Tuam Ais Atau Tuam Haba Lebih Baik Untuk Surutkan Bengkak Selepas Kecederaan Sukan


Tuam ais ke tuam haba lebih baik untuk surutkan bengkak selepas kecederaan sukan? | Cedera selepas bersukan adalah perkara biasa berlaku kepada sesiapa sahaja. Anggota badan bengkak dan mula timbul rasa kurang selesa. Macam apa yang Diah alami baru-baru ni. 
Kisahnya, bulan October yang lepas Diah berjaya habiskan larian sejauh 5kilometer. Syabas untuk diri sendiri dan satu pencapaian yang boleh dibanggakan sebelum tahun 2018 melabuhkan tirai. Lepas tamat larian dan sampai rumah, badan dan mula beri isyarat nak sakit-sakit. Padahal dah buat warm up pun sebelum berlari. Agaknya faktor usia dan juga lama sangat dah tak turun padang buat aktiviti berat macam ni. Tak pasti pula ada kecederaan otot atau tak tapi sakit dia memang buat tak selesa la. Muscle crampt omputih kata. 
Memang sejak dulu kalau muscle cramp lepas bersilat atau jogging perkara pertama mesti akan tuam kat anggota badan yang sakit. Diah suka tuam dengan pek ais lepas tu baru sapu minyak panas sebelum masuk tidur. Kebiasaan memang menjadi berkurang sedikit sakit ke esok kan harinya, tapi kena pastikan lepas tuam dan sapu minyak kena tidur. Pagi esok in sha Allah boleh la bangun dan buat aktiviti macam biasa walau terbatas pergerakkan.
Tuam Haba atau Tuam Ais yang lebih elok?Kebetulan terbaca artikel yang di kongsi oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan dekat Facebook tentang Tuam selepas kecederaan sukan. Macam tahu-tahu je Diah tengah mencari info pasal tuam ni. Kawan-kawan sila ikut laman sosial Dr. Kamarul sebab dia suka kongsi informasi berkaitan kesihatan. Ni Dr. betul punya. Bukan Dr. beli ahaks. Selalu Dr. guna twitter dengan hashtag #MedTweetMY  Jadi Diah kongsikan dekat sini penerangan Dr. tentang Tuam seperti di bawah.

“Tuam ais ke tuam haba lebih baik untuk surutkan bengkak selepas kecederaan sukan?”

Kedua-dua tuam ais dan haba memberi kesan yang baik kepada pemulihan kecederaan sukan. Namun perlu tahu bila tuam ais atau haba lebih sesuai digunakan. Tuam ais, atau cryotherapy sesuai untuk kecederaan akut seperti terseliuh, terkehel, otot atau tendon terlebih regang, trauma tumpul pada otot dan sebagainya.

Rawatan ini memanfaatkan reaksi pembuluh darah yang akan mengecut jika didedahkan kepada kesejukan. Reaksi ini akan menyebabkan penurunan bekalan darah dan secara tidak langsung mengurangkan reaksi keradangan. Hal ini mengekang pembentukan bengkak yang teruk.

Selain itu, tuam ais dapat menurunkan aktiviti saraf. Ini boleh memberi kesan kebas lantas mengurangkan kesakitan kepada kawasan kecederaan. Oleh yang demikian, tempoh yang sesuai untuaman ais adalah pada awal tempoh kecederaan, iaitu sebaik sahaja kecederaan berlaku dan 3 hari berikutnya.

Cara-cara melakukan tuaman ais:

1. Letakkan ais atau pek ais ke dalam balutan tuala kecil
2. Tuam ais pada bahagian yang tercedera selama 10 minit dan angkat tuaman 5 minit
3. Ulang langkah 2 selama 4 kitaran
Boleh ulang set ini 2-3 kali sehari

[ ! ] Elakkan daripada meletakkan ais secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit, tisu dan saraf

Tuam Haba

Tuam haba, atau thermotherapy pula sesuai kecederaan kronik atau kecederaan yang melibatkan kekejangan dan sengal otot. Contoh: silap bantal dan simpul biawak.

Haba memperbaiki aliran darah ke kawasan yang di tuam dan merelakskan otot dan melegakan kesakitan kekejangan otot. Selain itu haba juga menjadikan otot lebih fleksible. Ia memberi efek yang selesa selain mempercepat proses pemulihan
Tuam haba sesuatu dibuat pada hari ke-4 dan seterusnya selepas kecederaan. 

Cara-cara lakukan tuaman haba:1. Lembabkan tuala dengan air suam atau letakkan pek haba dalam balutan tuala
2. Tuamkan pada bahagian yang tercedera selama 5 minit, dan berhenti seketika
3. Ulang langkah beberapa kali sehingga kesakitan lega.

[ ! ] Elak daripada meletakkan sumber haba secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit. Tuam haba pada awal kecederaan boleh mengakibatkan bengkak yang besar.

