Ph Di Tempat Ketiga Pengundi Atas Pagar Lari Rafizi


  
PH di tempat ketiga, pengundi Atas Pagar lari – RafiziPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: March 21, 2022
SharePakatan Harapan (PH) tidak boleh kekal dengan kedudukan dalam tiga siri Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, berada di tempat ketiga berbanding BN dan PN.
Menurut aktivis KEADILAN, Rafizi Ramli, kedudukan di tempat ketiga menyebabkan pengundi Atas Pagar terus tidak berminat mengikuti perjuangan PH yang di dalamnya ada KEADILAN dan seterusnya menyebabkan keputusan pilihan raya yang berundur ke belakang bagi perjuangan ‘ketuanan rakyat’.
“Selalunya dalam dinamik politik gabungan yang lebih daripada dua (pakatan), pilihan raya tertumpu kepada dua gabungan teratas.
“Kalau gabungan ketiga, pengundi Atas Pagar akan memilih dua gabungan teratas. Gabungan ketiga itu jauh berada di belakang seperti di United Kingdom, ada konservatif, buruh dan liberal demokrat. Hampir di semua tempat kita lihat pertembungan itu antara konservatif dan buruh, dan di tempat tertentu sahaja liberal demokrat mendapat tempat.
“Kita kena berhati hati sama ada PH itu dalam dua teratas atau terpelanting menjadi gabungan ketiga. Apabila jatuh ke tempat ketiga kesannya kepada politik negara ialah politik akan dimonopoli oleh dua gabungan yang tak ada beza dari segi pembawaan dan penawaran kepada rkayat.
“Satu mengaku Melayu, satu lagi pun mengaku Melayu juga. Jadi mereka bersaing siapa yang lebih Melayu dalam keadaan cabaran polisi, ekonomi, teknologi yang jauh lebih hebat sekarang daripada 5 atau 10 tahun lalu.
“Kita mahu peringkat atas itu satu gabungan yang betul betul berbeza daripada gabungan lain,” katanya dalam forum Terus Terang: Bersama Rafizi dan Nurul Izzah, malam tadi.
Menurut mantan Ahli Parlimen Pandan itu, senario PH yang jatuh ke tempat ketiga diperhatikan secara dekat oleh beliau sejak PRN Melaka.
Namun pendapat awalnya hal itu mungkin akibat undi protes kerana PH menerima calon ‘katak’ dari BN. Bagaimanapun, kata Rafizi apabila trend kemerosotan sokongan dilihat dalam PRN Sarawak dan Johor, maka keadaan telah menjadi getir
Katanya, dalam simulasi yang dijalankan melalui kajian big data Invoke mendapati pengundi Atas Pagar yang selalunya memberi undi kepada PH telah pun beralih arah ke BN dan PN.
“Dalam minggu kedua (kempen PRN Johor) kita ikuti pola sokongan pengundi Atas Pagar. Dalam beberapa simulasi, hampir 40,000 pengundi Atas Pagar. Ia amat membimbangkan saya.
“Dalam simulasi itu kita cuba beri pilihan kalau ada Umno BN, PN, PH, parti mana dipilih? Dari situ kita dapat kesan, 2 – 3 hari sebelum mengundi, pengundi Atas Pagar Melayu lebih rela undi Umno daripada PH.
“Pengundi Atas Pagar yang 60% bila ditanya, hampir semua berkata akan pindah undi kepada BN dan PN.
“Saya rasakan kita boleh buat rumusan dalam 2 – 3 tahun ini, PH telah hilang sokongan pengundi Atas Pagar. Bukan soal strategi atau kesilapan (kerajaan PH) tetapi soal naratif, dan kalau ini tidak diperbetulkan maknanya dalam PRU depan PH akan berada di tempat ketiga.
“Kalau ini berlaku ia akan membawa kesan mendalam kepada politik Malaysia. Maknanya persaingan politik negara akan didominasi dua gabungan yang tidak akan membawa idea baru,” katanya.
Berakibat daripada itu, jelas Rafizi, mendorong beliau untuk kembali aktif dalam KEADILAN.
Katanya, beliau masuk bertanding kali ini kerana mahu parti pelbagai kaum seperti KEADILAN tidak kehilangan momentum perjuangan dan negara kelak akan hanya memperjuangkan isu isu Melayu dan memusnahkan potensi ekonomi dan budaya berbilang bangsa.
“Pemilihan parti lebih awal daripada PRN Johor. Saya tidak buat keputusan dan kurang berminat (untuk bertanding). Cuma keputusan di Johor itu ada gambaran yang sangat berbahaya. Pemilihan parti hanya kebetulan.
“Yang penting saya berharap kempen kami (dalam pemilihan) lebih kepada rakyat Atas Pagar di luar sana. Kalau diteruskan begini (kejatuhan PH) banyak pencapaian sejak 10 – 15 tahun lepas akan kembali kepada zaman yang rakyat tak ada banyak pilihan,” katanya lagi.
Untuk rekod, Rafizi telah menawarkan dirinya untuk merebut jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan parti tahun ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/ph-di-tempat-ketiga-pengundi-atas-pagar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Ayuh Malaysia Untuk Menarik Sokongan Pengundi Atas Pagar

Pelancaran Ayuh Malaysia Untuk Menarik Sokongan Pengundi Atas Pagar

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 184 hits
Setelah mengambil kira keputusan Pilihanraya Negeri Johor dan pandangan pelbagai pihak saya dan sahabat sahabat lain di dalam KEADILAN membuat keputusan untuk terus melancarkan satu kempen rakyat ke arah menghadapi Pilihanraya Umum ke 15 Ke...
Hentikan Menghina Dan Pembunuhan Karektor Ke Atas Rafizi Ramli

Hentikan Menghina Dan Pembunuhan Karektor Ke Atas Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 165 hits
ZAIDI AHMAD Pekan 15 Mac 2022 HENTIKAN MENGHINA DAN PEMBUNUHAN KAREKTOR KE ATAS RAFIZI RAMLI Ramai yang marah Rafizi mengapa tidak membantu pertahan parti semasa langkah Sheraton dilaksanakan oleh Azmin Kartel dan Bersatu Ramai juga yang me...
Melayu Seperti Rafizi Adalah Pemimpin Yang Paling Layak Dijemput Dan Diberi Tempat Dalam Dap

Melayu Seperti Rafizi Adalah Pemimpin Yang Paling Layak Dijemput Dan Diberi Tempat Dalam Dap

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 204 hits
Harga seorang Melayu seperti Rafizi sangat membazir jika diletak dalam PKR rosak jika di dalam UMNO JIKA berada dalam DAP ia dapat membantu ramai orang Melayu lebih maju bersaing akan lebih ramai generasi Y menyertai dan MENJADIKAN parti IT...
Kenapa Ph Dan Pkr Mula Ditolak Rakyat Ini Pendapat Rafizi

Kenapa Ph Dan Pkr Mula Ditolak Rakyat Ini Pendapat Rafizi

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 252 hits
DIKENALI sebagai Raja Formula dan sering bersikap terus terang menyebabkan Naib Presiden PKR MOHD RAFIZI RAMLI lebih disenangi oleh penyokong dan pengundi atas pagar Beliau tidak teragak agak mengakui Pakatan Harapan membuat satu kesilapan ...
Rafizi Harapan Should Aim For 80 Seats In Ge15 To Avoid Losing Relevance

Rafizi Harapan Should Aim For 80 Seats In Ge15 To Avoid Losing Relevance

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 171 hits
INTERVIEW A realistic benchmark for Pakatan Harapan in the next general election would be to win about 80 parliamentary seats PKR vice president Rafizi Ramli said Rafizi 44 who is making a return to active politics said Harapan needs to sta...
Ph Perlu Lupakan Idea Khemah Besar Kata Rafizi

Ph Perlu Lupakan Idea Khemah Besar Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 176 hits
PETALING JAYA Pakatan Harapan perlu bergerak solo tanpa bekerjasama dengan mana mana pembangkang sama ada Parti Warisan Sabah Parti Ikatan Demokratik Malaysia dan Parti Pejuang Tanah Air Bekas Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli berkata kep...
Tak Adil Tuduh Saya Tarik Diri Saya Ada 14 Kes Dan Penjara 5 Tahun Rafizi

Tak Adil Tuduh Saya Tarik Diri Saya Ada 14 Kes Dan Penjara 5 Tahun Rafizi

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 141 hits
MalaysiakiniRafizi Ramli berdepan pelbagai kritikan susulan keputusannya untuk meninggalkan arena politik pada penghujung 2018 sejurus selepas tewas tipis kepada Azmin Ali dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR Pengkritik berkata bek...
Rafizi Sahkan Saifuddin Zahid Rapat Pkr Pernah Cuba Minta Umno Sokong Anwar

Rafizi Sahkan Saifuddin Zahid Rapat Pkr Pernah Cuba Minta Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 152 hits
agendaily com26 3 2022Gambar kenanngan indah Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution bertemu Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengesahkan bakal pencabarnya yang juga Setiausaha ...
Saifuddin Atau Rafizi Siapa Layak Sebagai Timbalan Presiden Pkr

Saifuddin Atau Rafizi Siapa Layak Sebagai Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 234 hits
KANGAR Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Na sution Ismail disifatkan lebih sesuai dan layak untuk bertan ding sebagai Timbalan Presiden di dalam usaha memperkukuh serta membentuk penyatuan parti bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke 1...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran