Pengarah Drama Dan Filem Murali Abdullah Sertai Pas
KOTA BHARU: Pengarah drama dan filem, Murali Abdullah nekad menyertai parti PAS dan menyerahkan borang keahlian hari ini.
Murali, 57, sebelum ini yang menyertai parti AMANAH hadir dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-66 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) mengambil kesempatan untuk menyerahkan sendiri borang keahlian kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, peribadi dan sisi Abdul Hadi yang nyata berbeza dengan tuduhan pihak pembangkang menjadi faktor dia menyertai parti berkenaan.
"Sekian lama saya disuap dengan tuduhan yang tidak berasas terhadap Presiden PAS itu dan menyebabkan saya ingin bersemuka sendiri dengan beliau untuk mengenali dengan lebih dekat.
"Ternyata segala tuduhan itu tidak benar sebaik saya ke rumahnya pada Jun lalu tanpa membuat sebarang temujanji dan melihat sendiri kesederhanaan Abdul Hadi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Murali yang diserang strok sebelah kanan tubuh lebih setahun lalu hadir berkerusi roda sambil ditemani seorang rakan dalam program tahunan itu.
Beliau yang sudah 25 tahun terbabit dalam pengarahan drama dan filem kini mengambil keputusan untuk menetap di Marang, Terengganu dan akan memulakan semula pengarahan drama dan filem dalam masa terdekat dengan membuat dokumentari berkisarkan Abdul Hadi.
"Saya akan kembali menjalankan kerja pengarahan dimulai dengan dokumentari mengenai Abdul Hadi dalam masa terdekat selepas hampir dua tahun tidak mengarah," katanya.
................
Pada tahun 2018, Selepas tamatnya PRU 14, saya “join” PARTI AMANAH, kerana pada masa itu saya ingin “join” satu parti politik yg dekat dgn agama Islam. Saya “join” Parti AMANAH di Shah Alam
Saya pun hadiri beberapa perjumpaan resmi Amanah. Walaupun Amanah sudah menjadi Kerajaan pada masa itu, drp mereka membantu rakyat, Amanah ini asyik kutuk DS Hadi Awang dan PAS je.
Saya pun rasa pelik dan saya mula bertanya2 kpd pegawai2 tinggi AMANAH dan kpd menteri2nya, kenapa AMANAH takut sgt dgn PAS.. yg cuma jadi pembangkang masa itu. Perbagai jawapan tak logik mereka berikan kpd saya.
Setelah saya juga ditipu hidup2 oleh Pegawai Amanah, saya mula berfikir tentang kejujuran AMANAH. Jadi saya bernekad utk berjumpa dgn President PAS, Datuk Seri Hadi Awang utk mengetahui kisah yg benar.
Saya terperanjat bila saya sampai di rumah DS Hadi Awang. Rumahnya kecil, rumah papan sahaja. Tidak ada pegawai polis di depan rumah. Ada sebuah kereta proton wira yg tua di tempat parking kereta. Di dlm rumahnya, hanya ada perabut2 yg biasa je.
Dulu AMANAH kata PAS ambil duit 100 juta dari UMNO, jadi knp Presiden PAS hanya tinggal di rumah papan?
Saya berborak dgn Datuk Seri Hadi Awang mengenai tuduh2an AMANAH terhadapnya.
Pendek cerita AMANAH adalah sebuah Parti yg BUKAN ISLAM. Mereka Parti Kaki Fitnah, Adik kpd Parti DAP.
Kpd ahli2 AMANAH, keluarlah dari Parti itu... mereka akan bawa anda ke Neraka Jahanam.
Kpd ahli2 Amanah yg sumpah setia, terpulang pada anda utk hentam saya.
Ada aku kisah.
Murali Abdullah.Bekas ahli Amanah ( pan)Bekas Pengarah Telemovie24 jun 2020
MR : Bila Allah nak tunjukkan kebenaran pasti jalan untuk kita bertemu...
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2020/09/pengarah-drama-dan-filem-murali.html