Paling Kurang 3 Negeri Ph Boleh Runtuh


BERITA

Sekurang-kurangnya tiga kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan akan runtuh apabila mengambil kira gabungan baru yang dipimpin MP Gombak Azmin Ali melibatkan anggota parlimen daripada PKR, Bersatu, BN, PAS, Warisan dan GPS.

Kerajaan negeri yang berisiko ialah Perak, Melaka dan Kedah.

Johor juga bakal menyaksikan DUN tergantung.

Kerajaan pimpinan Warisan akan mengekalkan Sabah tetapi DAP dan PKR akan disingkir daripada gabungan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan mungkin akan mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor.

Di Perak, pada masa ini, PH mempunyai 30 kerusi, terdiri daripada 18 DAP, enam Amanah, empat PKR dan dua Bersatu.

Pada ketika ini, pembangkang mempunyai 28 kerusi, 25 daripada Umno dan tiga PAS serta terdapat juga seorang Adun bebas.

Apabila sokongan Bersatu beralih daripada PH, maka Umno, PAS dan Bersatu akan secara kolektif mengawal 30 kerusi daripada 58 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak sehingga membentuk kerajaan baru dengan majoriti dua kerusi.

DUN Johor boleh tergantung

Di Melaka pula, PH mempunyai 15 Adun yang terdiri daripada lapan wakil DAP, tiga wakil PKR dan dua lagi Bersatu dan Amanah.

Pembangkang di negeri ini memiliki 13 kerusi DUN, semuanya daripada Umno.

Sekiranya Adun Bersatu menukar sokongannya, keadaan akan sama dengan Perak, di mana Umno dan Bersatu boleh membentuk kerajaan majoriti dua kerusi kerana gabungan itu bakal mengawal 15 daripada 28 kerusi dewan undangan negeri.

Di Kedah, gabungan PH sekarang mempunyai 19 kerusi DUN yang terdiri daripada tujuh wakil PKR, enam wakil Bersatu, empat wakil Amanah dan dua wakil DAP.

Ini berlawanan dengan pembangkang yang mempunyai 17 kerusi, terdiri daripada 15 wakil PAS dan dua wakil Umno.

Bagaimanapun, jika Bersatu menukar sokongannya, pakatan baru itu akan mengawal 23 daripada 36 kerusi DUN, cuma satu kerusi saja lagi bagi mencapai majoriti dua pertiga.

Sementara itu, di Johor, situasi DUN boleh tergantung.

Pada masa ini, PH mempunyai 39 kerusi daripada 56 Anggota Dewan Undangan Negeri Johor yang terdiri daripada 14 wakil DAP, 11 wakil Bersatu, sembilan wakil Amanah dan lima wakil PKR.

Pembangkang mempunyai 17 kerusi yang terdiri daripada 14 wakil Umno, dua wakil MIC dan satu wakil PAS.

Peralihan sokongan Bersatu boleh menyebabkan kedua-dua PH dan gabungan baru tersebut menguasai 28 kerusi masing-masing, membawa kepada DUN yang digantung.

Tidak jelas jika MP Gombak Azmin Ali mendapat sokongan daripada lima Adun PKR di Johor. Beliau cuma memerlukan seorang sahaja Adun PKR untuk berpaling tadah dan kerajaan negeri akan runtuh.

Di Negeri Sembilan, PH berada dalam kedudukan yang lebih selesa kerana Bersatu tidak menyumbang mana-mana 20 kerusi yang dikuasainya dalam DUN.

Wakil PH di negeri itu terdiri daripada 11 kerusi DAP, enam wakil PKR dan tiga wakil Amanah.

Pembangkang mempunyai 16 kerusi dengan 15 wakil Umno, manakala satu wakil MIC.

Bagaimanapun, sama seperti situasi di Johor, kelangsungan kerajaan PH di Negeri Sembilan juga bergantung terhadap Adun PKR supaya tidak berpaling tadah kepada Azmin.

Tiga Adun berpaling tadah akan mencukupi untuk meruntuhkan kerajaan PH di Negeri Sembilan.

Di Selangor, pangkalan kuasa PKR, PH menguasai 50 daripada 56 kerusi DUN.

Gabungan parti pemerintah negeri ini terdiri daripada PKR dengan 21 kerusi, 16 wakil DAP, lapan wakil Amanah dan lima wakil Bersatu.

Terdapat enam kerusi pembangkang yang terdiri daripada lima wakil Umno dan satu wakil PAS.

Kerajaan PH di Selangor agak selamat walaupun Bersatu mengalih sokongannya. Jika gabungan Umno-PAS-Bersatu tersebut dibentuk di negeri itu, ia cuma dapat mengawal 11 daripada 56 kerusi.

Malah jika sejumlah besar Adun PKR yang menyokong Azmin berpaling tadah sekalipun, gabungan itu mungkin dapat bertahan di Selangor.

Ini kerana DAP dan Amanah sudah mengawal hampir 43 peratus daripada kerusi DUN dan hanya memerlukan lima Adun PKR untuk mengekalkan kerajaan negeri.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkemungkinan dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya lima orang Adun yang setia kepada daripada wakil rakyat PKR di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Sumber parti juga membayangkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shaari, sekutu Azmin, belum lagi berhasrat untuk meninggalkan PH buat masa ini.

Tak semua Adun PKR sejajar Azmin

Di Pulau Pinang, kerajaan negeri PH kekal dalam kedudukan yang selesa tanpa mengira jika gabungan baru dibentuk.

Ini kerana DAP dan Amanah sahaja mempunyai kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.

Oleh itu walaupun semua anggota PKR berpaling tadah, tidak banyak perubahan yang berlaku. Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak mungkin berlaku kerana tidak semua Adun PKR sejajar dengan gabungan pimpinan Azmin.

Pada masa ini, gabungan parti pemerintah di negeri itu mempunyai 37 kerusi, terdiri daripada 19 Adun DAP, 14 wakil PKR, dua wakil Amanah dan dua wakil Bersatu.

Pembangkang mempunyai tiga kerusi DUN, iaitu dua daripada Umno dan satu wakil PAS.

Di Sabah, kerajaan negeri diketuai oleh Warisan dan PH cuma sekadar rakan kongsi kecil.
Oleh itu jika Warisan menyertai gabungan baru, apa yang perlu dilakukannya adalah dengan menyingkirkan PH daripada kerajaan negeri dan meneruskan urusan pentadbiran seperti biasa.

Gabungan parti pemerintah di negeri itu sekarang menguasai 52 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Mereka terdiri daripada 31 Adun Warisan, sembilan wakil Bersatu, enam wakil DAP, empat wakil Upko dan dua wakil PKR.

Pembangkang mempunyai tujuh Adun, terdiri daripada empat wakil GBS dan tiga wakil Star.

Ini tidak termasuk lima Adun yang dilantik, satu ciri unik Dewan Undangan Negeri Sabah.

Warisan sahaja dengan bersendirian mempunyai wakil rakyat yang mencukupi untuk membentuk kerajaan dan memilih mana-mana rakan kongsi mengikut budi bicara parti itu.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/02/paling-kurang-3-negeri-ph-boleh-runtuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paling Kurang 5 Nama Akan Dicadangkan Kepada Ydp Agong

Paling Kurang 5 Nama Akan Dicadangkan Kepada Ydp Agong

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 303 hits
Ku LiHishamuddinMuhyiddinAnwarMahathirJika Tun tolak Muhyiddin dan Anwar mempunyai sama kekuatan UMNO dan PAS akan tarik diri menyokong Muhyiddin jika DAP terlibat Apakah Anwar akan tinggalkan DAP untuk mendapat sokongan UMNO Apakah BERSATU...
Yang Paling Teruk Macam Mana Boleh Naik Sampai Situ Kemalangan Tragis Cuit Hati Netizen

Yang Paling Teruk Macam Mana Boleh Naik Sampai Situ Kemalangan Tragis Cuit Hati Netizen

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 587 hits
Setiap penunggang motosikal sangat terdedah dengan bahaya terutama sekali apabila dalam keadaan cuaca hujan Pastinya jika penunggang motosikal ini kemalangan sudah pasti mereka akan mendapat kecederaan walaupun sikit Malang tidak berbau kem...
Ph Boleh Tubuh K Jaan Minoroti Ap Pkr Dap Amanah 92 Kurang 20 Majoriti Mudah

Ph Boleh Tubuh K Jaan Minoroti Ap Pkr Dap Amanah 92 Kurang 20 Majoriti Mudah

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 343 hits
PH isytihar sokong Anwar sebagai PM Wujud tanda tanda bahawa semua anggota parlimen PH mengisytiharkan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dalam pertemuan mereka dengan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah...
3 Tempat Paling Banyak Bakteria Berkumpul Kita Selalu Pegang Tak Boleh Elak

3 Tempat Paling Banyak Bakteria Berkumpul Kita Selalu Pegang Tak Boleh Elak

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 513 hits
Semua orang harus mementingkan soal kesihatan tambahan sekarang tular tentang virus virus yang boleh mendatangkan maut Oleh itu jangan pandang ringan soal kebersihan Kebanyakan penyebaran virus ini dapat dielakkan dengan apabila seseorang i...
Dirjen Bea Cukai Hanya Boleh Bawa Dua Smartphone Dari Luar Negeri

Dirjen Bea Cukai Hanya Boleh Bawa Dua Smartphone Dari Luar Negeri

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 328 hits
Meski telah diatur pemerintah mempersilakan masyarakat untuk membeli dan membawa pulang Hanya saja maksimal dua smartphone atau tablet dari luar negeri yang boleh dibawa ke Indonesia
Ramai Pemimpin Ph Yang Tak Boleh Tidur Lena Semalam Disebabkan Isu Ini

Ramai Pemimpin Ph Yang Tak Boleh Tidur Lena Semalam Disebabkan Isu Ini

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 471 hits
Foto Harian MetroSeluruh rakyat Malaysia tertumpu pada desas desus berhubung kemungkinan pengaturan semula lanskap politik negara yang mana beberapa mesyuarat penting dilihat berlangsung di beberapa lokasi berbeza semalam Berikut adalah kro...
Android 11 Sudah Boleh Dicuba Hadir Dengan Beberapa Ciri Yang Dinaik Taraf

Android 11 Sudah Boleh Dicuba Hadir Dengan Beberapa Ciri Yang Dinaik Taraf

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 271 hits
Sumber gambar dari AndroidPITKebiasaannya sebelum sesebuah sistem operasi diperkenalkan secara rasmi dalam acara tahunan Google syarikat gergasi berkenaan akan mengeluarkan dahulu sistem berkenaan untuk dicuba dan diuji oleh pengguna Dari i...
Ketua Mpr Ingin Pengguna Motor Boleh Lewat Jalan Tol Sama Sama Bayar Pajak

Ketua Mpr Ingin Pengguna Motor Boleh Lewat Jalan Tol Sama Sama Bayar Pajak

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 204 hits
Ketua MPR RI Bambang Soesatyo ingin pengguna kendaraan roda dua bisa masuk ke jalan tol Alasannya para pengendara sepeda motor juga membayar pajak untuk negara
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik