Bekas sekutu mereka Bersatu, yang mempunyai 25 anggota Parlimen (tidak termasuk Mahathir) dan 11 bekas anggota parlimen PKR yang menyokong Azmin, telah berkata mereka akan menyokong Mahathir.GPS dengan 18 anggota parlimen turut menyokong Mahathir. Pendirian Warisan masih belum jelas tetapi presidennya Shafie Apdal sebelum ini menyebut partinya menyokong Mahathir dalam krisis politik yang berlaku.Sumber Bersatu membayangkan ada usaha untuk mencapai persetujuan yang Mahathir akan kekal sebagai perdana menteri sehingga November, dengan Anwar menjadi timbalannya.Sebagai pertukaran, anak Mahathir iaitu Mukhriz akan mengambil kedudukan nombor dua apabila Anwar menjadi perdana menteri nanti.Seorang sumber lain berkata Anwar akan menjadi perdana menteri, dengan Mahathir dilantik memegang peranan menteri mentor dan Mukhriz menyertai kabinet.Bagaimanapun tidak jelas sama ada mana-mana persetujuan ini telah dicapai.Seorang sumber PH membayangkan gabungan itu terbuka untuk Mahathir menjadi perdana menteri sehingga November tetapi tiada maklumat berkenaan sama ada bekas pengerusi Bersatu itu telah mencapai sebarang persetujuan dengan Anwar, sejak percubaan menjatuhkan kerajaan PH pada Ahad lalu.
Sehingga awal semalam, kelihatan semua anggota parlimen akan mengisytiharkan sokongan kepada Mahathir.Namun BN dan PAS menarik balik sokongan itu, membantah dakwaan rancangan Mahathir untuk membentuk kerajaan berdasarkan individu dan bukannya mengikut parti politik.Mereka turut menolak prospek berada dalam kerajaan bersama-sama DAP.Mereka juga mendesak pilihan raya umum diadakan, dan ia boleh berlaku jika langkah PH gagal.Krisis politik yang sedang berlaku tercetus selepas kumpulan Azmin bersama-sama Umno, PAS, Bersatu, GPS, dan menurut laporan Warisan, cuba mewujudkan gabungan baru, dengan Mahathir sebagai perdana menteri.Ia bagi menggagalkan persetujuan PH untuk Mahathir menyerahkan jawatan itu kepada Anwar selepas sidang Apec pada November ini.Bagaimanapun langkah itu gagal apabila Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan kemudiannya sebagai pengerusi Bersatu. (MK)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |