Ph Perlu Bangkit Atas Kifarah Diterimanya


SESUDAH SUBUH

Gambar dikatakan dua MP menemui Mahathir.SEJAJAR menurunya angka-angka kematian dan mereka diwabaki Coronavirus (Covid-19), kini  jelumu politik negara bergemercing pula dengan isu "cukup angka", seolah-olah gelora dan kemelut politik akan bersambung balik dan hanya menunggu Covid-19 reda sahaja bagi menyambung perang yang belum selesai.

Hakikatnya begitu, pihak yang kehilangan kerajaan pada 25 Februari lalu, marah, kecewa dan menyimpan geram dan dendam tidak sudah untuk membalas dan merampas balik kerajaan mereka.


Sekiranya Covid-19 tidak melanda dunia dan negara, mungkin gelora selepas kejatuhan kerajaan itu berterusan dan suhu politik negara mendidih lebih 100 darjah celcius. Tetapi ia terhenti apabila Covid itu, masing-masing mengambil sikap tasamuh dan prihatin serta hormat untuk menghadapi Covid.

Bayangkan kalau gejala Covid tidak sampai mengambil nyawa, (sehingga hari ini 115) mungkin perang membalas dendam dan berebut kuasa berterusan. Mujurlah juga Covid datang setidak-tidak ia memberi keinsafan dan berlaku genjata senjata di kalangan orang politik.

Dan kini setelah Covid sudah mengendur, politik bergelora semula, dengan isu mahu membalas dendam. Sehari dua ini dihebohkan mengenai usah-usaha sedang giat dijalankan untuk bertindak balas, kononnya pihak PH telah mendapat angka lebih besar daripada didakwa sebelum ini untuk dijadikan cagaran bagi mengembalikan kerajaan mereka. Kononnya berlaku u-turn kali kedua dari kalangan sesetengah ahli parlimen.

Semalam, dikira kemuncak gelora itu yang sebenarnya ia adalah perang saraf dilakukan oleh pihak PH untuk menggemburkan semangat rakyat sekaligus mengusik ketenangan kerajaan PN yang sibuk dengan Covid. Bagaimana pun ia berkesudahan dengan kecewa apabila apa yang disebut-sebut tidak menjadi kenyataan. Namun dalam pada itu Muhyiddin Yassin yang mengetuai kerajaan PN sempat juga berdebar beberapa ketika di bilik kurantinnya di rumahnya.

Ia bermula dengan tularnya khabar kononnya dua orang ahli parlimen Bersatu yang menyokong Muhyiddin akan berpatah balik untuk bersama Dr Mahathir Mohamad dan mereka akan membuat pengumuman media kira-kira jam 5 petang. Malangnya, khabar itu tidak berlaku dan mereka dikaitkan seorang demi seorang membuat penafian. Penafian itu meredakan sedikit keadaan khususnya di pihak kerajaan PN.

Sebenarnya desas desus itu bergabung dengan satu perkembangan lain, yakni krisis dalam Bersatu yang memuncak apabila Dr Mahathir selaku pengerusi parti itu bersama anaknya Mukhriz yang juga timbalan presiden dan tiga yang lain dipecat daripada parti berkenaan. Pemecatan itu dibantah oleh mereka sehingga menimbulkan polemik.

Kenapa semalam ia jadi sedikit kecoh dan riuh dan memberi ruang untuk para netizen berspekulasi, kerana tindakan Mahathir yang datang ke ibu pejabat parti untuk berhadapan dengan isu pemecatannya. Apabila diketahui pihak ibu pejabat Bersatu, hendak buat sidang akhbar menjelaskan pemecatannya bersama empat yang lain, Mahathir datang sendiri untuk bersemuka. 
Jadi tindakan Mahathir itu ditafsirkan bahawa ada sesuatu yang lebih besar mengiringi tindakannya itu, yakni pengumuman oleh dua orang MP berkaitan.  Senario itulah menyebabkan semalam sedikit panik di kalangan pelayar media sosial. Ada yang mengira ada kejutan berlaku di ibu pejabat Bersatu itu yang kemudian menggoncangkan kerajaan PN.

Tetapi ternyata ia tidak berlaku seperti dispekulasikan itu. Bagaimana pun kekecohan atau isu berkenaan masih mengsuspenkan hingga ke hari ini. Bahawa desas desus atau kemungkinan berlaku u-turn kali kedua itu kebarangkali akan berlaku masih ada. 

Ini ekoran dua orang MP Bersatu, Redzuan Yusuf (Batu Gajah) dan Dr Sharuddin menemui Dr Mahathir di ibu pejabat parti itu. Dipercayai pertemuan itu berlaku sebelum Mahathir membuat sidang akhbar ringkas untuk menjelaskan dan mempertahankan kedudukannya sebagai pengerusi masih kekal.

Jadi persoalan.
Walaupun semalam tidak ada pengumuman oleh dua ahli parlimen itu, tetapi kedatangan mereka ke ibu pejabat Bersatu berjumpa dengan Dr Mahathir tetap menimbulkan tanda soal di dahi. Apa lagi kedua ahli parlimen itu tidak kelihatan pada sidang akhbar yang diadakan oleh Setiausaha Agung bersatu, Hamzah Zainuddin.

Logiknya jika tidak ada sesuatu maksud dan tujuan, mereka berdua tidak perlu mengunjungi Mahathir di pejabat itu kerana ia sudah pasti menimbulkan kegemparan. Keadaan lebih tegang dan suspen lagi apabila ada tukang kira dan tukang nujam membuat perkiraan sekiranya dua ahli Parlimen itu berpatah balik bersama PH, kedudukan parlimen akan tergantung dengan kedudukan 111 : 111.

Biarlah kita tinggal episod dan cerita semalam yang tidak jadi kenyataan tetapi masih hidup itu. Selagi kedua ahli parlimen itu tidak membuat kenyataan rasmi bahawa mereka tetap bersama Muhyiddin dan kerajaan, tindak tanduk mereka tetap akan dipertikai dan gerak geri mereka akan diintip. Dengan hanya mengekalkan kedudukan mereka sebagai menteri dan timbalan menteri masih belum memadai untuk menenangkan keadaan.

Apa yang hendak disentuh disini adalah mengenai usaha untuk merampas balik kerajaan yang hilang itu dengan cara sama dilakukan oleh golongan yang mengkudetakan kerajaan PH tempoh hari. Sekiranya PH atau Dr Mahathir ingin melakukan hal sama bagi mengembalikan kerajaan yang hilang itu, ia bukan sesuatu yang baik kepada politik negara ini.

Memang dendam dan kekecewaan perlu dirawat, tetapi bukan dengan cara begitu, cara sama. Kalau sebelum ini PH marah dengan apa yang dilakukan oleh rakan-rakannya yang bersekongkol dengan Umno, Pas dan GPS untuk mengguling kerajaan, apakah kaedah itu juga hendak diambil? Kita tidak mengikhtiraf kerajaan dibentuk dengan cara begitu, tiba-tiba kita juga untuk berbuat hal yang sama. Bukan itu dikatakan dua kali lima, lima kali dua yang jawabannya sama 10?

Kalau ada dua tiga orang ahli Parlimen yang menyokong kerajaan ingin berpatah balik dan memberi sokongan kepada PH, bermakna mereka akan melakukan dua kali pengkhianatan. Dulu mereka khianat kerajaanya PH selepas itu akan mengkhianati pula kerajaan PN? Apakah gelar atau golongan ini hendak dinamakan. Bagi kita ia amat-amat mustahil?

Rampasan dan pengembalian kerajaan boleh dilakukan sekiranya PH mendapat majoriti 2/3. Sokongan itu melayakkan untuk membentuk semula kerajaan itu. Kalau hanya perbezaanya sekadar dua atau tiga kerusi, ia tidak berbaloi bahkan meletakkan kerajaanya nanti sama dengan kerajaan yang ada sekarang atau sama dengan kerajaan PH sebelum ini.

Seperkara lagi yang mungkin sudah difikir oleh PH, sekiranya benar mereka mempunyai angka untuk mengembalikan kerajaan semula, perkara paling pokok ditentukan ialah siapa Perdana Menteri. Kalau perdana menteri nanti juga Dr Mahathir, sekali lagi kerja itu melucukan kalau pun tidak tolol. Bagaimana pun saya tidak kira begitu, tentulah perdana menteri akan disandang atau diserahkan kepada Anwar Ibrahim.

Persoalannya apakah cara itu berpsinip? Anwar sering menekan kepada politik yang berprinsip dan bermaruah, beliau mengecam tindakan pengkhianatan, tiba-tiba dalam kes ini beliau sedia untuk mengalpanya? Tidak silap Anwar pernah dilaporkan beliau telah menolak tawaran satu pihak untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepadanya. Penolakan itu kerana menjaga prinsip dan hubungan sesama komponennya.

Berdasarkan kenyataan dan pengakuan Anwar itu, menjelaskan pengambilan alihan kerajaan seperti mana diagendakan itu sesuatu yang tidak serasi dengan apa yang diucapkan dan ditasdikkan di hati.

Justeru bagi saya, terbaik untuk PH mengambil alih kerajaan bagi membangunkan kerajaanya, tunggulah Piraum akan datang. Apa yang perlu dilakukan oleh PH waktu ini mengemaskan oraganisasi, mengeratkan persefahaman dalam paktan itu. Masalah dalam parti khasnya dihadapi PKR perlu dituntaskan segera. Begitu juga posisi DAP dalam PH perlu distrukturkan semula bagi mengelakkan parti Cina itu menguasai PH. Dalam soal ini DAP perlu bersedia menerima perubahan dan bersikap lebih terbuka.

