Ph Mahu Berdepan Dr M Yang Marah


Pelbagai tindakan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kini sering dipertikai. Malangnya, ia sering dipertikai dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan sendiri yang beliau bantu untuk menguasai Putrajaya
Insiden terbaru yang boleh dijadikan bukti ialah kritikan pedas ahli jawatankuasa tertinggi DAP Ronnie Liu terhadap beliau di mana Liu berkata Pakatan Harapan tidak memerlukan PPBM, sekiranya gabungan itu berpecah kerana tindakan Mahathir
Suara-suara menggesa Mahathir mengundurkan diri sebagai PM dan digantikan Anwar Ibrahim semakin bergema saban hari terutamanya selepas Mahathir menghadiri Kongres Maruah Melayu (KMM)
KMM diserang kiri kanan sebagai himpunan yang rasis oleh mereka yang tidak mempersetujuinya dalam kalangan PH sendiri
Walaupun serangan awam kelihatan tertumpu kepada Naib Canselor Universiti Malaya, Dr Abdul Rahim Hashim yang didesak letak jawatan dan ketua penganjur Zainal Kling, persepsinya ialah para pengkritik KMM sebenarnya ingin menyerang Mahathir yang sudi hadir merasmikan KMM
Kritikan pedas terhadap KMM mengusik Mahathir sehingga terpaksa meluangkan masa membalas kritikan melalui blognya Chedet walaupun beliau sedang sibuk dalam lawatan ke Turkmenistan
Dalam tulisannya, Mahathir tidak menyangka dengan nasihat yang diterima yang mendesaknya tidak menghadiri kongres tersebut. Pada pandangannya, walaupun terdapat pandangan yang ekstrem tetapi secara keseluruhan KKM seimbang
Membalas hujah para pengkritik KMM, beliau mengingatkan mereka ia perkara normal bagi rakyat mengadakan pertemuan dengan kumpulan etnik mereka sendiri
Ini kerana, katanya, rakyat masih suka mengaitkan identiti mereka dengan negara asal masing-masing walaupun mereka merupakan warganegara selama tiga generasi. Manakala di negara berbilang kaum yang lain, beliau berkata, rakyat bukan asal telah pun mengikut budaya dan bahasa rakyat asal negara itu
“Mereka tidak mahu kehilangan identiti bangsa mereka. Mereka menunjukkan kaitan etnik ini melalui bahasa, budaya, sekolah dan organisasi etnik mereka. Ini ukuran toleransi orang asal di Malaysia bahawa perhimpunan yang terbatas kepada kumpulan etnik yang berbeza diterima sebagai normal
“Ia tidak boleh, kumpulan etnik lain boleh mengadakan perhimpunan untuk membincangkan hal mereka, orang Melayu tidak boleh, bahawa perhimpunan mereka bersifat rasis,” tulis beliau
Mahathir juga membangkitkan isu sensitif yang pasti menyinggung perasaan orang bukan asal negara ini apabila beliau mengingatkan hakikat bagaimana orang bukan asal diterima sebagai warganegara dengan satu juta kewarganegaraan diberikan walaupun tidak layak ketika negara mencapai kemerdekaan
“Ia menyakitkan saya untuk fikir bahawa di negara mereka sendiri, orang asal tidak sepatutnya mengadakan perhimpunan mereka sendiri tanpa dituduh bersifat rasis. Dan sekarang, tentu saja, saya akan dilabel sebagai rasis kerana menulis (catatan) ini.”Sesiapa yang membaca tulisan itu boleh merasai kekecewaan dan kemarahan Mahathir
Sudah pasti tulisan Mahathir akan menyemarakkan azam para pengkritiknya untuk terus menggesa dan mendesak agar Mahathir diganti segera oleh Anwar
Cuma persoalannya, apakah desakan berulang ini akan menyebabkan Mahathir marah selepas beliau sudah mengulang-ulang berkata peralihan kuasa akan berlaku selepas beliau puas hati dengan proses pemulihan negara
“Saya janji tidak akan duduk lama, cuma saya berpendapat bahawa berasaskan pengalaman saya dulu saya boleh cuba betulkan segala kesalahan yang dilakukan oleh (bekas perdana menteri) Najib (Razak)
“Apabila saya berpuas hati, saya tidak akan teruskan (jadi perdana menteri) tetapi saya tidak dapat memberi masa tertentu kerana masalah negara ini (Malaysia) amat besar dan tidak mudah untuk kita selesaikan,” katanya
Dalam dunia politik Malaysia, semua tahu apabila Mahathir menjadi marah, pasti sesuatu akan berlaku kerana beliau akan melaksana misinya dengan segigih hati
Tanyalah Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin, apa yang berlaku ketika Mahathir marah
Lihatlah apa yang terjadi pada Najib Razak apabila menimbulkan kemarahan Mahathir. PH menyaksikan bagaimana Dr Mahathir boleh membawa mereka ke Putrajaya ketika Anwar gagal berbuat demikian
Ingatlah juga nasib Anwar pada 1997 dan 1998
Apakah PH dan Anwar mahu mencuba nasib sekali lagi dengan Mahathir yang marah? - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/10/ph-mahu-berdepan-dr-m-yang-marah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Kn

