Paling Ramai Lompat Dalam Sejarah



Bilangan ahli Parlimen Malaysia melompat parti selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang mencecah 39 orang adalah isyarat jelas bahawa amalan demokrasi negara kini tidak sihat dan membimbangkan.
(Sinar Harian) – Berdasarkan senarai kedudukan terkini ahli Parlimen Malaysia disediakan laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sinar Harian mengenal pasti jumlah ahli Parlimen yang melompat parti lebih 17.56 peratus daripada keseluruhan 222 ahli Parlimen.
Penentuan ahli-ahli Parlimen yang dianggap melompat parti pula adalah berdasarkan tiga kriteria iaitu wakil rakyat keluar parti untuk menyertai parti lain, keluar parti bagi menjadi ahli Parlimen bebas serta bertindak menyokong blok berlawanan sebelum dipecat parti sendiri.
Angka tersebut dipercayai yang teramai dalam sejarah rekod ahli Parlimen lompat parti sejak lebih 60 tahun lalu.
Penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, berdasarkan perbandingan dengan negara-negara jiran di rantau Asia Tenggara, Malaysia boleh dianggap sebagai negara berdepan masalah paling ramai ahli Parlimen lompat parti.
Jelas beliau, senario itu menunjukkan amalan demokrasi negara berada di landasan terburuk dengan Malaysia kini terletak pada titik terendah dalam aspek menyuburkan sistem demokrasi berparlimen.
“Sekiranya dilihat senario politik negara-negara jiran, kita tidak pernah jumpa berita ahli Parlimen Indonesia lompat parti. Kalau di negara Singapura, hampir tiada isu wakil rakyat lompat parti.
“Isu ini disebabkan undang-undang Malaysia tidak tegas dengan amalan wakil rakyat keluar parti dianggap sebagai satu kebebasan berpersatuan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Pelaksanaan Akta Anti Lompat Parti perlu dipandang serius semua pihak kerana secara praktikalnya, di negara ini pengundi lebih cenderung memilih parti yang bertanding dalam sesebuah pilihan raya berbanding calon diketengahkan,” katanya kepada Sinar Harian.
Komitmen 222 ahli Parlimen
Semakan Sinar Harian mendapati selain Malaysia, negara-negara lain di dunia yang turut berdepan masalah ahli Parlimen lompat parti secara kerap adalah Brazil, Itali, Romania, Ukraine, India, Filipina dan New Zealand.
Lebih menarik, di New Zealand, istilah khas bagi wakil rakyat melompat parti di negara itu adalah ‘waka-jumping’, bersamaan dengan istilah ‘katak’ yang digelarkan kepada wakil rakyat Malaysia yang melompat parti.
Sementara itu, pakar undang-undang, Profesor Datuk Salleh Buang mendedahkan sejumlah 41 daripada 193 negara di seluruh dunia telah melaksanakan Akta Anti Lompat Parti berdasarkan satu kajian dibuat sekitar tahun 2009.
Jelas beliau, angka keterlibatan 41 negara yang menggubal Akta Anti Lompat Parti berkenaan menunjukkan fenomena wakil rakyat lompat parti adalah merupakan isu global yang harus ditangani melalui aspek perundangan.
“Pelaksanaan Akta Anti Lompat Parti melalui Enakmen Negeri seperti dilakukan Kelantan dan Pulau Pinang dilihat tidak memberi kesan positif kerana peruntukannya menyalahi (bertentangan) dengan Perkara 10 Fasal (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.
“Fasal (1) (c) Perlembagaan menjadi hak setiap warga negara ‘membentuk persatuan’ yang ditafsirkan secara luas untuk meliputi hak untuk ‘menyertai atau meninggalkan’ apa-apa persatuan.
“Mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan dengan Fasal (1) (c) akan menjadi tidak sah dan terbatal,” katanya.
Bagi Salleh, sekiranya 222 ahli Parlimen di Malaysia komited untuk melaksanakan Akta Anti Lompat Parti, kaedah penggunaan Perkara 10 Fasal (2) (a) Perlembagaan Persekutuan bagi meluluskan akta berkenaan sebagai satu undang-undang Persekutuan boleh direalisasikan.
“Kita sendiri menjadi saksi fenomena wakil rakyat lompat parti secara berleluasa pada pasca PRU14 telah memporak-perandakan negara.
“Kesimpulannya, Akta Anti Lompat Parti tiada masalah digubal sekiranya dijadikan undang-undang Persekutuan, cuma persoalannya adakah 222 ahli Parlimen kita komited menjayakannya?” katanya.
INFO
Senarai ahli Parlimen keluar parti pasca PRU14
1. Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai-UMNO) kini sertai Bersatu
2. Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang-UMNO) kini sertai Bersatu
3. Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah-UMNO) kini sertai Bersatu
4. Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli-UMNO) kini sertai Bersatu.
5. Datuk Rozman Isli (Labuan-UMNO) kini sertai Warisan
6. Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut-UMNO) kini sertai Bersatu
7. Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor-UMNO) kini sertai Bersatu
8. Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah-UMNO) kini sertai Bersatu
9. Datuk Seri Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing-UMNO) kini sertai Bersatu
10. Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam-UMNO) kini sertai Bersatu
11. Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu-UMNO) kini sertai Bersatu
12. Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort-UMNO) kini sertai Bersatu
13. Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran-UMNO) kini sertai Bersatu
14. Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat-UMNO) kini sertai Bersatu
15. Datuk Zakaria Mohd Edris (Libaran-UMNO) kini sertai Bersatu
16. Yamani Hafez Musa (Sipitang-UMNO) kini sertai Bersatu
17. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak-PKR) kini sertai Bersatu
18. Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang-PKR) kini sertai Bersatu
19. Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota-PKR) kini sertai Bersatu
20. Baru Bian (Selangau-PKR) kini menyertai Parti Sarawak Bersatu
21. Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak-PKR) kini sertai Bersatu
22. Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal-PKR) kini sertai Bersatu
23. Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat-PKR) kini sertai Bersatu
24. Datuk Seri Dr R Santhara Kumar (Segamat-PKR) kini sertai Bersatu
25. Ali Biju (Seratok-PKR) kini menyertai Bersatu
26. Willie Mongin (Puncak Borneo-PKR) kini sertai Bersatu
26. Jonathan Yasin (Ranau-PKR) kini sertai Bersatu
28. Datuk Masir Kujat (Sri Aman-GPS) keluar dari Parti Rakyat Sarawak kini sertai Parti Sarawak Bersatu (PSB)
29. Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas setelah dipecat parti.
30. Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas setelah dipecat parti.
31. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas setelah dipecat parti.
32. Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas setelah dipecat parti.
33. Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas setelah dipecat parti
34. Datuk Seri Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas
35. Tambat @ Jugah Muyang (Lubok Antu-PKR) kini jadi ahli Parlimen menyokong kerajaan Perikatan Nasional.
36. Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis-UMNO) keluar parti dan menjadi ahli Parlimen bebas. Bagaimanapun, status Anifah sebagai ahli Parlimen terbatal susulan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangannya pada PRU14.
37. Larry Sng (Julau-PKR) kini jadi ahli Parlimen Bebas sokong PN
38. Steven Choong (Tebrau-PKR) kini jadi ahli Parlimen Bebas sokong PN
39. Datuk Seri Xavier Jayakumar (Kuala Langat-PKR) kini jadi ahli Parlimen Bebas sokong PN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/04/01/paling-ramai-lompat-dalam-sejarah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggap Kami Lompat Ke Pn Itu Adalah Perkara Paling Bodohlah Kata Presiden Mic

Anggap Kami Lompat Ke Pn Itu Adalah Perkara Paling Bodohlah Kata Presiden Mic

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 220 hits
Presiden MIC SA Vigneswaran mempertahankan jemputan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyampaikan ucapan khas pada mesyuarat agung tahunan parti itu yang ke 74 hari ini Katanya jemputan kepada Muhyiddin yang juga presiden Bersa...
Demi Tunai Sanggup Bunuh Apatah Lagi Lompat Parti Mahathir

Demi Tunai Sanggup Bunuh Apatah Lagi Lompat Parti Mahathir

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 158 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menjelaskan budaya tunai itu raja telah merosakkan masyarakat dan negara sehinggakan sanggup bunuh orang pun boleh Justeru itu jelas Mahathir tidak menghairankan sekiranya wakil rakyat menukar sokon...
Gempar Adun Bersatu Bakal Lompat Parti

Gempar Adun Bersatu Bakal Lompat Parti

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 146 hits
April 2 2021 Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tebrau Mazlan Bujang menafikan dakwaan beliau pro UMNO dan bakal lompat parti kerana dikatakan banyak kali tidak menghadiri program anjuran parti sendiri Terbaru beliau dikatakan ti...
Mb Pahang Dedahkan Cubaan Bersatu Pujuk Mp Cameron Highlands Supaya Lompat Parti

Mb Pahang Dedahkan Cubaan Bersatu Pujuk Mp Cameron Highlands Supaya Lompat Parti

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan tentang cubaan parti Bersatu memujuk Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor supaya lompat parti Berucap ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO Wan ...
Gara Gara Engan Diperiksa Pekerja Warga Asing Lompat Pagar

Gara Gara Engan Diperiksa Pekerja Warga Asing Lompat Pagar

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 297 hits
331 total views 331 views today HULU TERENGGANU Seorang pekerja asing melarikan diri dengan melompat pagar kerana enggan menjalani pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu dalam operasi di sebuah tapak pembinaan di Kampung Pulau Ku...
Kerajaan Ph Umno Akan Luluskan Akta Lompat Parti

Kerajaan Ph Umno Akan Luluskan Akta Lompat Parti

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 324 hits
Spekulasi Pakatan Harapan dan Umno akan bergabung membentuk Kerajaan Persekutuan pasti menggusarkan Perikatan Nasional Namun bagi rakyat senario itu merupakan satu rahmat kepada demokrasi Malaysia kerana tidak akan berlaku lagi lompat parti...
Keadilan Kenal Pasti Ejen Tawar Mp Lompat Parti

Keadilan Kenal Pasti Ejen Tawar Mp Lompat Parti

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 295 hits
POSTED BY AMIR WRLRKEADILAN telah mengenal pasti beberapa individu yang bertindak sebagai ejen yang dipercayai terdiri daripada bekas pemimpin dan ahli parti itu yang keluar parti atau dipecat sebelum ini Ketua Whip KEADILAN Datuk Johari Ab...
Pekerja Asing Lari Lompat Pagar Enggan Diperiksa

Pekerja Asing Lari Lompat Pagar Enggan Diperiksa

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 158 hits
HULU TERENGGANU Seorang pekerja asing melarikan diri dengan melompat pagar kerana enggan menjalani pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu dalam operasi di sebuah tapak pembinaan di Kampung Pulau Kudat di sini pada Isnin Bagaimana...
Shahrir Anggap Saifuddin Ada Ijazah Sarjana Bidang Lompat Parti

Shahrir Anggap Saifuddin Ada Ijazah Sarjana Bidang Lompat Parti

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 177 hits
Seorang veteran Umno hari ini secara sinis melabelkan pemimpin Bersatu Saifuddin Abdullah sebagai pakar lompat parti yang gagal menelaah kedudukan Umno dalam BN yang dianggap dominan dalam gabungan itu Dalam nada menyindir Shahrir Samad men...
Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

218 Fibonaci

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Persediaan Awal Haji



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Pusing Jalan

Pentingnya Muhasabah Diri

Huawei Announce Upcoming Launch Two Products On 13 May 2024

777 3 67 Slot777 Pg Slot777 Top 10 By Debora Punpro777 Us

Kisah Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman

Strategic Alliances For Business