama Dan Filem Murali Abdullah Sertai Pas

Pengarah Drama Dan Filem Murali Abdullah Sertai Pas

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 376 hits
KOTA BHARU Pengarah drama dan filem Murali Abdullah nekad menyertai parti PAS dan menyerahkan borang keahlian hari ini Murali 57 sebelum ini yang menyertai parti AMANAH hadir dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke 66 di Pusat Tarbiah Islamiah K...
Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

Kitingan Formulating New Gbs Pact To Take On Grs

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

Ihr Weg Zum Erfolg Im Playjango Casino

What You Need To Know About Intellectual Property In Malaysia

Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kod Rahsia Pigpen Bila Huruf Jadi Simbol

Element Kuala Lumpur Celebrates Culinary Excellence With A Culinary Celebration 3 Course Menu

Sleeve Custom Sentuhan Eksklusif Yang Jadikan Produk Anda Nampak Premium

Tau Tak Ni Apa

Choosing Peace Over Drama

Kumpulan Pro Hamzah Dalam Bersatu Mungkin Pindah Ke Pas