Ph Tolak Kerjasama Mahiaddin Dituntut Lepas Jawatan



Kenyataan Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin yang disiarkan di semua stesen media utama negara mengesahkan kerajaan Perikatan Nasional telah hilang sokongan tanpa perlu melakukan Undi Percaya di Parlimen.
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, dengan kenyataan terbuka itu, PM Mahiaddin mencatat sejarah sebagai ketua kerajaan pertama mengisytihar hilang sokongan di media dan menawarkan sogokan secara terang-terangan kepada pembangkang untuk menjadi talian hayat meneruskan kuasa.
“Majlis Presiden PH berpandangan perutusan khas Tan Sri Mahiaddin Md Yassin adalah pengakuan terbuka beliau telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ini mewajibkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dilaksana, di mana beliau hendaklah meletakkan jawatan.
“Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang PM yang mengaku kehilangan sokongan majoriti namun secara terang-terangan terus menagih sokongan Pembangkang.
“Ini juga kali pertama seorang PM yang tiada keabsahan menawarkan rasuah secara terang-terangan dalam siaran televisyen langsung di hadapan seluruh rakyat Malaysia,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Menurut Majlis Presiden lagi, dalam kenyataan di media itu juga Mahiaddin sekali lagi telah membelakangkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menentu sahkan sesebuah kerajaan.
Sehubungan itu, PH tegas menolak tegas sebarang kerjasama dan menuntut Mahiaddin melakukan satu perkara, iaitu meletak jawatan tanpa syarat.
“Lebih daripada itu, bila Tan Sri Mahiaddin berkata “tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat,” beliau dengan jelas telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh yang demikian, PH mengambil pendirian menolak keras segala tawaran tidak ikhlas Tan Sri Mahiaddin yang sepatutnya dibuat lebih awal dan bukannya di penghujung hayat politik beliau. Tumpuan seharusnya diberi untuk menyelamatkan rakyat dan bukan kerjaya politik beliau.
“Sebaliknya, Pakatan Harapan memilih untuk bersolidariti dengan rakyat yang sedang menderita akibat pandemik Covid-19. Kami berkeyakinan kami mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik, terutama untuk menangani pandemik Covid-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan rakyat dan mata pencarian,” kata mereka lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32817

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Bebas Tolak Kerjasama Dengan Mahiaddin

Mp Bebas Tolak Kerjasama Dengan Mahiaddin

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 234 hits
Perdana Menteri Mahiaddin Yassin tidak perlu menyogok Ahli Parlimen pembangkang dengan pelbagai tawaran sebagaimana disiar dalam kenyataan di media beliau semalam Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik perbuatan Mahiaddin it...
Mahiaddin Ajak Ph Kerjasama

Mahiaddin Ajak Ph Kerjasama

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 195 hits
MALAYSIA DATELINETan Sri Mahiaddin Md Yassin menegaskan beliau mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik hari ini tidak diselesaikan dengan segera Oleh itu Mahiaddin mengajak semua pi...
Letak Jawatan Sebaik Baik Pilihan Buat Mahiaddin Usah Cuba Lagi Mendatangkan Masalah Kepada Agong

Letak Jawatan Sebaik Baik Pilihan Buat Mahiaddin Usah Cuba Lagi Mendatangkan Masalah Kepada Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 460 hits
Dari segi perlembagaan dan prinsip moral kerajaan PN dan kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri sudah pun tumbang sekarang ini Dengan pengumuman Zahid Hamidi bahawa sebahagian Ahli Parlimen UMNO dipercayai seramai 14 orang jum...
Ahmad Maslan Zahid Bersumpah Tidak Sokong Anwar Jadi Pm Tolak Kerjasama Dengan Ph

Ahmad Maslan Zahid Bersumpah Tidak Sokong Anwar Jadi Pm Tolak Kerjasama Dengan Ph

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 355 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan hari ini mendedahkan bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah bersumpah di hadapan Ahli Parlimen parti itu bahawa beliau tidak akan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana m...
Lepas Letak Jawatan Masuk Bakul Angkat Diri Sendiri

Lepas Letak Jawatan Masuk Bakul Angkat Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 407 hits
Tapi dia sudah lupa siapa yang rakus kuasa untuk tikam belakang Tun Dr Mahathir dan khianat gabungan dia untuk rampas kuasa setelah parti dia kalah begitu teruk sekali kepada BARISAN NASIONAL pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai dan mula mi...
Mahiaddin Tiada Pilihan Beliau Perlu Letak Jawatan Sekarang

Mahiaddin Tiada Pilihan Beliau Perlu Letak Jawatan Sekarang

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 337 hits
Tanpa majoriti kedudukannya tidak lagi dapat dipertahankan apatah lagi beliau sudah pun hilang keabsahannyaBy 15 Aug 2021Perdana Menteri Mahiaddin Yasin mengaku di dalam siaran nasional bahawa beliau tidak lagi mempunyai keyakinan majoriti ...
Ambik Jawatan Secara Ragut Tebuk Bila Diminta Lepas Liat Dan Berdolak Dalik

Ambik Jawatan Secara Ragut Tebuk Bila Diminta Lepas Liat Dan Berdolak Dalik

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 221 hits
Pengumuman KHAS PM Hari ini 13 8 21 cuba mengheret rakyat lebih kepada tembak kaki sendiri Betul ke tiada PM lain boleh dilantik Pemimpin bila dah nak hilang kuasa minta simpati rakyat mcm suci sangat Bila berkuasa rakyat suruh tutup kilang...
Ph Plus Tuntut Mahiaddin Letak Jawatan Segera

Ph Plus Tuntut Mahiaddin Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 379 hits
Parti parti pembangkang Malaysia bersetuju dengan Yang di Pertuan Agong bahawa kabinet Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin telah bertindak di luar kerangka pemerintahan dan Perlembagaan yang sewajarnya berhubung kemelut mengungkai Ordi...
Khairy Sahkan Seluruh Kabinet Letak Jawatan Bukan Mahiaddin Sahaja

Khairy Sahkan Seluruh Kabinet Letak Jawatan Bukan Mahiaddin Sahaja

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 232 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE August 16 2021Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaludin mengesahkan Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional secara keseluruhannya meletakkan jawatan bukan perdana menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sahaja Mene...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man