
15. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa pemimpin Pakatan saat ini yang ramai terpesona dengan ‘kuasa lunak’ asing – dalam kes ini, Syed Saddiq terpana dengan K-POP Korea, Mat Sabu dengan Iran, dan Hock Cheh dengan Israel.16. Dalam kes Mat Sabu, sejak tahun 2013 lagi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada ketika itu iaitu Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mengesahkan sepuluh bukti Mohamad Sabu cenderung pengikut fahaman Syiah.17. Mat Sabu pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan kaedah Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk “Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni” yang diterbitkan dalam akhbar pada 5 hingga 15 Julai 2008.18. Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada tahun 2005.19. Mat Sabu menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapan pada 13 Julai 2011.20. Mat Sabu juga terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.21. Mat Sabu juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.22. Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz fahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.23. Deretan bukti sejak dahulu hingga kini menimbulkan persoalan mengenai tindak-tanduk Mat Sabu yang terpengaruh dengan ‘Kuasa Lunak’ Syiah. Tidak salah untuk beliau mengadakan hubungan strategik bagi kepentingan pertahanan negara – seperti mana kunjungan beliau ke Turki bertemu Presiden Erdogan sebelum ini – namun kekaguman beliau terhadap Imam Khomeini, hubungan dengan Hassan Nasrallah, dan amalan ibadat beliau yang terlalu kerap menyamai amalan Syiah menunjukkan bahawa beliau tidak memiliki jati diri yang teguh.24. Dalam kes Syed Saddiq pula, beliau memberi alasan bahawa jemputan BTS ‘bukan bertujuan untuk melalaikan generasi muda, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu pelaburan yang menguntungkan buat negara’ di mana matlamat beliau ialah supaya ‘industri hiburan Malaysia tidak berada di belakang Singapura memandangkan ramai peminat muzik telah beralih ke negara itu bagi menyaksikan konsert’.25. Kenyataan Syed Saddiq ini jelas tidak mengambil kira impak jangka panjang dan terlalu terpana dengan keuntungan segera yang tidak seberapa.26. Fokus konsert BTS ini tentulah generasi muda, yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan. Apakah ini acuan utama yang ingin kita ketengahkan kepada anak muda kita? Di mana jati diri kita? Mengapa harus kita terikut-ikut dengan pihak lain yang ‘tunduk’ dengan pesona K-POP seperti di negara-negara Asia, Eropah, dan Amerika yang lain?27. Sedarkah Syed Saddiq akan impak ‘Kuasa Lunak’ Korea ini kepada kepentingan negara kita pada masa hadapan? Mengapa tidak program pemerkasaan remaja dengan menjemput anak muda yang berjaya dari seluruh dunia – khususnya dari Dunia Islam – untuk dikongsi bersama dengan anak muda kita menjadi usaha KBS sempena Tahun Melawat Malaysia 2020?28. Sebagai sebuah negara dengan warisan peradaban Melayu-Islam yang agung, tidak seharusnya kita – terutama sekali pemimpin belia seperti Syed Saddiq – terpana dengan tarikan dan pujukan material serta prestij artis luaran seperti BTS untuk mengangkat Tahun Melawat Malaysia 2020. Sebaliknya, banyak lagi program yang boleh menjana ‘Kuasa Lunak’ kita sendiri serta bersifat memperkasa jati diri anak muda dan membina jaringan keusahawanan, teknologi, dan keilmuan dengan pihak lain yang boleh direncanakan.29. Demikian juga cetek dan dangkalnya Senator DAP, Nga Hock Cheh yang membuat kenyataan di Dewan Negara bahawa kita perlu mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel supaya diiktiraf sebagai ‘pendamai’ dan ‘anak Tuhan’ (Children of God) seperti mana dalam Kitab Injil.30. Hock Cheh juga mengatakan hubungan diplomatik dengan Israel akan memberi manfaat kepada industri pertanian kita kerana teknologi Israel yang maju. Jelas, seperti mana Syed Saddiq yang terperangkap dengan fahaman untung-rugi semata-mata tanpa implikasi ‘Kuasa Lunak’ dan jati diri jangka panjang, demikian juga Hock Cheh yang jelas terpesona dengan kemajuan material Israel tanpa kefahaman jenayah politik Zionis sejak dulu hingga kini.31. Kepada para pemimpin, Menteri dan alim ulama Pakatan, janganlah diam dengan kemungkaran-kemungkaran yang cuba direncanakan ini. Janganlah diam dengan rancangan menganjurkan konsert K-POP di saat sedang beban hidup rakyat masih gagal ditangani. Dengarlah rintihan Mufti Perlis dan rakyat jelata saat ini.Ingatlah pesan Buya Hamka, ‘Jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan’.Abdul Muein AbadiPensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |