Letak Jawatan Sebaik Baik Pilihan Buat Mahiaddin Usah Cuba Lagi Mendatangkan Masalah Kepada Agong


 
Dari segi perlembagaan dan prinsip moral, kerajaan PN dan kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri sudah pun tumbang sekarang ini.
Dengan pengumuman Zahid Hamidi bahawa sebahagian Ahli Parlimen UMNO, dipercayai seramai 14 orang jumlahnya, pada peringkat awal ini sudah menandatangani surat akuan menarik sokongan terhadap kerajaan dan senarainya telah pun disembah maklum kepada Yang Dipertuan Agong, hakikatnya tiada apa lagi yang dapat mempertahankan jatuhnya Mahiaddin.
Dipercayai juga, beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO bakal menyusul dengan perakuan yang sama dan nama-nama tersebut akan turut dipersembahkan kepada Istana Negara kemudiannya.
Bersama perletakan jawatan Shamsul Anuar Nasarah sebagai menteri kabinet petang semalam, bermakna ketiadaan sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Mahiaddin sekarang ini semakin terang lagi nyata.
Sekaligus, kejatuhannya semakin sukar untuk dielakkan, waima jika ada tongkat sakti atau bomoh hebat sekali pun datang ingin membantunya.
Hanya yang tersangkut sekarang ialah soal teknikal undang-undang saja.
Tetapi, apa guna berselindung di sebalik tafsiran undang-undang kalau moral sudah tiada?
Dengan demikian, Mahiaddin seharusnya tidak melengah-lengahkan lagi keperluannya untuk berundur secara terhormat.
Tidak perlu lagi beliau cuba bertahan dengan terus melanggar SOP memanggil menteri-menteri dan Peguam Negara datang ke rumahnya untuk berbincang bagi mempertahankan kerusinya yang sudah rapuh itu.
Sedar dan insaflah, lebih-lebih lagi sebagai seorang yang pernah menonjolkan imej pandai membaca doa dan berjubah, disertai dengan kedudukannya sebagai anak ulama terkenal di Muar, Mahiaddin sebenarnya tidak perlu mencipta lebih banyak alasan untuk tidak melepaskan jawatannya.
Kebetulan hari ini, Rabu di mana ada mesyuarat kabinet dan beliau sepatutnya menghadap Agong sebelum mesyuarat berkenaan diadakan, adalah terpuji kiranya turut dibawa bersama surat perletakan jawatannya ketika menghadap nanti.
Tentulah lebih buruk dan terkutuk jika sampai dinasihatkan oleh Agong agar beliau perlu meletakkan jawatan berikutan ketidaan lagi majoriti yang dimilikinya, beliau nantinya masih lagi cuba berhujah mempertahankan kedudukannya.
Cukup-cukuplah dengan derhaka yang sedia ada dan janganlah ditambah lagi siri penderhakaan kepada Agong yang ia pasti membuatkan rakyat tambah meluat dan benci kepadanya.
Lagi pun, begitulah hukum kehidupan di mana jika kita pernah menjatuhkan orang, biasanya balasan Tuhan dalam bentuk yang sama juga akhirnya akan menimpa kita.
Sebagaimana Mahiaddin pernah menjatuhkan kerajaan PH melalui Langkah Sheraton kira-kira 17 bulan sebelum ini, hakikatnya penarikan sokongan UMNO terhadap kerajaan PN ini adalah balasan yang harus diterimanya dengan penuh redha.
Sebaik-baiknya peristiwa ini menjadikan Mahiddin dan sesiapa juga insaf bahawa jangan sesekali bersikap khianat dalam mengejar kerakusan nafsu dunia dalam kehidupan ini.
Juga jangan sesekali derhaka kepada Raja dalam memenuhi kebuasan nafsu ingin kekal berkuasa.
Sampai masa harus berhenti, berlapang dadalah menerimanya.
Berikutan Zahid Hamidi telah pun mempersembahkan nama-nama Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap PN kepada Agong, jika disertai dengan kesediaan Mahiadin berundur, ia pasti akan lebih memudahkan baginda menentukan pilihan yang sewajarnya bagi menamatkan kemelut ini.
Mahiaddin, dengan pelbagai kekalutan dan caca marba yang dicetuskannya selama ini, kini bertanggungjawab penuh untuk tidak memandangkan lagi kemelut yang ada dalam negara ini.
Demi negara dan demi rakyat yang sedang sengsara, berundur dan meletak jawatan adalah sebaik-baik pilihan baginya.
Jika Mahiaddin terus degil enggan berundur dengan berdalih melalui pelbagai tafsiran undang-undang oleh Peguam Negara yang sebenarnya lebih dihantui ketakutan hilang jawatan kiranya Perdana Menteri bertukar tangan, beliau pasti akhirnya akan menerima kutukan dan penghinaan yang berpanjangan dalam hidupnya selepas ini.
Itukah yang mahu dicarinya dalam hidup ini? 


(ShahbudinHusin 04/08/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/letak-jawatan-sebaik-baik-pilihan-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Mahiaddin Enggan Letak Jawatan Agong Boleh Pecat Pm

Jika Mahiaddin Enggan Letak Jawatan Agong Boleh Pecat Pm

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 447 hits
Krisis politik yang berpunca daripada kehilangan kredibiliti kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara boleh diselesaikan dengan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin meletak jawatan secara terhormat Bagaimanapun sekiranya beliau berd...
85 Mahu Mahiaddin Letak Jawatan

85 Mahu Mahiaddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 250 hits
Polemik politik khususnya melibatkan kepimpinan Perdana Menteri TSMY terus bergolak sejak beliau mengambil alih kepimpinan negara pada 1 Mac 2020 Kedudukan sokongan beliau menerajui negara mengalami pelbagai gelora politik bermula dengan is...
Laungan Derhaka Letak Jawatan Ketika Anwar Baca Kenyataan Agong

Laungan Derhaka Letak Jawatan Ketika Anwar Baca Kenyataan Agong

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 207 hits
Laungan derhaka letak jawatan ketika Anwar baca kenyataan Agong Dewan Rakyat kecoh dengan laungan derhaka dan gesaan supaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan selepas Yang di Pertuan Agong mendedahkan kerajaan membatalkan Ordi...
Agong Dukacita Ketua Pembangkang Tuntut Pm Letak Jawatan

Agong Dukacita Ketua Pembangkang Tuntut Pm Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan susulan kenyataan dikeluarkan Istana Negara berhubung isu Proklamasi Darurat Ini menunjukkan Kabinet yang diketuai Tan...
Derhaka Kepada Agong Pemuda Umno Desak Muhyiddin Letak Jawatan Segera

Derhaka Kepada Agong Pemuda Umno Desak Muhyiddin Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 276 hits
Derhaka kepada Agong Pemuda Umno desak Muhyiddin letak jawatan segera Pemuda Umno mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin segera meletak jawatan kerana jelas melanggar sumpah untuk sentiasa taat kepada Yang di Pertuan Agong dan mempertaha...
Sidang Ditangguh Ahli Parlimen Cari Mahiaddin Dalam Dewan Desak Letak Jawatan

Sidang Ditangguh Ahli Parlimen Cari Mahiaddin Dalam Dewan Desak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 237 hits
MALAYSIA DATELINEDewan Rakyat bertukar kecoh apabila Ahli ahli Parlimen blok pembangkang mula mencari kelibat Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dan mendesak Ahli Parlimen Pagoh itu meletakkan jawatan serta merta Pagoh kena masuk De...
Mahiaddin Sepatutnya Letak Jawatan Berdasarkan Apa Berlaku Di Parlimen Doktor Piket

Mahiaddin Sepatutnya Letak Jawatan Berdasarkan Apa Berlaku Di Parlimen Doktor Piket

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 205 hits
MALAYSIA DATELINEBerdasarkan apa yang berlaku di Dewan Rakyat hari ini serta piket yang dibuat oleh doktor kontrak Perdana Menteri Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sepatutnya telah meletakkan jawatan Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin be...
Agong Boleh Pecat Pm Jika Enggan Letak Jawatan Dr Aziz Bari

Agong Boleh Pecat Pm Jika Enggan Letak Jawatan Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 200 hits
Krisis politik yang berpunca daripada kehilangan kredibiliti kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara boleh diselesaikan dengan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin meletak jawatan secara terhormat Bagaimanapun sekiranya beliau berd...
Jumpa Agong Esok Elok Letak Jawatan Jangan Bubar Parlimen Puad Beritahu Pm

Jumpa Agong Esok Elok Letak Jawatan Jangan Bubar Parlimen Puad Beritahu Pm

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 219 hits
Puad Zarkashi bagaimanapun tidak mengulas sama ada terdapat lagi ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan dari Umno bakal berundur bagi menghormati anggota MKT yang masih berada dalam Kabinet kerajaan PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Terting...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis