Ph Perkasa Islam Kosong Peratus


OPINION | AMINUDDIN YAHAYADiterbitkan Hari ini 8:32 pagi
Dalam ucapan ulang tahun kerajaan Pakatan Harapan, perdana menteri mengulangi apa yang sering kita dengar selama ini dari puak-puak anti-Islam dan Melayu supaya tidak memperkatakan tentang agama dan Melayu.

Katanya dua perkara ini akan membawa perpecahan kaum dan menjejas hubungan antara penganut agama. Saya berbeza pendapat dengan Tun kerana jika isu agama dan bangsa Melayu ini tidak diperkatakan oleh orang Melayu sendiri maka siapa lagi yang akan mempertahankannya?

Penganut agama lain sudah pasti tidak akan mempedulikan agama Islam sebaliknya akan berusaha memperkuatkan agama masing-masing. Ini sangat logik dan mudah difahami. Mustahil penganut agama lain akan mempertahan dan memperjuangkan agama Islam.

Saya tidak tahu kenapa pemimpin kita begitu takut apabila rakyat mahu memperkatakan tentang agama Islam. Tetapi dalam masa yang sama, mereka membiarkan golongan liberal duduk di atas pentas-pentas untuk memperjuangkan pemikiran mereka.

Dalam keadaan demikian :
Adakah salah jika umat Islam berasa tertekan dan dipinggirkan oleh pihak kerajaan?
Adakah kerajaan sengaja mahu menekan umat Islam dan membiarkan Islamophobia semakin berleluasa?
Tidakkah umat Islam berhak berkata dan mempertahankan hak mereka?

Semua persoalan ini bukanlah satu omongan atau sentimen kosong semata sebagaimana sesetengah pihak menuduh tetapi sebaliknya ia berdasarkan fakta yang berlaku dalam negara sekarang. Jika ada yang tidak tahu atau sengaja tidak mahu tahu berikut adalah beberapa perkara yang beraku kenapa umat Islam rasa dibuli dan ditekan oleh pihak kerajaan :-
Pelantikan peguam megara yang bukan Muslim. Ini sudah pasti sesuatu yang sangat membimbangkan kerana bagaimana beliau mahu menasihati Majlis Raja-Raja tentang hal ehwal agama Islam di negara ini jika beliau sendiri tidak faham. Ini berlaku dalam isu Icerd di mana jelas ia menjejaskan kedudukan Islam apabila ia membenarkan kebebasan beragama. Kenapa peguam negara tidak menjelaskan hakikat ini kepada Agong atau memang beliau sengaja mahu menutup isu ini.
Konsep Rahmatan Lil Alamin yang dibawa kerajaan jelas sangat bertentangan dengan pengertian yang sebenar sehingga seolah-olah hukum syariat tidak lagi bermakna. Akibatnya, segala maksiat yang berlaku tidak lagi berani diambil tindakan oleh penguatkuasa kerana menteri mengatakan itu adalah "Private Sphere". Ini bertentangan dengan Islam sama sekali

Menteri juga mengkritik apabila rakyat berhimpun menentang penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W walhal kalau di negara-negara Islam yang lain, gelombang protes secara besar-besaran dari rakyat akan meletus dengan mudah. Entah kenapa menteri sendiri tak mahu penentangan terhadap penghinaan kepada Rasulullah S.A.W dinyatakan secara terang-terangan

Buku-buku ajarat sesat yang telah diharamkan kini telah diberikan kebebasan untuk diedar dalam masyarakat. Ini sangat pelik dan sukar untuk difahami apa objektif kerajaan sebenarnya

Tidak ada tindakan mahupun teguran dibuat oleh kerajaan terhadap perarakan gologan LGBT walaupun dari perspektif syarak ia sangat bertentangan dan sesat. Sebaliknya himpunan aman yang menegur perarakan tersebut yang dikritik. Bukan itu saja; mereka dilayan dengan penuh hormat oleh menteri malah diberi ruang untuk berucap di persidangan Hak Asasi Manusia di Geneva. Saya tidak menolak kemungkinan satu hari nanti, jika tidak ada penentangan, maka golongan ini akan diiktiraf dan menjadi satu kelompok masyarakat yang sah untuk mereka berarak seperti di negara-negara barat. Suara mereka semakin hari semakin lantang.
Kritikan terhadap pembelajaran agama Islam di sekolah-sekolah dan IPT di mana ia dianggap terlalu banyak. Walhal kita semua tahu masalah sosial yang berlaku dalam kalangan generasi muda dan remaja semakin berleluasa

Dan akhirnya apabila pemulihan hendak dijalankan, maka agensi-agensi yang ditugaskan akan kembali kepada penerapan dan pembelajaran agama Islam. Satu aspek mereka kritik tetapi di aspek yang lain mereka memerlukan agama. Tidakkah ini satu yang aneh

Hukuman sebat yang dijalankan telah dikritik hebat oleh puak liberal tetapi kerajaan dilihat membisu.
Video-video ugutan bunuh kepada pendakwah dan mufti sudah semakin berani dipaparkan di media-media sosial seolah-olah mereka merasakan bahawa mereka akan dilindungi oleh ‘pihak-pihak tertentu’

Desakan kepada kerajaan untuk membenarkan umat Islam untuk murtad dilaungkan secara jelas dalam parlimen tetapi sekali lagi kerajaan diam membisu. Persoalannya, adakah kerajaan bersetuju? Kenapa mereka begitu berani mencabar hukum Islam jika tidak lain tidak bukan kerana mereka berasa ‘selamat’ dalam kerajaan sekarang

Ada menteri mengatakan hukum Islam yang melarang umat Islam untuk murtad adalah merupakan satu penindasan. Penghinaan yang macam mana lagi yang umat Islam harus tunggu?
Ada juga seruan menyuruh kerajaan membuang perkataan ‘Islam’ dalam kad pengenalan. Walaupun kerajaan tidak bersetuju tetapi kita yakin ia tidak akan berhenti di sini.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh disenaraikan sebagai bukti kenapa umat Islam dan orang Melayu berasa tertekan dan terancam. Kerajaan hanya sibuk memperkatakan tentang isu 1MDB dan pelbagai skandal rasuah.

Kita amat bersetuju dan menyokong segala tindakan kerajaan untuk mendakwa sesiapa yang bersalah. Tetapi kerajaan seolah-oleh membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap isu-isu yang melibatkan agama Islam. Jadi jangan salahkan jika rakyat terpaksa bersuara di jalanan kerana itu saja alternatif yang ada.

Jika dinilai apakah pencapaian kerajaan terhadap memperkasakan agama Islam selepas setahun memerintah, saya katakan; pencapaiannya adalah kosong peratus. Noktah!

AMINUDDIN YAHAYA ialah presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/ph-perkasa-islam-kosong-peratus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Michael Ang Peluk Islam Adam Corrie Menitis Air Mata Kegembiraan

Michael Ang Peluk Islam Adam Corrie Menitis Air Mata Kegembiraan

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 1029 hits
Semalam dunia seni hiburan dikejutkan dengan berita dan video perakuan pengarah drama dan filem terkenal Michael Ang yang telah mendedahkan bahawa dia telah memeluk Islam setahun yang lepas BACA Ramai peminat netizen dan rakan artis menguca...
Informasi 31 Bukti Islam Terancam Bawah Ph Abdul Muein Abadi

Informasi 31 Bukti Islam Terancam Bawah Ph Abdul Muein Abadi

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 597 hits
Banyak bukti pemimpin Pakatan Harapan terpesona dengan kuasa lunak asing1 HANYA dalam tempoh seminggu Mufti Perlis isytiharkan Islam terancam di bawah Pakatan Menteri Belia dan Sukan sibuk berusaha anjurkan konsert besar besaran artis K POP...
Arahan Ke Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam

Arahan Ke Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 385 hits
DATO TAKIYUDDIN HASSANDIMAKLUMKAN PAS Pusat membuat ketetapan menyokong penuh Program Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam Dan Perlembagaan Negara yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah Sehubungan dengan ini PAS Pusat mengarah dan ...
Kenapa Tak Tangkap Pemimpin Yang Sering Menimbulkan Permusuhan Dengan Islam Kenapa Pendakwah Jer Jadi Mangsa

Kenapa Tak Tangkap Pemimpin Yang Sering Menimbulkan Permusuhan Dengan Islam Kenapa Pendakwah Jer Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 304 hits
Oleh Dr MAZAISLAM TERANCAM Terima kasih saudara Firdaus Inilah realiti yang kelihatan pada hari ini Pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu individu yang berada dalam kerajaan hari ini yang menghina Umat Islam dan menimbulkan keteganga...
Hadiri Acara Ijtima Ulama Iii Prabowo Disambut Laskar Pembela Islam

Hadiri Acara Ijtima Ulama Iii Prabowo Disambut Laskar Pembela Islam

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 236 hits
Sejumlah tokoh pemenang paslon 02 juga telah datang lebih dulu Di antaranya Presiden Partai Keadilan Sejahtera Sohibul Iman Sekjen Partai Berkarya Priyo Budi Santoso dan Juru Kampanye Badan Pemenangan Nasional Ustaz Ansufri Idrus Sambo
Michael Ang Peluk Islam Adam Corrie Menitis Air Mata

Michael Ang Peluk Islam Adam Corrie Menitis Air Mata

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 551 hits
Semalam dunia seni hiburan dikejutkan dengan berita dan video perakuan pengarah drama dan filem terkenal Michael Ang yang telah mendedahkan bahawa dia telah memeluk Islam setahun yang lepas BACA Aku Mengaku Buat Kat Bangkok RM2000 Aje Ramai...
Jangan Sindir Biar Dia Dalami Islam Ikut Kelajuan Sendiri Pendakwah Kongsi Detik Michael Ang Lafaz Syahadah

Jangan Sindir Biar Dia Dalami Islam Ikut Kelajuan Sendiri Pendakwah Kongsi Detik Michael Ang Lafaz Syahadah

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 598 hits
Pendakwah Firdaus Wong meminta orang ramai memberi ruang kepada Michael Ang mendalami agama Islam PENDAKWAH bebas Firdaus Wong Wai Hung meminta orang ramai menghormati dan memberi ruang kepada Michael Ang untuk mempelajari agama Islam Menur...
Benarkah Umat Islam Dibuli Patriot

Benarkah Umat Islam Dibuli Patriot

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 330 hits
Benarkah umat Islam dibuli PatriotPosted By on May 01 2019Patriot bingung dengan tuduhan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang mendakwa orang Islam dibuli di bawah pentadbiran Pakatan Harapan Asri turut meminta perdana menteri mendengar...
Hukum Menghantar Makanan Kepada Orang Islam Yang Tidak Berpuasa

Hukum Menghantar Makanan Kepada Orang Islam Yang Tidak Berpuasa

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 786 hits
Ramadan adalah bulan yang penuh kemeriahan meriah berpuasa meriah beribadah di masjid meriah berniaga di bazar Ramadan termasuklah meriah saat berbuka Tiba sahaja waktu Asar bazar akan mula penuh dengan orang ramai yang mencari juadah untuk...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri