Canon Pixma Ink Efficient E470 Menjadi Pilihan Untuk Anak Anak Belajar Dirumah
CANON Pixma Ink Efficient E470 Menjadi Pilihan Untuk Anak-Anak Belajar Dirumah. Masa sebelum PKP, untuk mempunyai printer dirumah bukanlah satu keperluan sebab kedai printing pun dekat dan murah. Hanya 3 sen sekeping untuk hitam putih. Print yang bewarna pun murah.. Jadi untuk mempunyai printer tu macam satu pembaziran sebab bila jarang guna, ink dia akan keras. Rugi saja. Tapi... Sejak PKP ni, kedai printing semua tak buka dan homework anak-anak pun banyak. Jadi CH kena cari juga printer untuk anak-anak belajar dirumah. Printer yang menjadi pilihan CH selepas jenama HP sold out adalah Canon Pixma Ink Efficient E470
CANON Pixma Ink Efficient E470 Menjadi Pilihan Untuk Anak-Anak Belajar Dirumah
Sebelum beli direct dari kedai printer, CH ada order printer dari Lazada tapi selepas 10 hari, seller masih tak pos printer tersebut. Nak tunggu, homework anak-anak semakin banyak... Alternatifnya cancel order di lazada dan cari kedai printer yang berdekatan dengan rumah.
Melalui carian google, CH dapat contact number kedai printer dan tanya sama ada buka atau tak? Tauke kedai cakap buka tapi tak buka pintu. So, tanya tentang printer dan harga. Deal dan terus set time untuk pick up.
Harga dekat kedai printer berbanding lazada, harga dekat kedai printer mahai sedikit tapi boleh dapat dengan cepat. Kalau korang sabar, korang tunggulah barang yang order online tu
Dengar katanya, brand ni ink dia mahal? Betul ke? CH ada juga study sikit-sikit tentang ink printer Canon ni, rasa masih reasonable dan senang nak cari. Terima kasih atas keprihatinan rakan FB yang mengesyorkan jenama printer yang bagus katanya. Tapi saya dah beli dan saya berkenan dengan jenama Canon ni... Kalau HP, saya dah pakai sejak zaman study dulu lagi. Memang berbaloi dan sekali sekala kita kena cuba jenama lain juga kan? Baru lah kita tahu jenama mana yang bagus atau tidak..
Lagi satu kelebihan printer Canon E470 ni, dia adalah wifi printer... So, boleh print terus dari laptop dan smartphone. Tak perlu wayar... Senang
Untuk setting pula, CH hanya refer panduan yang diberikan. Senang sangat. Macam ABC... Mungkin sebab CH dah biasa setting printer sendiri. Sebab itulah rasa mudah.. Untuk phone pula, kakak Aisya download apps Canon E470 dan setting sendiri. Berjaya dan siap test print lagi. Anak-anak gen C sungguh la kakak Aisya ni
Setting printer Canon E470 di laptop
Bila print, ink dia clear dan tak comot... Mungkin sebab baru lagi
hasil test print dari printer canon E470
Sejak ada printer ni, anak-anak pun happy dan mudah nak buat kerja sekolah. CH sendiri pun boleh bagi kerja sekolah tambahan kepada anak-anak. Selepas PKP ni, CH pun dah tak perlu ke kedai printing untuk print apa-apa kerja sekolah anak kecuali terdesak
Dan seperti yang CH jangka, memang peperiksaan tahun 2020 ditangguh ke tahun 2021 dan untuk UPSR serta PT3 di batalkan terus. Itu pun bergantung kepada keadaan semasa. Marilah kita sama-sama berdoa semoga keadaan ini semakin baik dan pulih seperti sediakala. In sha Allah kita akan menang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.yatizul.com/2020/04/canon-pixma-ink-efficient-e470-menjadi.html