Ph Mahu Robek Undi Melayu Bermula Di Perak


malaysiakini.com
Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan: Oct 19, 2022 11:21 AM
Dengan gelombang penentangan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, ditambah dengan penglibatan Bersatu yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad, PH melebarkan pengaruh ke kubu kuat BN di kawasan Melayu luar bandar pada PRU 2018.

Mendapat kelebihan daripada sistem first past the post (FPTP), PH menang di banyak kerusi tersebut, terutama di Perak dan Johor.

Namun sokongan masyarakat Melayu luar bandar tidak bertahan lama dan ia dapat dilihat menerusi keputusan PRK Tanjong Piai lebih setahun kemudian.

Ia diburukkan lagi dengan keluarnya Bersatu daripada PH.

Perpecahan undi di kawasan Melayu luar bandar membolehkan Umno menang di kawasan yang menyaksikan pertembungan banyak penjuru, dan seterusnya menang majoriti dua pertiga dalam PRN Johor dan Melaka.

Kerusi-kerusi ini - lazimnya terletak di luar bandar dan lebih konservatif berbanding kawasan bandar yang menjadi kubu PH - adalah penting jika gabungan itu ingin sekali lagi mentadbir kerajaan persekutuan, atau sekurang-kurangnya menafikan majoriti dua pertiga BN.

Namun tanpa sekutu baru untuk menarik sokongan pengundi di kawasan ini, PH nampaknya menggunakan kembali strategi sebelum ini yang telah memberikan hasil yang memberangsangkan - pertaruhan berisiko tinggi yang fokus di satu negeri.

DAP menggunakan strategi ini - melibatkan pencalonan pemimpin veteran Lim Kit Siang - dengan jayanya di Johor pada PRU lalu. Ketika itu, DAP menambah kerusi Parlimen daripada satu kepada empat. Ia juga menjadi asas kepada kejayaan PH merampas negeri itu.
Pada PRU15, Perak nampaknya menjadi negeri tumpuan tersebut. Sasarannya adalah 11 kerusi yang dimenangi BN pada 2018 - yang mana tiga daripadanya kini dipegang Bersatu - dan satu-satunya kerusi yang dimenangi Bersatu pada tahun itu.

Selain Tapah, kesemua kerusi ini terletak di luar bandar dengan orang Melayu sebagai pengundi majoriti.

DAP dijangka membuat percubaan berisiko tinggi bagi membuktikan mereka bukan anti-Melayu dengan meletakkan bekas ketua pemudanya Howard Lee di Gerik yang hanya memiliki 14 peratus pengundi Cina.

PH Perak juga sedang mengusahakan agar Anwar Ibrahim bertanding di Tambun.

Pengerusi PH Perak Nga Kor Ming membayangkan Perak menjadi negeri utama untuk mengukuhkan kedudukan gabungan itu di Pantai Barat.

PH sudah menang di Perak sebanyak dua kali - pada 2008 dan 2018. Namun untuk menambah baik pencapaian tersebut, ia memerlukan mereka untuk memecahkan pengaruh BN di kawasan Melayu luar bandar dan ia bukanlah tugas mudah.
Howard LeePensyarah National University of Singapore Serina Rahman, yang telah menumpukan soal politik luar bandar sejak tujuh tahun lalu, berkata satu halangan utama PH adalah mesej yang dibawanya tidak bergema di luar Lembah Klang atau kawasan bandar.

"Kawasan Melayu luar bandar terdiri daripada orang yang nampaknya takut banyak perkara dan PH tidak memberikan penawar terhadap ketakutan itu. Takut hilangnya dominasi Melayu, soal raja, Islam...

"Isu seperti kesamaan, menangani rasuah - ramai yang sudah biasa dan tiada banyak kaitan dengan mereka kerana ia isu elitis - dan maka tidak disambut.

"Orang hanya nak tahu bagaimana ekonomi boleh menjadi bertambah baik dan mereka boleh dapat cukup pendapatan untuk sara kehidupan kalau boleh, ada simpanan," katanya kepada Malaysiakini.

Memburukkan lagi keadaan, katanya, 22 bulan pentadbiran PH dilihat pengundi di kawasan itu sebagai memburukkan lagi keadaan di lapangan dan ia meningkatkan lagi kerisauan mereka terhadap gabungan itu.

Berkenaan pencalonan Anwar di kawasan itu, Serina berkata ia juga mungkin tidak akan membawa impak yang diinginkan PH.

Ucapan dan idealisme Anwar mungkin memberi inspirasi kepada penyokongnya di kawasan bandar namun bagi Serina, ia juga sebahagian daripada terputusnya hubungan antara PH dengan Melayu luar bandar.
"Penduduk luar bandar sukar mengikuti ucapan muluk Anwar. Mereka perlukan ahli politik yang bercakap dengan mudah dan bercakap berkenaan keperluan mereka.

"Kebanyakan perbincangan berkenaan isu besar sukar dihadam mereka dan mereka tidak berminat," katanya.

Kata Serina lagi, populariti Anwar di luar kawasan bandar telah merosot ekoran bertahun-tahun propaganda.

"Ada rasa curiga. Saya fikir orang agak mudah terpengaruh dengan propaganda dimainkan BN selama ini...jadi mereka ingat cerita-cerita buruk dan merasa ragu," katanya lagi.

Untuk menghubungkan PH dan penduduk di luar bandar, kata Serina, langkah mengubah mesej tidak memadai tetapi apa yang diperlukan adalah keberadaan yang lebih aktif di lapangan.

Namun katanya ia mungkin sudah terlambat kerana pengundi merasa kecewa kerana ahli politik hanya turun padang ketika musim pilihan raya untuk memberi sumbangan dan menunaikan janji yang sekian lama diabaikan.

"Saya fikir langkah ini tidak berguna lagi. Orang semakin bijak," katanya.

Namun bagi Serina, perkara utama yang mungkin menjejaskan peluang PH adalah rasa tidak peduli di kalangan pengundi.
"Rakyat kecewa dan kemungkinan banjir juga sangat membimbangkan. Banjir sudah melanda di banyak kawasan dan setiap hari ada amaran (hujan lebat) daripada Jabatan Meteorologi.

"Hal-hal ini memang bermain dalam fikiran orang ramai, begitu juga dengan keadaan inflasi, ekonomi dan nilai ringgit yang merosot," katanya lagi.

"Walapun ahli politik menjanjikan sebaliknya, rakyat sudah dapat melihat melangkauinya," katanya lagi.

Dia berkata ia boleh membawa kepada peratus keluar mengundi yang rendah yang akhirnya memberi manfaat kepada Umno, memandangkan penyokong tegar parti itu lebih bersemangat untuk keluar mengundi.

PH akan mengadakan konvensyen di Perak esok. Beberapa pengumuman utama berkenaan PRU dijangka akan dibuat, termasuk pengagihan kerusi untuk parti komponen dan sekutunya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/ph-mahu-robek-undi-melayu-bermula-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bermula Dengan Jin Hybe Umum Pelan Pendaftaran Khidmat Tentera Bts

Bermula Dengan Jin Hybe Umum Pelan Pendaftaran Khidmat Tentera Bts

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 220 hits
Setelah pelbagai khabar angin sebelum ini HYBE akhirnya telah mendedahkan keputusan mengenai aktiviti khidmat tentera BTS ARTIKEL BERKAITAN Pada 17 Oktober BIG HIT MUSIC mengumumkan bahawa ahli tertua BTS iaitu Jin telah membatalkan permint...
Sembang Kereta S02e01 Kemasukan Jenama China Bermula Bersediakan Industri Kita

Sembang Kereta S02e01 Kemasukan Jenama China Bermula Bersediakan Industri Kita

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 158 hits
Dalam sebulan dua ini kita akan saksikan Ora dan BYD memasuki pasaran Malaysia dan kemungkinan juga MG dan ketiga tiga jenama ini adalah jenama yang agak penting juga dalam dunia kereta elektrik di China dan juga passaran yang sudah mereka ...
Pelan Dengan Iklan Netflix Akan Bermula Pada November Ini

Pelan Dengan Iklan Netflix Akan Bermula Pada November Ini

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 188 hits
Selepas bertahun tahun menjadi pengalaman bebas iklan Netflix gergasi penstriman akhirnya melancarkan pelan yang disokong iklan untuk dipilih oleh pengguna dengan pilihan ditetapkan tiba pada bulan depan Pelan Asas Netflix Dengan Iklan akan...
Jpn Akan Keluarkan Sijil Kelahiran Dengan Ciri Keselamatan Terkini Bermula Tahun Depan

Jpn Akan Keluarkan Sijil Kelahiran Dengan Ciri Keselamatan Terkini Bermula Tahun Depan

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 162 hits
Jabatan Pendaftaran Negara kini mengumumkan sijil kelahiran versi baharu yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini akan dikeluarkan bermula tahun 2023 Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin antara ciri keselamatan ...
5 Langkah Pengecualian Bayaran Balik Ptptn Untuk Semua Graduan Bermula Tahun 2022

5 Langkah Pengecualian Bayaran Balik Ptptn Untuk Semua Graduan Bermula Tahun 2022

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 213 hits
5 Langkah Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Untuk Semua Graduan Bermula Tahun 2022 Baharu sahaja pengumuman bekas Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Julai 2022 lalu sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN Pengumu...
Bermula Di Seoul Mamamoo Umum Konsert Jelajah Dunia My Con Pada November Ini

Bermula Di Seoul Mamamoo Umum Konsert Jelajah Dunia My Con Pada November Ini

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 167 hits
Siap sedia semua kerana MAMAMOO berkemungkinan akan mengadakan konsert di Malaysia ARTIKEL BERKAITAN Terbaru MAMAMOO mengumumkan konsert jelajah dunia mereka yang telah lama ditunggu tunggu yang diberi nama MY CON Untuk pengetahuan konsert ...
Ciri Amp 039 View Once Amp 039 Untuk Whatsapp Web Dan Desktop Akan Dihentikan Bermula November Ini

Ciri Amp 039 View Once Amp 039 Untuk Whatsapp Web Dan Desktop Akan Dihentikan Bermula November Ini

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 168 hits
WhatsApp kini mengumumkan ciri view once atau sekali tontonan untuk WhatsApp web dan desktop akan dihentikan bermula 1 November 2022 Ini bermakna pengguna bagi versi web dan desktop tidak lagi dapat menghantar atau menerima media sekali ton...
Kisah Hijrah Saya Bermula Selepas Saya Berhenti Daripada Mia Ahmad

Kisah Hijrah Saya Bermula Selepas Saya Berhenti Daripada Mia Ahmad

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 131 hits
Pelakon Mia Ahmad mengenang momen sewaktu pertama kali hatinya terdetik untuk berhijrah ke arah yang lebih baik Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi kisah hijrahnya bermula selepas dia memutuskan untuk berhenti berkerja dar...
Zahid Hamidi Orang Paling Berkuasa Di Negara Ini Bermula Pembubaran Parlimen Semalam

Zahid Hamidi Orang Paling Berkuasa Di Negara Ini Bermula Pembubaran Parlimen Semalam

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 152 hits
BERMULA SEMALAM ZAHID HAMIDI ORANG PALING BERKUASA DI NEGARA INIShahbudin Husin Berikutan pembubaran Parlimen berkuatkuasa semalam Ahmad Zahid Hamidi kini menjadi orang politik paling berkuasa di negara ini Kejayaan merealisasikan tekanan m...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord