Ph Dalam Krisis Berdepan Tugas Berat Untuk Kekalkan Sokongan


 

PETALING JAYA: Seorang penganalisis berkata Pakatan Harapan (PH) akan berusaha sedaya upaya mengekalkan sokongan daripada penyokongnya pada pilihan raya akan datang.
Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, PH akan berusaha keras menangani masalah untuk mengekalkan sokongan daripada penyokong yang semakin kecewa dengan bekas gabungan kerajaan itu.
Katanya, PH tidak boleh berfantasi ia dapat memperoleh undi golongan Melayu konservatif. Pada Pilihan Raya 2018, UMNO dan PAS memperoleh lebih 75% undi Melayu, tetapi perpecahan undi antara kedua-dua parti itu menjurus kepada kemenangan PH.
“UMNO dan PAS meletakkan ramai calon di kawasan sama tetapi mereka memperoleh lebih 75% undi orang Melayu,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, terdapat penurunan sokongan kepada PH pada pilihan raya akan datang dan mengaitkannya dengan rasa sia-sia dalam kalangan penyokong yang menyaksikan wakil rakyat berpaling tadah untuk membentuk “kerajaan pintu belakang”.
Oh berkata, terdapat kesedaran yang semakin jelas, hampir mustahil bagi PH untuk menang dengan majoriti besar pada pilihan raya akan datang kerana parti pemerintah berasaskan orang Melayu berganding bahu sebagai gabungan pada pilihan raya.
Oh Ei Sun. “Kepemimpinan baharu mungkin dapat mengekalkan sebilangan penyokong PH yang jijik dengan pengkhianatan wakil rakyat dipilih sebelumnya, dan janji yang tidak ditepati, terutama oleh Anwar (Ibrahim).
“Tetapi kepemimpinan baharu masih tidak dapat menarik sokongan daripada majoriti penyokong konservatif yang secara jelas lebih suka dengan kaedah agihan pemberian sebagai pertukaran kepada undi.”
Beliau juga menyangkal kenyataan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bahawa Ketua Pembangkang Anwar masih memperoleh sokongan mencukupi untuk merampas Putrajaya, dengan menambah ia hanya akan menjadi kenyataan melalui “tawaran yang sangat menarik”.
“Jika mereka masih berhasrat menarik sokongan daripada Ahli Parlimen UMNO, maka tawaran yang sangat menarik perlu dibuat,” katanya.
Presiden Amanah Mohamad Sabu mengakui pembangkang berdepan tugas berat untuk memperoleh sokongan pengundi pada pilihan raya akan datang, dengan menyatakan sebilangan pengundi hilang minat untuk mengundi wakil rakyat mereka.
Bagaimanapun, Saifuddin menegaskan Anwar masih mempunyai sokongan mencukupi untuk menukar kerajaan dan berkata ia boleh dilakukan melalui akuan bersumpah (SD) atau di Dewan Rakyat.
Awang Azman Pawi. Seorang lagi penganalisis Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, PKR memiliki barisan terbaik dan memperkuatkan sokongan akar umbi untuk melakukan yang terbaik pada pilihan raya akan datang.
Beliau memberitahu, setiap pilihan raya umum mempunyai isu yang penting untuk dimainkan, dengan keabsahan kerajaan sedia ada antara perkara penting akan dibangkitkan.
“Terdapat juga isu berhubung impak COVID-19 terhadap pendidikan dan pengurusan ekonomi ketika pandemik, termasuk isu seperti moratorium pinjaman, kekurangan peluang pekerjaan, pengangguran dan perniagaan.
“Jadi PH masih mempunyai isu yang nyata untuk melancarkan kempen pilihan raya dan bukan hanya bergantung kepada persepsi untuk memperoleh sokongan rakyat, terutama dengan pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas dengan kesan ekonomi dan sosial daripada pandemik,” katanya.
The post PH dalam krisis, berdepan tugas berat untuk kekalkan sokongan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/21/ph-berdepan-tugas-berat-kekal-sokongan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 787 Tiada Kestabilan Hanya Sokongan Rapuh Yang Dibeli

Rentasan 787 Tiada Kestabilan Hanya Sokongan Rapuh Yang Dibeli

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 172 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 787 1 MALAYSIA PUNYA PERDANA MENTERI YANG DITAWAN 2 RAKYAT AMERIKA BERUBAH MALAYSIA BILA LAGI 3 PENEROKAAN REE ANCAM BEKALAN AIR DI TIGA NEGERI UTARA 4 MAMPUKAH PERSONA NON GRATA DILAKUKAN TERHADAP PENJENAYAH
Samsung Mengesahkan Sokongan Popular Galaxy Note Bakal Diperluaskan Ke Siri Galaxy Yang Lain

Samsung Mengesahkan Sokongan Popular Galaxy Note Bakal Diperluaskan Ke Siri Galaxy Yang Lain

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 186 hits
Presiden Samsung Electronics TM Roh hari ini telah berkongsi pelbagai perkembangan syarikat gergasi berkenaan pada tahun 2020 ini dan turut menyentuh secara ringkas berkaitan perkembangan yang bakal hadir pada 2021 kelak Menurut TM Roh Sams...
Undi Tolak Belanjawan Tak Sama Dengan Jumlah Sokongan Yang Dimiliki Anwar Untuk Tumbangkan Muhyiddin

Undi Tolak Belanjawan Tak Sama Dengan Jumlah Sokongan Yang Dimiliki Anwar Untuk Tumbangkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 162 hits
Ramai yang cuba menyalahkan Anwar Ibrahim berikutan kegagalan blok pembangkang menolak Belanjawan 2021 dalam bacaan kali ketiga di Parlimen semalam Mereka berkata kegagalan itu membuktikan Anwar pada hakikatnya tiada sokongan untuk menjatuh...
Dapat Sokongan Bentuk Kerajaan Dua Perkara Berbeza

Dapat Sokongan Bentuk Kerajaan Dua Perkara Berbeza

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 234 hits
Noor Amin bin Ahmad Semasa Langkah Sheraton Tun M dpt SD yg cukup kuat hebat dan meyakinkan Tetapi kerajaan tidak dapat dibentuk di bawah pimpinan beliau Ada 2 alasan berbeza 1 Tun M tak mahu org2 tertentu 2 Mereka nak sokong Tun M secara e...
Belanjawan 2021 Lulus Muhyiddin Bertahan Dengan Majoriti Tiga Sokongan

Belanjawan 2021 Lulus Muhyiddin Bertahan Dengan Majoriti Tiga Sokongan

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 210 hits
December 15 2020 4 22 PMKUALA LUMPUR Laungan takbir dan pengkhianat bergema di Dewan Rakyat apabila Belanjawan 2021 diluluskan dengan majoriti tiga undi sekali gus menamatkan cubaan pembangkang untuk menyingkir Perdana Menteri Muhyiddin Yas...
Ku Li Dakwa Mampu Tarik Sokongan Mp Umno Tolak Belanjawan Muhyiddin

Ku Li Dakwa Mampu Tarik Sokongan Mp Umno Tolak Belanjawan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 248 hits
Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan dia mampu menarik sokongan ahli parlimen parti itu bagi menyokong kerjasamanya dengan Dr Mahathir Mohamad Mungkin katanya ringkas pada sidang media khas mengu...
Ahli Parlimen Kimanis Nafi Beri Sokongan Kepada Anwar

Ahli Parlimen Kimanis Nafi Beri Sokongan Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 230 hits
89 total views 89 views today KOTA KINABALU Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin menyangkal dakwaan bahawa beliau sebahagian daripada wakil rakyat UMNO yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar I...
Muhyiddin Patut Letak Jawatan Jika Hilang Sokongan Majoriti Penganalisis

Muhyiddin Patut Letak Jawatan Jika Hilang Sokongan Majoriti Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletak jawatan atau memohon untuk pembubaran Parlimen jika benar 10 Ahli Parlimen UMNO telah beralih arah dengan menyokong atau menandatangani akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim D...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Beraya Rumah Sis Lin Makan Laksa Sarawak

Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik