Hukum Menghantar Makanan Kepada Orang Islam Yang Tidak Berpuasa



Ramadan adalah bulan yang penuh kemeriahan – meriah berpuasa, meriah beribadah di masjid, meriah berniaga di bazar Ramadan termasuklah meriah saat berbuka. Tiba sahaja waktu Asar, bazar akan mula penuh dengan orang ramai yang mencari juadah untuk berbuka. Namun, ada pula yang memilih hanya untuk memesan makanan melalui servis penghantaran makanan yang lebih mudah dan cepat.
Bercakap soal berpuasa dan berbuka, ada pihak yang bertanya, bagaimana pula jika makanan yang dihantar kepada Muslim yang tidak berpuasa. Adakah ianya dibolehkan atau adakah penghantar makanan (beragama Islam) dikira bersubahat sama?
Sebelum menjawab soalan di atas, ada beberapa perkara yang perlu difahami tentang situasi tersebut.
Pertama, biasanya seorang penghantar makanan tidak akan tahu secara jelas siapakah pelanggannya, lelaki atau perempuan, sama ada seorang Islam ataupun bukan.
Kedua, jika penghantar makanan tahu sekalipun identiti seorang pelanggan, dia sudah pasti tidak akan tahu adakah pelanggan beragama Islam itu berpuasa atau tidak. Logiknya, tidak ada bukti yang jelas menunjukkan pelanggan tidak berpuasa.
Kemungkinan seterusnya – katakanlah dia tidak berpuasa, kita tidak tahu apakah sebab di sebaliknya. Berkemungkinan seseorang itu mempunyai sebab yang tersendiri seperti sakit, uzur dan sebagainya yang membuatkan dia tidak berpuasa.
Tidak menjadi keperluan bagi seseorang untuk mencari tahu secara mendalam tentang perihal puasa orang lain, lainlah jika orang tersebut makan secara terang-terangan dan tidak menghormati orang lain yang berpuasa, barulah teguran perlu diberikan.
Bagi memahami hal ini dari pandangan hukum pula, salah satu kaedah fiqh telah digariskan oleh Imam Suyuti iaitu:
الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَة
Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus.
Kaedah di atas perlu diguna dengan teliti dan bukanlah bermakna boleh diguna secara umum kepada semua perkara. Sesetengah orang keliru dan hanya mengambil separuh daripada keterangan tersebut sahaja. Penjelasan penuhnya adalah seperti di bawah:
الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ
Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).
Maka dalam hal pekerjaan ‘servis penghantaran makanan’ ini, harus bagi penghantar makanan untuk menunaikan tugas dan tanggungjawabnya menghantar makanan kepada pelanggan sekalipun pada bulan puasa.
Melainkan seseorang itu jelas tentang pekerjaannya yang berkait dengan perkara haram seperti menyediakan dan menghantar arak, maka sudah jelas hukumnya haram (hukum berubah mengikut apa yang dikerjakan). Berkenaan perihal pelanggan berpuasa atau tidak, bukanlah dalam lingkungan tanggungjawabnya.
Bagi pihak pelanggan Muslim pula, dinasihatkan supaya tidak menjadikan kemudahan servis penghantaran makanan sebagai cara yang mudah untuk melakukan hal yang dilarang iaitu tidak berpuasa. Memang tidak akan ada orang yang tahu sama ada kita berpuasa atau tidak, tetapi Allah lebih tahu apa yang dilakukan. Istimewanya amalan puasa sehingga Allah berkata bahawa amalan puasa adalah untuk Allah dan Allah sendiri yang akan membalasnya.
“…Amalan puasa tersebut adalah untukKu. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya..”
(Petikan hadis riwayat Bukhari no. 1904, 5927 dan Muslim no. 1151)
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Hukum Menghantar Makanan Kepada Orang Islam Yang Tidak Berpuasa appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/hukum-menghantar-makanan-kepada-orang-islam-yang-tidak-berpuasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambungan Rompakan Maut Kedai Emas Hukum Mencuri Dalam Islam

Sambungan Rompakan Maut Kedai Emas Hukum Mencuri Dalam Islam

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 1823 hits
Sambungn Rompakan Kedai Emas Hukum Mencuri Dalam Islam Dan Dalilnya Mencuri berarti mengambil sesuatu yang bukan haknya secara sembunyi sembunyi tanpa sepengetahuan pemiliknya Secara hukum mencuri adalah perbuatan yang dilarang oleh negara ...
Kalau Mereka Orang Islam Ia Tindakan Mempersendakan Hukum Agama Mufti Kecoh 3 Gadis Berhijab Tapi Bawah Terdedah

Kalau Mereka Orang Islam Ia Tindakan Mempersendakan Hukum Agama Mufti Kecoh 3 Gadis Berhijab Tapi Bawah Terdedah

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 630 hits
Kalau Mereka Orang Islam Ia Tindakan Mempersendakan Hukum Agama Mufti Kecoh 3 gadis berhijab tapi Bawah Terdedah Kebiasaanya kisah wanita berhijab khususnya artis dan selebriti yang mengambil keputusan untuk membuka tudung akan kecoh tetapi...
Sultan Brunei Laksana Hukum Hudud Diserang Banyak Pihak Tiada Negara Islam Yang Pertahankan

Sultan Brunei Laksana Hukum Hudud Diserang Banyak Pihak Tiada Negara Islam Yang Pertahankan

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 520 hits
The ReporterSetelah beberapa tahun ditangguhkan negara Brunei akhirnya melaksanakan hukum hudud termasuk hukuman rejam terhadap penzina dan pelaku hubungan seks gay Hukum hudud yang dilaksanakan itu menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pe...
Hukum Orang Bukan Islam Memasuki Perkuburan Islam

Hukum Orang Bukan Islam Memasuki Perkuburan Islam

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 599 hits
Soalan Apakah hukum orang bukan Islam memasuki tanah perkuburan orang Islam Antaranya untuk hadir ke majlis pengebumian rakan atau untuk bergotong royong membersihkan tanah perkuburan Jawapan Kami tidak menemui sebarang dalil yang melarang ...
Hukum Pegawai Kerajaan Beragama Islam Menyelia Urusan Berkaitan Arak

Hukum Pegawai Kerajaan Beragama Islam Menyelia Urusan Berkaitan Arak

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 356 hits
Soalan Apakah hukum jika saya terlibat dalam meluluskan lesen premis menjual minuman keras Saya bekerja di Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan premis bagi memastikan arak yang dijual mematuhi peraturan peraturan makanan Proses ini ...
Orang Islam Beli Jual Makanan Bulan Puasa Boleh Dipenjara Di Selangor

Orang Islam Beli Jual Makanan Bulan Puasa Boleh Dipenjara Di Selangor

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 493 hits
Gambar individu ditangkap penguatkuasa agama kerana tidak berpuasa dan dibawa menaiki van jenazah Foto Ismaweb SHAH ALAM 24 April Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan dan Bahagian Pengurusan Halal komited ...
Sudah Setahun Memeluk Islam Sering Berpuasa Di Bulan Ramadan Michael Ang Sah Masuk Islam

Sudah Setahun Memeluk Islam Sering Berpuasa Di Bulan Ramadan Michael Ang Sah Masuk Islam

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 718 hits
Sudah Setahun Memeluk Islam Sering berpuasa di bulan Ramadan Michael Ang sah masuk Islam Siapa sangka pelakon dan pengarah Michael Ang hari ini telah mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu Perkara tersebut disampaikan ...
Negara China Larang Umat Islam Berpuasa Di Bulan Ramadan Komuniti Muslim Di Amerika Diminta Boikot Produk China

Negara China Larang Umat Islam Berpuasa Di Bulan Ramadan Komuniti Muslim Di Amerika Diminta Boikot Produk China

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 601 hits
Ramadhan ini kumpulan hak asasi manusia dan organisasi Islam mendesak umat Islam Amerika Syarikat untuk memboikot produk yang dibuat di China Hal ini berikutan tindakan pihak berkuasa China yang menghalang serta menghukum umat islam untuk b...
Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut

Openai Dedah Meta Cuba Pikat Kakitangannya Dengan Bonus Rm470 Juta

Huawei Freebuds 6

Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ibu Gadis Veil Beri Penjelasan Majlis Anak Disamakan Dengan Agama Lain Itu Hanyalah Resepsi Bertemakan Garden Wedding

Nak Aura Cantik Kena Hindari Keramaian

Unit Trust Patuh Syariah Panduan Memulakan Pelaburan Dari Rm100


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

Friday Notes From The Quran Declaring This Halal And Declaring That Haram

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Petua Didik Anak Bijak Dan Soleh Solehah

Dalam Kepala Anak Ada Air