Petua Tuam Muka Dengan Ais Beri Manfaat Untuk Kecantikan Wajah
Petua Tuam Muka Dengan Ais Beri Manfaat Untuk Kecantikan Wajah. Sebelum nak kahwin pasti macam-macam petua yang cuba anda amalkan agar seri wajah anda terserlah di hari bahagia. Maklum sahajalah anda kan bakal menjadi tumpuan ramai. Tak perlu berhabis wang ringgit, petua menuam muka dengan ais batu ternyata beri banyak manfaat untuk kecantikan wajah. Jom kita tengok antara kelebihan mengamalkan petua ini.
RAWAT BENGKAK BAWAH MATA
Masalah bengkak di bawah mata pasti merungsingkan terutamanya jika hari bahagia anda bakal tiba. Gunakan ketulan ais yang diperbuat daripada jus timun dan air mawar untuk mengatasi masalah ini. Hanya balut dua biji air batu dengan kain dan tekapkan pada mata yang terpejam. Kemudian urut dengan gerakan membulat secara perlahan selama 2 minit.
PENGGANTI ALAT SOLEK
Jangan bimbang jika anda tak ada masa nak mengenakan alat solek. Balut ais batu dan oleskan pada wajah. Hasilnya menjadikan kulit wajah akan berseri secara semula jadi tanpa penggunaan sebarang alat solek.
KECILKAN LIANG PORI
Bagi anda yang miliki pori-pori wajah yang besar, cuba sapukan ais batu pada wajah selama 2-3 minit. Jika anda lakukan secara konsisten, pori-pori wajah yang besar itu akan mula mengecil hanya dalam masa beberapa hari.
SAPUAN BEDAK ASAS LEBIH SEMPURNA
Ternyata ais batu merupakan penyegar kulit wajah yang murah dan menjimatkan. Sebelum memakai alat solek, sapukan dahulu ais batu pada wajah. Hasilnya menjadikan sapuan bedak asas anda lebih sempurna dan sekata.
Kelebihan Menuam
Memang banyak rupanya kelebihan menuam ais batu pada wajah ni kan? Rugi kalau yang nak kahwin tu tak amalkan. Dah kasi kelebihan, sekarang anda ikuti pula perkongsian Zara Razali yang pernah mengamalkan petua menuam ais batu atas saranan mak andamnya sebelum beliau melangsungkan majlis pertunangan.
Sumber: Pesona Pengantin
Artikel lain
Ketahui Waktu Paling Mustajab Untuk Berdoa. Jangan Leka! Rebut Peluang Ini, InsyaAllah Akan Dipermudahkan Segala Urusan!
Berdoa pada waktu-waktu mustajab adalah cara kita sebagai umat islam berusaha untuk mendapatkan keredhaan serta kejayaan dunia dan akhirat dari Ilahi. Di samping itu jangan lupa juga berdoa kepada Allah pada setiap masa, tanpa hanya menunggu waktu-waktu yang disebutkan di atas ini kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihi setiap hambaNya.
1. WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH
Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak”(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).
2. SEMASA HUJAN TURUN
Apabila hujan turun membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering. Waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan. Rasulullah s.a.w bersabda “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” (Hadis Riwayat Al Hakim)
3. 2 WAKTU PADA HARI JUMAAT
Hari Jumaat adalah hari yang istimewa di sisi Allah. Rasulullah SAW pernah membicarakan tentang hari Jumaat dalam sebuah hadis sahih di mana Baginda bersabda: “Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (dimakbulkan), maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)/ Selain itu, satu lagi waktu yang patut dianggap mustajab oleh para ulama’ adalah ketika waktu imam duduk di mimbar sehingga solat Jumaat selesai. Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata : Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan solat Jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “Ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai solat Jumaat”.(Hadis Riwayat Muslim)
4. SEPERTIGA MALAM TERAKHIR
Apabila sepertiga terakhir malam, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka. Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda, “Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
5. HARI ARAFAH PADA MUSIM HAJI
Sesiapa yang sampai ke sini sememangnya bertuahlah kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah Al Mukarramah lebih-lebih lagi pada musim haji. Sabda Rasulullah SAW “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).
6. KETIKA WAKTU SAHUR DAN BERBUKA PUASA
Disamping waktu terakhir sepertiga malam, waktu sahur juga tergolong dalam waktu mustajab itu. Oleh itu banyakkan berdoa dan berzikir sambil bersahur sehingga masuknya waktu solat fardhu Subuh. Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu lagi waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
The post Petua Tuam Muka Dengan Ais Beri Manfaat Untuk Kecantikan Wajah appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/petua-tuam-muka-dengan-ais-beri-manfaat-untuk-kecantikan-wajah/