Piala Sumbangsih 2019 Gol Cabrera Jadi Pastikan Kejuaraan
Pasukan JDT nampaknya memulakan dengan langkah kanan pada musim ini dengan memenangi perlawanan pertama Liga Super 2019 sekaligus menjulang kejuaraan Piala Sultan Haji Ahmad Shah musim 2019.
Dalam perlawanan yang berlangsung pada malam Sabtu menyaksikan pasukan Juara Liga Super 2018, JDT menentang juara Piala Malaysia 2019, pasukan Perak dalam aksi yang hampir dikuasai oleh pasukan tuan rumah.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu menampilkan aksi yang cukup mantap dari tuan rumah. Pasukan Perak agak tenggelam pada separuh masa pertama apabila lebih banyak bertahan dari melakukan serangan.
Biarpun serangan bertali arus namun JDT hanya berjaya memecah kebuntuan melalui penyerang Gonzalo Cabrera yang bijak melakukan satu lambungan selepas bola dari pemain import baharu Aaron Niguez singgah ke kakinya.
Bola tersebut mudah menewaskan penjaga gol Hafizul Hakim yang telah terkeluar dari posisi.
Pada separuh kedua, Perak yang memasukkan J.Partiban bagi menggantikan pemain kebangsaan Kenny Palraj menampilkan aksi lebih menyerang.
Beliau sendiri mempunyai peluang apabila hanya berhadapan dengan Farizal Marlias namun tidak berdaya menyudahkan ruang tersebut.
Pasukan tuan rumah dan pelawat mempunyai beberapa peluang jaringan namun gol yang dicari tidak berjaya dihasilkan sehingga tamat masa penuh.
Keputusan memihak JDT yang berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan tipis 1-0 sekaligus membawa tiga mata penuh Liga Super.
Keputusan Liga Super
Melaka vs PJ City FC 2-1
PKNP vs Kedah 0-2
Kuala Lumpur vs Pahang 1-3
** Dickson Nwakaeme meledak dua gol dalam game KL vs Pahang ni. Memang lagenda dia ni.
p/s:- Ada lagenda bola sepak datang tengok game JDT lawan Perak ni. Siapa ye? Rujuk gambar dibawah.
Kredit Twitter Johor Southern Tigers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ligakampung.com/blog/piala-sumbangsih-2019-gol-cabrera-jadi-pastikan-kejuaraan/