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bodoh Tu Simpan Sikit Wanita Marah Sampai Menggigil Dakwa Layan Penjual Online Biadap Dan Rasis

Bodoh Tu Simpan Sikit Wanita Marah Sampai Menggigil Dakwa Layan Penjual Online Biadap Dan Rasis

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 938 hits
Seiring dengan peningkatan jumlah pembelian atas talian banyak portal portal jualan online mula muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan Pembelian secara online kini lebih menjadi pilihan kerana terbukti ia lebih menjimatkan wang tenaga dan...
Belajar Cara Betul Marah Disiplin Hukum Anak Baru Terserlah Kelembutan Mak Ayah

Belajar Cara Betul Marah Disiplin Hukum Anak Baru Terserlah Kelembutan Mak Ayah

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 471 hits
Apa yang kita tanam itulah yang anak akan tuai Kelembutan kasih sayang tidak bermaksud tidak boleh memarahi Kita sebagai ibu bapa perlu mempelajari bagaimana memarahi mendisiplin dan menghukum anak anak dengan kelembutan kasih sayang Ini ad...
Bagi Je Makan Sendiri Jangan Marah Bersepah Sampai Masa Anak Pandailah

Bagi Je Makan Sendiri Jangan Marah Bersepah Sampai Masa Anak Pandailah

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 568 hits
Dia lambat cikgu Saya suapkan je Cepat Sepah nanti Nak kemas lagi Dia memang macam itu Tak pandai lagi Inilah andaian ibu bapa dan pemahaman kita untuk tak bagi anak makan sendiri Sebenarnya hanya dengan mengizinkan anak kita makan sendiri ...
Sosok Nya Jadi Bahan Guyonan Di Pesta Halloween Artis Melly Goeslaw Meradang Dan Marah Besar

Sosok Nya Jadi Bahan Guyonan Di Pesta Halloween Artis Melly Goeslaw Meradang Dan Marah Besar

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 574 hits
Vidi Aldiano Rossa dan Bubah Alfian akhirnya angkat bicara setelah Melly merasa di bully dan sakit hati
Nurse Orang Yang Paling Ambil Berat Tentang Ibu Bersalin Marah Tu Sebab Sayang

Nurse Orang Yang Paling Ambil Berat Tentang Ibu Bersalin Marah Tu Sebab Sayang

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 385 hits
Normalnya sebelum melahirkan kita akan buat research di hospital mana kita mahu melahirkan Selain kemudahan hospital antara perkara lain yang kita titik beratkan adalah staf hospital itu baik atau tidak Paling mudah kalau kita kecilkan ruan...
Cakap Elok Elok Jangan Asyik Marah Baru Mudah Anak Dengar Cakap

Cakap Elok Elok Jangan Asyik Marah Baru Mudah Anak Dengar Cakap

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 498 hits
Tidak suka ikut apa yang diarahkan tetapi meniru apa yang ditunjukkan atau dilihat pada sekeliling Mendidih didih kemarahan ibu ayah dibuatnya kerana apa yang disuruh tidak dibuat Jom periksa 5 perkara ini Menurut Wan Roslina Wan Yusoff Psi...
Seram Tengok Isteri Marah Suami Kena Pandai Cucuk Line Dengar Luahan Dia

Seram Tengok Isteri Marah Suami Kena Pandai Cucuk Line Dengar Luahan Dia

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 277 hits
Apabila terlalu letih seorang isteri cenderung untuk marah marah Apatah lagi jika suaminya seperti tidak memahami dan buat tidak peduli seolah olah tiada apa berlaku Isteri kurang suka berkongsi masalahnya jika dia merasakan hal itu remeh k...
Dia Nak Kau Jadi Boyfriend Dia Netizen Marah Lelaki Ini Tak Faham Hint Kawan Perempuan Minta Carikan Suami

Dia Nak Kau Jadi Boyfriend Dia Netizen Marah Lelaki Ini Tak Faham Hint Kawan Perempuan Minta Carikan Suami

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 923 hits
Jodoh pertemuan semuanya telah ditentukan oleh Allah Kita sebagai hamba Nya perlu berusaha untuk mendapatkan jodoh yang terbaik untuk jadi teman seumur hidup kita Petang tadi seorang lelaki menerusi akaun Twitter beliau yang bernama Qiden t...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025