Yakin dan percayalah bahawa rakyat yang memilih PH dalam Praum ke-14 akan bertindak menjadi hakim yang tepat sekali lagi dalam Piraum akan datang. Mereka yang kecewa, sedih dan marah dengan perogolan kuasa dan memainkan mandat mereka berikan, akan menghukum pesalah dengan sebaik-baik hukuman.

Semua pihak khasnya PH, bahawa kehilangan kerajaan PH adalah satu kifarah atas kesalahan PH sendiri, maka sebaik-baik kebangkitan semula yang lebih jileh adalah bangkit dari kafirah itu. Piraum akan datang PH perlu mendapat majoriti 2/3. Ikhtiarlah. [wm.kl.1:08 pm 30/05/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/05/ph-perlu-bangkit-atas-kifarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Rider Food Delivery Didakwa Atas Tuduhan Melakukan Rusuhan

6 Rider Food Delivery Didakwa Atas Tuduhan Melakukan Rusuhan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 287 hits
Enam penghantar makanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rusuhan di sebuah restoran di Bandar Puteri Puchong di sini minggu lepas Muhammad Hafiz Yusnan 21 Muhamad Izzat Abd Bari 22 Mohd Syukri Achy...
Islamictunesnews Konsortium Irama Anjurkan Takbir Hari Raya Atas Talian Demi Sinambungan Aktiviti Walaupun Lockdown

Islamictunesnews Konsortium Irama Anjurkan Takbir Hari Raya Atas Talian Demi Sinambungan Aktiviti Walaupun Lockdown

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 359 hits
1 Syawal 1441H Ahad 24 Mei 2020 ini pastinya melakar sejarah kepada ramai umat Islam di Malaysia dan dunia ini apabila kita terpaksa menyambut hari raya ini dalam keadaan kita dikenakan arahan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan...
Walau Berdepan Kerugian Petani Tak Kisah Agih Sayur Percuma Atas Jalan

Walau Berdepan Kerugian Petani Tak Kisah Agih Sayur Percuma Atas Jalan

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 309 hits
Pelaksanaan perintah berkurung di Indonesia memberi kesan langsung kepada para pekebun yang menjalankan penanaman kecil kecilan Menurut laporan mereka terpaksa bergelut dengan situasi semasa negera dan perlu mencari jalan penyelesaian bagi ...
Beri Ruang Makcik Kiah Faham Jual Beli Atas Talian

Beri Ruang Makcik Kiah Faham Jual Beli Atas Talian

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 271 hits
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan memberi cabaran besar kepada golongan peniaga dan usahawan kecil di negara ini untuk menguasai urusan jual beli secara dalam talian dan tanpa tunai Ahli Parlimen Lumut Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata ...
Kerajaan Perlu Bertindak Segera Atas Kes Buli

Kerajaan Perlu Bertindak Segera Atas Kes Buli

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 416 hits
BUKIT MERTAJAM Seorang wanita berusia 20 tahun dipercayai menggantung dirinya Selasa lalu selepas satu video TikTok beliau dengan seorang rakan sekerjanya menjadi bahan cemuhan di Facebook Thivyaanayagi Rajendran 20 dalam satu nota dikataka...
Serangan Sarawak Report Ke Atas Muhyiddin Yassin Sudah Bermula

Serangan Sarawak Report Ke Atas Muhyiddin Yassin Sudah Bermula

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 287 hits
Raja Petra Kamarudin In my video I warned that Sarawak Report has been employed to attack Prime Minister Muhyiddin Yassin For that purpose Sarawak Report will be publishing a series of 30 40 articles from now until July 2020 You can read th...
Kita Mudah Menilai Orang Bila Kita Berada Di Atas

Kita Mudah Menilai Orang Bila Kita Berada Di Atas

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 375 hits
1 Masalah kita ini bila kita dah berada di atas sikit dengan ilmu dan pencapaian kita jadi cenderung untuk jadi acah acah bagus lalu suka dan mudah menilai atau judge orang tanpa diminta apatah lagi pada orang yang kita tak kenal atau tak r...
Gadis Australia Temui Hidayah Masa Ber Game Atas Talian

Gadis Australia Temui Hidayah Masa Ber Game Atas Talian

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 338 hits
Bakal Nikahi Pemuda Malaysia PERMAINAN video atas talian sememangnya sinonim dengan kaum lelaki Namun sejak kebelakangan ini kaum wanita juga dilihat sudah banyak menceburi dan berjinak jinak dengan permainan atas talian malah skil mereka j...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation