Muhyiddin Patut Letak Jawatan Jika Hilang Sokongan Majoriti Penganalisis



KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletak jawatan atau memohon untuk pembubaran Parlimen jika benar 10 Ahli Parlimen (MP) UMNO telah beralih arah dengan menyokong atau menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri menegaskan, Perdana Menteri secara automatiknya sudah hilang kepercayaan di kalangan ahli Dewan Rakyat dan perlu meletak jawatan jika mana-mana pihak berjaya membuktikan bahawa mereka mempunyai majoriti sokongan.
“Jika keadaan ini berlaku, katakanlah ada lima atau enam Ahli Parlimen, atau mungkin 10, atau apa sahaja bilangan, yang sudah menandatangani SD, menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri, maka Muhyiddin sebenarnya sudahpun kehilangan majoriti beliau sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
“Perkara ini harus dibawa ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memohon perkenan Baginda bagi membubarkan Parlimen,” kata felo penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.
Ini kerana, katanya, apabila seorang Perdana Menteri itu hilang kelayakan, ia bermakna, beliau sudah hilang sokongan, maka Parlimen sudah tidak lagi mempunyai suara majoriti.
“Maka, wajarlah diberi laluan kepada pembubaran Parlimen untuk menentukan siapakah pihak yang akan menjadi kerajaan pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Bukan kali pertama Anwar dakwa dia ada majoriti – Mahathir

Pada Ahad, Anwar dikatakan mendapat sokongan daripada 10 MP UMNO termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lalu dan mendapat majoriti tipis selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh dengan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari
Justeru, mengikut Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk melantik seseorang sebagai Perdana Menteri
Bagaimanapun, baginda hendaklah memastikan individu dilantik mendapat sokongan majoriti perwakilan dalam Dewan Rakyat di Parlimen seperti dalam Perkara 43 (2) (a)
Menurut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, jika Perdana Menteri hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, kecuali atas permintaannya kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubar Parlimen, Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan
Apabila Perdana Menteri didapati tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan tidak mahu meletakkan jawatan, undi tidak percaya kepada beliau boleh dibuat di Dewan Rakyat
Sekiranya undi tidak percaya menunjukkan Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan dan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen
Namun, mengikut Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam perkara pembubaran Parlimen
Baginda mempunyai budi bicara tidak membubarkan Parlimen walaupun dinasihati Perdana Menteri
Kuasa perkenan atau tidak terhadap pembubaran Parlimen adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong
The post Muhyiddin patut letak jawatan jika hilang sokongan majoriti – Penganalisis appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/14/muhyiddin-patut-letak-jawatan-jika-hilang-sokongan-majoriti-penganalisis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Lulus Muhyiddin Bertahan Dengan Majoriti Tiga Sokongan

Belanjawan 2021 Lulus Muhyiddin Bertahan Dengan Majoriti Tiga Sokongan

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 210 hits
December 15 2020 4 22 PMKUALA LUMPUR Laungan takbir dan pengkhianat bergema di Dewan Rakyat apabila Belanjawan 2021 diluluskan dengan majoriti tiga undi sekali gus menamatkan cubaan pembangkang untuk menyingkir Perdana Menteri Muhyiddin Yas...
Ceo Sabah Fc Letak Jawatan

Ceo Sabah Fc Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 486 hits
Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC Dato Verdon Bahanda telah meletakkan jawatan dari kelab tersebut CEO SABAH FC LETAK JAWATAN Difahamkan beliau yang baru sahaja memegang jawatan itu telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Persatuan ...
Jadi Ke Tidak Letak Jawatan

Jadi Ke Tidak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 244 hits
Senyap sunyi semua termasuk AMANAH Budak kat kampong aku bersunat 7 hari dah kering dah dewasa dah berlari keliling kampong Dia akan membesar menjadi generasi menyaksikan pemimpin mungkir janji kencing rakyat
Dun Perak Bergegar Lagi Perubahan Kerajaan Negeri Akan Berlaku Menteri Besar Perak Hilang Sokongan

Dun Perak Bergegar Lagi Perubahan Kerajaan Negeri Akan Berlaku Menteri Besar Perak Hilang Sokongan

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 305 hits
loading Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan majoriti selepas usul undi percaya yang dibuat ke atasnya tidak mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
Menang Undi Belah Bagi Tak Bermakna Pn Dapat Sokongan Majoriti Hassan Karim

Menang Undi Belah Bagi Tak Bermakna Pn Dapat Sokongan Majoriti Hassan Karim

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 206 hits
JOHOR BAHRU Perkembangan undi belah bagi yang diterima Perikatan Nasional untuk tiga anggaran Belanjawan 2021 setakat ini tidak bermakna Perdana Menteri atau kerajaan pimpinannya kini mendapat majoriti sokongan Ahli Parlimen Pasir Gudang Ha...
Apakah Ketua Pembangkang Akan Letak Jawatan Annuar Soal Anwar

Apakah Ketua Pembangkang Akan Letak Jawatan Annuar Soal Anwar

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR 30 Nov Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang di parlimen Kenyataan Annuar itu dibuat selepas pembangkang gagal dalam undi bel...
Mb Kedah Jahil Patut Letak Jawatan Jika Gagal Haramkan Mic Kata Presiden Parti

Mb Kedah Jahil Patut Letak Jawatan Jika Gagal Haramkan Mic Kata Presiden Parti

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 315 hits
GEORGE TOWN Presiden MIC S Vigneswaran berkata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor harus meletak jawatan jika gagal mengharamkan parti komponen Barisan Nasional itu Teruskan cubalah untuk mengharamkan kami Tetapi jika gagal beliau ha...
Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Bersatu

Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 210 hits
KUALA LUMPUR 24 Feb Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Surat tersebut telah dihantar kepada Ibu Pejabat Bersatu hari ini demikian menurut satu kenyataan Pejabat Pengerusi Bersat...
Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar

Tahukah Anda Fasal Bas Dari London Ke Calcutta

Cheah Liek Hou



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Filem Tentang Sisi Gelap Suatu Entiti Bakal Melambak

Lasserhaus Where Contemporary Art Meets Hospitality By Vudafieri Saverino Partners In South Tyrol

10 Tahanan Berkait Lelaki Israel Dirujuk Agc Minggu Ini Kp Kl

Pj Mayor Denies Being Rude To Residents Group

Police To Meet Ag On Further Action Against 10 Sosma Detainees Linked To Israeli Man Says Kl Top Cop

Don T Use Mosques Suraus For Political Activities Reminds Jais