Mp Bebas Tolak Kerjasama Dengan Mahiaddin



Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin tidak perlu menyogok Ahli Parlimen pembangkang dengan pelbagai tawaran sebagaimana disiar dalam kenyataan di media beliau, semalam.
Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, perbuatan Mahiaddin itu bukan sahaja telah menyalahi undang-undang tetapi memalukan pentadbirannya kerana menawarkan rasuah secara terbuka.
“Saya, Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam yakin perutusan khas Tan Sri Mahiaddin adalah pengakuan terbuka bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ini mewajibkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dilaksana, di mana beliau hendaklah meletakkan jawatan.
“Tan Sri Mahiaddin juga mengaku kehilangan sokongan majoriti namun secara terang-terangan terus menagih sokongan Pembangkang dan menawarkan rasuah secara terbuka dalam siaran televisyen langsung di hadapan seluruh rakyat Malaysia.
“Setelah diberi peluang oleh Yang di Pertuan Agong lebih setahun, Tan Sri Mahiaddin tetap gagal mendapat sokongan majoriti sehingga terpaksa menawar sogokan secara terbuka.
“Apa yang dilakukan oleh Tan Sri Mahiaddin itu jelas merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 21 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Mantan Menteri Pendidikan itu mengingatkan Mahiaddin bahawa di bawah seksyen 21 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), “Mana-mana orang yang menawarkan kepada seseorang pegawai manamana badan awam…, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau upah supaya — (a) pegawai itu mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana mesyuarat badan awam itu bagi menyokong atau menentang apa-apa langkah, ketetapan atau soal yang dikemukakan kepada badan awam itu; (maka) melakukan suatu kesalahan…”
Katanya, Seksyen 3 Akta 694 secara jelas mendefinisikan ‘Pegawai Badan Awam’ antara lain sebagai Ahli Parlimen dan ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri.
Lebih dari itu, tambah Dr Maszlee, apabila Tan Sri Mahiaddin berkata “tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat,” menunjukkan PM cuba meremehkan fungsi Yang di-Pertuan Agong dalam soal menentu sahkan kerajaan.
“Beliau dengan jelas telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh yang demikian, sebagai Ahli Parlimen Bebas di bawah Pakatan Harapan (PH), saya mengambil pendirian bersama PH untuk menolak keras segala tawaran Tan Sri Mahiaddin kerana tindakan beliau ini menghalalkan politik wang untuk kekal berkuasa.
“Anehnya beliau mengutarakan beberapa agenda reformasi sedangkan agenda paling penting bagi reformasi politik ialah
menghapus politik wang. Tumpuan seharusnya diberi untuk menyelamatkan rakyat dan bukan kerjaya politik beliau,” katanya.
Tegas Dr Maszlee, beliau memilih untuk bersolidariti dengan rakyat yang sedang menderita akibat pandemik Covid-19 daripada terpengaruh dengan tawaran kewangan.
Sleian itu, beliau juga yakin PH dan parti-parti pembangkang lain mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik, terutama untuk menangani pandemik Covid-19, menghidupkan semula ekonomi, dan pendidikan yang dipinggirkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta menyelamatkan rakyat dan mata pencarian mereka.
“Berdasarkan keadaan pendidikan negara setelah setahun lebih kerajaan PN memerintah, saya khuatiri jika dibiarkan ia terus memerintah, pendidikan anak-anak dan siswa pengajian tinggi akan bertambah teruk dan rosak.
“Demi menyelamatkan pendidikan dan masa depan anak-anak bangsa, saya memilih untuk tidak memberikan lagi peluang kepada kerajaan yang gagal ini untuk terus berkuasa dan merosakkan sektor pendidikan,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32819

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Tolak Kerjasama Mahiaddin Dituntut Lepas Jawatan

Ph Tolak Kerjasama Mahiaddin Dituntut Lepas Jawatan

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 402 hits
Kenyataan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin yang disiarkan di semua stesen media utama negara mengesahkan kerajaan Perikatan Nasional telah hilang sokongan tanpa perlu melakukan Undi Percaya di Parlimen Majlis Presiden Pakatan Harapan berkat...
Dulu Tolak Kerjasama Bipartisan Kini Dap Syor Anwar Dilantik Jadi Tpm

Dulu Tolak Kerjasama Bipartisan Kini Dap Syor Anwar Dilantik Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 305 hits
agendadaily com19 8 2021De facto DAP Lim Kit Siang mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Susulan kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan untuk dil...
Mahiaddin Ajak Ph Kerjasama

Mahiaddin Ajak Ph Kerjasama

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 127 hits
MALAYSIA DATELINETan Sri Mahiaddin Md Yassin menegaskan beliau mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik hari ini tidak diselesaikan dengan segera Oleh itu Mahiaddin mengajak semua pi...
Ph Plus Tegas Tolak Kepimpinan Pm Mahiaddin

Ph Plus Tegas Tolak Kepimpinan Pm Mahiaddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 223 hits
Parti parti dan Ahli Parlimen Bebas Pembangkang menolak usaha Perdana Menteri Mahiaddin Yassin untuk meneruskan pemerintahannya sehingga sesi Parlimen September ini bagi di Undi Percaya bagi memastikan beliau mempunyai majoriti Hal itu dite...
Ahmad Maslan Zahid Bersumpah Tidak Sokong Anwar Jadi Pm Tolak Kerjasama Dengan Ph

Ahmad Maslan Zahid Bersumpah Tidak Sokong Anwar Jadi Pm Tolak Kerjasama Dengan Ph

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 248 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan hari ini mendedahkan bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah bersumpah di hadapan Ahli Parlimen parti itu bahawa beliau tidak akan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana m...
Kita Tolak Mahiaddin Kerana Dia Hancurkan Sistem Demokrasi Berparlimen

Kita Tolak Mahiaddin Kerana Dia Hancurkan Sistem Demokrasi Berparlimen

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 232 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPresiden AMANAH Mohamad Sabu menyatakan kebimbangan terhadap sistem demokrasi berparlimen yang tidak lagi dihormati oleh pemimpin dalam negara Beliau menegaskan usaha Pakatan Harapan menolak Perdana Menteri Tan Sri Mah...
Insaflah Nasihat Zahid Hamidi Kepada Mp Umno Yang Sokong Mahiaddin

Insaflah Nasihat Zahid Hamidi Kepada Mp Umno Yang Sokong Mahiaddin

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 235 hits
Kepada Ahli Parlimen UMNO yang masih menyokong kerajaan PN pimpinan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Mahiaddin Md Yasin Nasihat saya insafilah kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat Wakil rakyat yang bermaksud ...
Bukan Kerja Mahiaddin Sibuk2 Memikirkan Siapa Orang Lain Ada Majoriti Atau Tidak Untuk Menggantinya

Bukan Kerja Mahiaddin Sibuk2 Memikirkan Siapa Orang Lain Ada Majoriti Atau Tidak Untuk Menggantinya

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 123 hits
Dalam perutusan khas bersalut pelbagai tawaran berbentuk rasuah politik petang semalam Mahiadin Md Yasin berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana tiada sesiapa Ahli Parlimen lain yang ada sokongan majoriti untuk menggantikannya S...
Ph Jemput Mp Anti Mahiaddin Bentuk Gabungan

Ph Jemput Mp Anti Mahiaddin Bentuk Gabungan

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 265 hits
Kemelut politik berpanjangan dan melelahkan rakyat di tengah tengah pandemik Covid 19 mewajarkan para pemimpin politik memberi penyelesaian tuntas dan segera Sehubungan itu Majlis Presiden Pakatan Harapan menjemput Ahli ahli Parlimen yang m...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Beli Saldo Paypal Via Bank Line By Bank Hana

Akhirnya Dapat Beli Sobek

Selesai Sesi Marhaban 2024 1445h

3 Ayat Pelaris Jualan Tak Perlu Sebut Brand

Breakthrough Your Fitness Plateau Vo2 Max Testing Personalized Plans

Tiada Desakan Mb Perlis Letak Jawatan Setiausaha Agung Pas