Jika ada luka, elakkan lakukan mana-mana tuaman. Berjumpalah dengan doktor jika ada kesangsian berkenaan pilihan tuaman.

Teringat petua orang lama, kalau leher terseliuh sebab tersalah posisi masa tidur atau salah bantal petua nya ialah kena tepuk-tepuk bantal tu sebelum tidur. Lagi satu petua ialah lepas je bangun tidur, masukkan ibu jari dan ambil air liur dekat lelangit dan sapu ke leher yang sakit. Sebelum sapu kena selawat dulu. Bila buat kena yakin, sebab Diah tak yakin maka petua tu tak pernah la menjadi.

Kesimpulannya, kalau dah tuam tapi masih lagi tak sihat dan tak boleh bangun kena la berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Jangan memandai-mandai nak makan ubat tanpa berjumpa doktor. Buruk padahnya.

Jom jalani gaya hidup yang sihat dan majulah sukan untuk negara. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2018/11/tuam-ais-atau-tuam-haba-untuk-surutkan-bengkak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Huawei Nova 3i Akan Terima Kemaskini Ais Untuk Rakaman Waktu Kurang Cahaya Yang Lebih Baik

Huawei Nova 3i Akan Terima Kemaskini Ais Untuk Rakaman Waktu Kurang Cahaya Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 332 hits
Usia Huawei Nova 3i untuk pasaran Malaysia menghampiri 4 bulan dan ia sudah dikemaskini dengan beberapa ciri seperti contoh GPU Turbo pada Ogos yang lalu Terbaru peranti kelas pertengahan ini bakal menerima penambahbaikan pada sistem kamera...
Sby Ingatkan Sekjen Gerindra Daripada Menyalahkan Lebih Baik Mawas Diri

Sby Ingatkan Sekjen Gerindra Daripada Menyalahkan Lebih Baik Mawas Diri

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 294 hits
Ketua Umum Demokrat Susilo Bambang Yudhoyono merespons pernyataan Sekjen Gerindra Ahmad Muzani Muzani sempat mengungkap SBY berjanji akan mengkampanyekan Prabowo Sandiaga di Pilpres 2019
Pelatih Psm Makassar Akui Persebaya Bermain Lebih Baik

Pelatih Psm Makassar Akui Persebaya Bermain Lebih Baik

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 287 hits
Robert Rene Alberts Fitri Apriani Merdeka com 8211 Bola net 8211 Pelatih PSM Makassar Robert Rene Alberts menilai Persebaya bermain lebih baik dari timnya Sehingga Green Force layak menang dalam pertandingan yang berlangs
Kesejahteraan Buruh Tani Relatif Lebih Baik

Kesejahteraan Buruh Tani Relatif Lebih Baik

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 225 hits
Menurut data yang baru dirilis Badan Pusat Statistik secara implisit menunjukkan kesejahteraan buruh tani pada Oktober 2018 relatif menjadi lebih baik dan relatif stabil dibandingkan dengan kesejahteraan buruh bangunan
Siapa Lebih Bijak Manusia Atau Unta

Siapa Lebih Bijak Manusia Atau Unta

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 337 hits
Nasruddin tanya tetangganya mana yang lebih bijak unta atau manusia Unta jawab Mulla Nasruddin Mengapa pula tetangganya bertanya lagi Unta membawa beban berat tanpa keluhan namun tidak pernah meminta beban tambahan Manusia walaupun sudah di...
11 Selebriti Dunia Ini Bisa Berbicara Dalam 5 Bahasa Atau Lebih Ada Yang Sampai 10

11 Selebriti Dunia Ini Bisa Berbicara Dalam 5 Bahasa Atau Lebih Ada Yang Sampai 10

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 249 hits
11 Selebriti dunia ini bisa berbicara dalam 5 bahasa atau lebih ada yang sampai 10 Antara lain Tom Hiddleston Shakira Salma Hayek Jodie Foster Viggo Mortensen Natalie Portman dan Henry Lau ex Super Junior M
Cara Rawat Hati Bengkak Atau Hati Berlemak Dengan Selamat Dan Semulajadi

Cara Rawat Hati Bengkak Atau Hati Berlemak Dengan Selamat Dan Semulajadi

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 1116 hits
Assalamualaikum kawan kawan hari ni saya nak terangkan bagaimana suplemen menjadi salah satu cara rawat hati bengkak atau hati berlemak Semestinya suplemen yang akan saya terangkan ini adalah suplemen yang diiktiraf oleh Kementerian kesihat...
Magisnya Kuasa Doa Tukar Cara Kita Berdoa Ikut 6 Formula Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik

Magisnya Kuasa Doa Tukar Cara Kita Berdoa Ikut 6 Formula Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 554 hits
Tidak dinafikan kuasa berdoa amatlah hebat Magisnya mampu memperkenankan setiap permintaan dan harapan seorang hamba kepada penciptaNya Dalam pada kita berdoa dengan bersungguh sungguh dengan hati yang bersih sebenarnya cara kita berdoa jug...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa