Ph Perlu Lupakan Idea Khemah Besar Kata Rafizi



PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) perlu bergerak solo tanpa bekerjasama dengan mana-mana pembangkang sama ada Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Bekas Naib Presiden PKR, Mohd. Rafizi Ramli berkata, keputusan menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pembangkang perlu berdasarkan kepada nilai tambah sama ada parti itu memberi pertambahan kepada undi PH atau sebaliknya.
Menurut beliau, ini kerana strategi pilihan raya itu mestilah mana-mana parti yang datang itu membawa sokongan yang menambah kepada sokongan sedia ada.
“Saya tidak nampak daripada data dan empat keputusan Pilihan Raya Negeri iaitu ada nilai tambah (pengundi) yang dibawa oleh khemah besar atau parti-parti lain. Yang ada ialah berebut kepada pengundi asas PH dan PKR yang sedia ada.
“Cuma asas ini katakanlah 20 peratus tak puas hati pada PKR dan PH, maka mereka lari kepada pembangkang yang lain sedangkan untuk kita menang, kita perlu menawan hati yang 15, 20 dan 30 peratus pengundi atas pagar yang bukan pengundi tegar PKR, UMNO dan PH.
“Keadaan yang berlaku sekarang, khemah besar ini sama ada melibatkan Pejuang, Muda dan Warisan, mereka cuba nak ambil (pengundi PH) yang sedia ada,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam.
Mengenai hasrat Majlis Presiden PH sebelum ini yang mahu menjalin kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Mohd. Rafizi berkata, perkara itu sudah dimaklumkan secara terbuka bahawa beliau tetap tidak bersetuju.
Katanya, keputusan itu seolah tidak meneliti pola dan pandangan pengundi terutamanya di PRN Johor sebelum ini yang mengundi PN dan bukannya PH.
“Kita buat simulasi dengan 40,000 orang pengundi atas pagar di Johor untuk kita faham kenapa mereka undi PN dan kita buat dua tiga senario simulasi untuk melihat apakah keputusannya jika mereka ada pilihan untuk menjadi pengundi atas pagar ataupun tidak memilih mana-mana parti.
“Simulasi yang dibuat berkonsepkan pemindahan undi yang mana kita dapati 60 peratus itu lebih rela memilih BN dan PN daripada PKR serta PH. Tukarlah simulasi keadaan macam mana pun, undi BN dan PN itu berubah naik kerana 60 peratus itu pindahkan undi mereka kepada BN dan PN, tetapi undi PKR serta PH tak berubah dan kekal 10 peratus.
“Apabila ditanya dan diminta buat keputusan mereka kata sebenarnya sudah buat keputusan memang takkan pilih PKR atau PH kali ini, kalau kena pilih, bagi (undi kepada) BN atau bagi PN.
“Oleh itu saya tak bersetuju jika digabungkan dengan PN dan PH, tak tentu undi itu (bertambah) menjadi satu PH campur dengan PN, malah jika tidak berhati-hati, PN pun akan hilang undi itu dan lebih banyak undi atas pagar itu pergi kepada BN,” ujarnya.
Justeru, Mohd. Rafizi berkata, kerjasama dengan mana-mana pembangkang tidak menyelesaikan masalah PH untuk kembali mencapai kegemilangan.
Katanya, ini kerana PH perlu kembali kepada penjenamaan, kandungan dan kempen PH sekiranya mahu menang, supaya pengundi yang sebelum ini kurang gembira dapat kembali kepada PH.
“Kukuhkan balik dan kita meyakinkan pengundi atas pagar yang sebelum ini pernah mengundi PH, tetapi undi PN disebabkan tak puas hati. Jadi (mereka hanya undi) PN dan bukannya undi Pejuang, Warisan atau Muda.
“Dalam keadaan ini kita tahulah Warisan dan Pejuang memang tak ada (nilai tambah). Keputusan PRN Johor juga menunjukkan PKR dan Amanah lebih baik daripada Muda sekiranya dibandingkan komposisi pengundi di kerusi parti ketiga-tiga itu.
“Sama juga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, dalam keadaan bertembung tiga penjuru, kita tengok PKR lebih baik daripada Muda. Kesimpulan boleh dibuat ialah Muda tidak membawa pengundi baru tetapi bergantung kepada pengundi asal PH dan PKR,” jelasnya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/03/ph-tak-perlu-bersama-muda-warisan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Kata Gang Khemah Besar

Apa Kata Gang Khemah Besar

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 187 hits
Pro Khemah Besar pasti bersorak baca tajuk berita ini yang mengatakan BN boleh kalah di 20 kerusi jika semua parti pembangkang termasuk juga PN yang di pihak kerajaan bergabung Nanti dulu Biar aku frasa semula Bagaimana kalau tajuk diolah m...
Nurul Nik Nazmi Rodziah Antara Nama Besar Dalam Cai Rafizi

Nurul Nik Nazmi Rodziah Antara Nama Besar Dalam Cai Rafizi

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 141 hits
B Nantha KumarMenjelang pemilihan PKR pada Mei ini Rafizi Ramli yang akan bertanding jawatan timbalan presiden sedang membentuk sebuah pasukan merangkumi beberapa nama besar parti Menurut beberapa sumber daripada parti cai Rafizi menampilka...
Dah Sedar Dari Lamunan Khemah Besar

Dah Sedar Dari Lamunan Khemah Besar

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 174 hits
Baru sekarang pemimpin PH kata jika nak menang PRU15 kena sentuh isu marhaen dan selesaikan isu jumlah keluar mengundi yang rendah Sebelum ini sibuk cakap khemah besar Terkadang bila difikirkan netizen lebih sesuai jadi pemimpin Sebab benda...
Rafizi Biadap Farhash Kata

Rafizi Biadap Farhash Kata

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 183 hits
Bekas ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador membidas pemimpin PKR Rafizi Ramli memintanya menghentikan permainan politik murahan dan bersikap jujur Farhash menyentuh kenyataan Rafizi ketika temubual bersama radio BFM 89 9 pagi tadi berhubun...
Sapura Rafizi Berjanji Akan Beri Maklum Balas Setiap Idea Songsang Najib

Sapura Rafizi Berjanji Akan Beri Maklum Balas Setiap Idea Songsang Najib

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 159 hits
NASUHA RAHMANRafizi Ramli akan memberi maklum balas setiap idea songsang Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik beliau kembali ke arena politik Dalam kenyataan hari ini Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu menolak saranan Najib untuk mengguna...
Taksub Guna Pemimpin Strategi Ketinggalan Zaman Rakyat Tak Bodoh Kata Rafizi

Taksub Guna Pemimpin Strategi Ketinggalan Zaman Rakyat Tak Bodoh Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 152 hits
freemalaysiatoday com March 20 2022 12 35 PMTerdapat gesaan membawa masuk pemimpin tertentu untuk mencipta semula kemenangan seperti yang berlaku pada 2018 apabila PH menang dalam PRU14 menurut Rafizi Ramli PETALING JAYA Strategi menggunaka...
Kenapa Kerajaan 22 Bulan Ph Tak Guna Formula Rafizi

Kenapa Kerajaan 22 Bulan Ph Tak Guna Formula Rafizi

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 193 hits
Oleh Sirajuddin AhmadRafizi Ramli menempelak Datuk Seri Najib Razak dengan kenyataan balas sekurang kurang nya saya ada formula Itu sahaja yang mampu Rafizi jawap kepada DSNR Dalam proses Rafizi hendak Kembali aktif berpolitik setelah sekia...
Jangan Taksub Dengan Personaliti Politik Rafizi

Jangan Taksub Dengan Personaliti Politik Rafizi

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 173 hits
KUALA LUMPUR Jangan lagi atau sesekali taksub kepada mana mana personaliti politik kerana mereka tidak kekal nasihat Rafizi Ramli Sebaliknya tegas Naib Presiden PKR itu ialah yang perlu terus menjadi penilaian pengundi adalah kumpulan polit...
Mahathir Liabiliti Kepada Parti Rafizi Pun Sama

Mahathir Liabiliti Kepada Parti Rafizi Pun Sama

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 172 hits
Oleh Sirajuddin AhmadWatak watak PRU14 seperti Rafizi Ramli dan Mahathir masih bersangka naratif lapuk PRU14 masih laku dan boleh di gunapakai Pada PRU14 lalu naratif memburukankan lawan dan hidup atas keburukan lawan mampu bawa kejayaan Ca...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year