Petua Kuruskan Badan Paling Sempoi Dan Seronok


Petua Kurus Badan Paling Sempoi Dan Seronok. Bila fikir nak kurus kan badan, mesti rasa tak syok sebab kita terpaksa diet dan buang menu kegemaran kita jauh-jauh. Tak boleh lagi makan KFC, makanan berlemak, hindari manis maksudnya tiada kek untuk tempoh tertentu, kena bersenam sebanyak mungkin dan lain-lain lagi. Segala benda tak suka kena buat, benda yang digemari pula kena buang jauh.

Elakkan makan ice cream berlebihan
Tetapi ada petua kurus yang memang sempoi yang saya nak share dengan anda semua. Anda boleh kuruskan badan dengan rasa seronok dan rileks aje, tak mahu stress, ok.

Petua kuruskan badan cara sempoi berikut nanti bukanlah mesti jadi dalam sehari dua, ia makan masa lebih kerana ia proses menurunkan berat badan secara semulajadi. Iaitu, tanamkan sikap yang positif untuk kurus demi kesihatan bukan disebabkan rasa malu berbadan gemuk dan sebagainya. Bila tak stress, barulah datangnya seronok. Sempoi aje..


Petua Kuruskan Badan Paling Sempoi Dan Seronok 

Apa agaknya petua kurus yang tak stress? Apakah cara nak kurus tapi masih seronok lakukannya. Mari kita renungkan cara berikut, iaitu cara kurus yang sempoi dan seronok. 
1. Tidur Awal
Tidur memang seronok terutamanya bila badan kita letih. Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik.

Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama.

Tidur tidak tentu, lambat laun boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit. Tidur awal menyebabkan kita tidak mengambil makanan lewat malam yang boleh menyebabkan gemuk.

2. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Susah ke nak makan sayur? Makan sayur lebih banyak daripada mengambil daging merah dan sebagainya boleh kuruskan badan. Kalau susah makan sayur, beli sayuran yang anda suka saja, seperti bayam atau sawi?

Lebihkan makan sayur untuk kurus. Sempoi kan?

Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas?

Sedangkan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sekaligus akan menyebabkan semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan. Ingat ya, kurangkan gula dan garam!

3. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Seronoknya bila orang berjaya kuruskan badan. Kita pun teringin sama-sama kurus. Tetapi rileks aje, kurus untuk sihat bukan sebaliknya! Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan

Oleh itu berseronoklah untuk kurus mengikut semulajadi, perlahan-lahan tetapi berhasil. Betul tak? Jangan stress ok!

4. Masaklah Dengan Cara Rebus, Panggang, Kukus
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan. Awas ya! Masak dengan rasa seronok, sihat dan untuk kurus.

5. Kurus Cara Sempoi Dengan Air Limau Nipis 
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. Kurus dengan rasa seronok..

Seronok tak baca cara-cara nak kuruskan badan di atas? Baca dengan rasa santai, lakukan dengan seronok dan anda pasti dapat hasil yang anda idam-idamkan. 
Selamat mencuba
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2016/12/petua-kuruskan-badan-paling-sempoi-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Socotra Pulau Paling Aneh Misteri Dan Paling Indah Di Dunia

Socotra Pulau Paling Aneh Misteri Dan Paling Indah Di Dunia

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 612 hits
Suatu tempat di Selatan Semenanjung Arab terletak sebuah pulau yang penuh dengan pelbagai bentuk kehidupan yang pelik pelik dan merupakan salah satu tempat paling aneh di bumi Pulau kecil ini dan dihuni oleh suku kaum yang rantaian genetikn...
Hiburan Tips Masuk Rumah Baru Mungkin Ramai Terlepas Pandang Yang Last Paling Penting

Hiburan Tips Masuk Rumah Baru Mungkin Ramai Terlepas Pandang Yang Last Paling Penting

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 308 hits
Selain berada dalam fasa norma kehidupan baru tak kurang juga yang melangkah ke dunia baru mendirikan masjid dan bergelar suami isteri selepas lama bercinta Dah kahwin bermula lah hidup berdua berkeluarga dan berpindah hidup di rumah sendir...
Gagal Patuhi Penjarakan Fizikal Paling Banyak Dikompaun Semalam Kata Ismail Sabri

Gagal Patuhi Penjarakan Fizikal Paling Banyak Dikompaun Semalam Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 256 hits
Gagal patuhi penjarakan fizikal paling banyak dikompaun semalam kata Ismail Sabri nbsp Dikemas kini 8 minit yang lalu Diter
Kes Aktiviti Pusat Hiburan Paling Tinggi Ingkar Sop

Kes Aktiviti Pusat Hiburan Paling Tinggi Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 276 hits
Oleh AMREE AHMAD ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara semalam naik lagi untuk hari ketiga berturut turut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri...
Pada Garis Waktu Yang Paling Tepat

Pada Garis Waktu Yang Paling Tepat

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 200 hits
PADA GARIS WAKTU YANG PALING TEPAT Assalammualaikum wbt Setiap kita tlah Tuhan sediakan garis waktu masing masing Tak ada siapa pun yang tahu yang tahu cuma Allah SWT sahaja Sejak kita belum lahir lagi Semua telah ada Ya TELAH ADA TERSEDIA ...
Pau2020 Ahmad Maslan Kata Kerajaan Pn Paling Tidak Stabil Dalam Dunia

Pau2020 Ahmad Maslan Kata Kerajaan Pn Paling Tidak Stabil Dalam Dunia

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 378 hits
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan Perikatan Nasional kerajaan paling tidak stabil dalam dunia pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 hari ini Menurut beliau keadaan itu sekali gus menjadikan PAU 2020 adalah sejarah bagi UM...
Paling Ramai Lompat Dalam Sejarah

Paling Ramai Lompat Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 249 hits
Bilangan ahli Parlimen Malaysia melompat parti selepas pilihan raya umum ke 14 yang mencecah 39 orang adalah isyarat jelas bahawa amalan demokrasi negara kini tidak sihat dan membimbangkan Berdasarkan senarai kedudukan terkini ahli Parlimen...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa